MaMa~MuJaHiDaH~~My BrEaStFeEdInG mEMoRyZZZ

Thursday, 18 April 2013

MOMMYS-cabaran membesarkan anak2

helloo...
nak tanya mommys di luar sana macam mana membesarkan anak2?
banyak cabaran yang harus anda hadapi dan tempuhi untuk memberikan anak anda yang terbaik
lagi2 mommys yang nekad nak menyusukan anak...huh!

salah ke bagi anak susu formula ye? susu formula ni racun ke? kenapa mommys semua taksub dan obses dengan penyusuan susu ibu ?
ibu bapa di luar sana mesti ada alasan sendiri mengapa memberi anak mereka susu formula dan bukannya susu ibu
yess,nak bagi baby susu ibu mesti ada cabaran dan rintangan,anda harus tempuhi dengan tabah dan sabar...tetapi pada sesuatu masa jika anda rasa tak boleh @ keadaan tak mengizinkan,anda bole memberi susu formula bagi bayi..sebab kita buat yang terbaik untuk anak2 kita..
tak fahamla mama dengan ibu2 sekarang ni..
mama post kat KIM tanya pendapat nak bagi shareef fm ,semua menentang habis-habisan..
kesian shareef,dia poo-poo sampai kulit punggung melecet ,luka dan berdarah..tak sanggup nak tengok..memang confirm susu ibu mengandungi laktosa,biarpun ibu2 tidak mengambil mana2 dairy products...

so untuk hentikan poo-poo shareef,satu sahaja caranya,memberi susu formula tanpa laktosa..
dan dalam seminggu memang poo2 agak berkurangan daripada sebelum ni..

yang mama heran,semua da tak bole ye...

  1. tak bole bagi susu formula
  2. tak bole bagi air masak
  3. tak bole bagi ubat selsema @ demam
  4. tak bole bagi cerelac @ makanan tin untuk baby
  5. yang paling teruk,tak bole VAKSIN...!
KENAPA TAK BOLEH VAKSIN ?>!]
mama tak faham betul la..mama post jugak problem mama ni dalam laman kesihatan anak
admin tu cakap,ini semua sebab vaksin?
adoi pening kepala di buatnyer,kalau betul la vaksin tu berbahaya tuk baby kenapa KKM tak stop je cucuk2 ni..
zaman sekarang ni banyak virus berbahaya yang bole membawa maut kalau tidak di rawat ..apatah lagi takde pencegahan @ imunisasi..
baby tak perlu vaksin,tak perlu ubat..cukup dengan penyusuan susu ibu bole terhindar dari pelbagai jenis penyakit...betul ka?
memang nak belajar banyak2 ni 

siap ada group lagi Unvaccinated Babies...
memang mama tak nak join,sebab takut...
takut nanti teriku-ikut dan tutup buku biru shareef plak...

so mama just nak share kerisauan mama terhadap isu2 yang makin popular sekarang ni...duk crita2 dengan mr.hubby,dia cakap 'oh kalau macam ni mybe dalam beberapa tahun lagi kita tak bole makan nasi,bahaya'...laaaaa

mungkin jugak betul kan ?

so far,shareef dah habiskan setin susu similac tanpa laktosanya,dan mama...
tak akan beli lagi..mama nak teruskan susu ibu jak...bukannya apa..selepas habis pun poo-poo shareef agak ok jugak..rasanya tak perlu da beli susu tin...

sekian