MaMa~MuJaHiDaH~~My BrEaStFeEdInG mEMoRyZZZ

Tuesday, 2 April 2013

MAKANAN BAYI


Makanan yang pertama

Kementerian Kesihatan menyarankan supaya anda menyusukan bayi anda sehingga usianya enam bulan. Selepas enam bulan, susu badan sahaja tidak mencukupi untuk memberikan bayi anda nutrien yang secukupnya terutamanya zat besi; jadi makanan lain diperlukan juga. 

Menunggu selama enam bulan untuk memperkenalkan makanan pejal ke dalam diet bayi anda adalah baik sebab akan meminimakan risiko tindak balas berlawanan terhadap makanan dan alergi. Ini menjadi amat penting jika terdapat peristiwa alergi dalam sejarah keluarga anda, sebab kebanyakan tindak balas berlawanan terhadap makanan, dan alergi dan penyakit seliak akan berkurangan jika anda menangguhkan cerai susu sehingga waktu tersebut. 

Jika anda merasakan bayi anda sudah memerlukan makanan pejal sebelum enam bulan, berbincanglah dahulu dengan pakar pediatrik anda. Ini penting terutamanya jika bayi anda dilahirkan pramatang. Pakar-pakar menegaskan bahawa makanan pejal tidak perlu diperkenalkan sebelum bayi anda berusia empat bulan (20 minggu). 

Salah satu perkara pertama yang bayi anda perlu pelajari apabila tiba waktu bercerai susu ialah bagaimana menelan bahan "bukan cecair". Justeru, untuk memastikan bayi anda tidak perlu terus menerima perisa baru dan juga menggunakan otot yang berbeza bagi menelan, maka makanan pertama paling biasa diberikan ialah nasi bayi yang tawar dicampur dengan susu bayi. Apabila bayi anda telah selesa dengan nasi dan susu, berikannya pula sedikit puri buah atau sayur. Kebanyakan panduan am menasihatkan supaya anda memperkenalkan satu jenis makanan pada satu-satu masa dan menunggu sekurang-kurangnya tiga hari sebelum memperkenalkan makanan lain supaya anda dapat mengetahui sama ada sesuatu makanan itu sesuai atau tidak bagi bayi anda. 

Cubalah: 

• puri sayur-sayuran seperti lobak, labu dan keledek; 
• puri buah-buahan seperti mangga, betik atau pisang lenyek dan juga buah epal dan pir yang sudah dimasak; 
• bijiran bayi yang bebas gluten seperti nasi bayi diperkaya dengan zat besi dan dicampur dengan susu bayi biasa; 
• bubur nasi kosong yang dimasak di rumah. 
Peringkat seterusnya

Apabila bayi anda nampak gembira disuap dengan sudu, tambahkan jenis makanan, seperti: 

• puri lentil atau legum seperti sweet pea; 
• puri sayur-sayuran campuran dengan ubi kentang atau nasi; 
• puri yang terdiri daripada sayur-sayuran berdaun hijau seperti kobis, bayam, siew pak choy atau kailan. 

Cuba berikan hanya satu hidangan puri manis atau bijiran dalam sehari dan berilah puri sayur-sayuran setiap masa. Jadikan makanan tersebut semakin pekat secara perlahan-lahan. 

Pakar pediatrik anda mungkin akan menyarankan supaya anda menunggu sekurang-kurangnya enam bulan untuk memperkenalkan kacang soya, ikan dan buah-buahan sitrus; satu tahun untuk memperkenalkan telur dan susu lembu atau produk susu (keju dan yogurt); dan, dua tahun untuk memperkenalkan kerang-kerangan. Jika keluarga anda mempunyai sejarah alergi seperti ekzema, asma atau alergi makanan; bayi anda perlu elak dari mengambil kacang tanah dan bijan sehingga usianya tiga tahun. 

Risiko untuk mendapat penyakit seliak boleh dikurangkan dengan mengelakkan pengambilan makanan yang mengandungi gluten, seperti gandum, rai dan makanan berasaskan barli. Ini termasuklah roti, tepung, pasta, sesetengah bijiran sarapan dan biskut rusk sehingga usia enam bulan. Sebaik-baiknya elakkan pengambilan oat sehingga usia bayi enam bulan sebab mungkin ia mengandungi serpihan gluten. 

Elakkan susu untuk bayi yang lebih matang (susu tumbesaran) sehingga bayi anda sudah melepasi enam bulan. 

Jangan masukkan garam atau gula, madu atau pemanis lain ke dalam makanan bayi anda. 
Dari tujuh hingga sembilan bulan

Mulai sekarang, keupayaan bayi anda untuk turut makan bersama dengan ahli keluarga kian meningkat. Dudukkan bayi anda di kerusi tinggi (kerusi budak) di meja makan apabila keluarga sedang makan. 

Seandainya bayi anda mempunyai waktu makan yang lebih awal daripada ahli keluarga yang lain, adalah penting agar dia membiasakan diri dengan duduk bersantap di kerusi tingginya, apatah lagi memandangkan dia sudah boleh bergerak sekarang. Bayi-bayi yang makan semasa dalam posisi berbaring atau separuh berbaring dan anak-anak kecil yang dibenarkan berlari dengan makanan dalam mulut mungkin boleh tercekik! 

Anda perlu memberikan bayi anda satu senarai makanan yang pelbagai untuk memenuhi keperluan nutriennya dan untuk membiasakan bayi anda dengan pelbagai perisa. Ini juga akan mengurangkan keperluan untuk mengelak makanan-makanan tertentu. 

Sekarang tiba masa untuk memperkenalkan: 

• Makanan yang dilenyek atau dikisar, bukan dipuri. Pastikan makanan mengandungi sedikit ketulan. 

• Senarai pilihan makanan berkanji yang pelbagai – roti, pasta, roti pita, tosai, bijiran sarapan, oat, mi lembut atau mihun, ubi kentang, nasi dan milet. Berikan dua hingga tiga hidangan makanan berkanji dalam sehari. 

• Air masak yang telah disejukkan dalam cawan atau bikar bermuncung lembut untuk diberikan apabila bayi anda dahaga, sebagai tambahan kepada susu ibu atau 500-600ml / 17-20 auns susu formula. Jika anda memilih untuk memberikan jus buah-buahan, berikan hanya pada waktu makan sahaja dan cairkan 1 bahagian jus kepada 10 bahagian air masak yang telah disejukkan dan gunakan jag atau cawan, dan bukannya botol. Memberikan jus semasa waktu makan akan membantu penyerapan zat besi dan mengurangkan risiko kerosakan pada gigi yang mula tumbuh. 

• Buah-buahan sitrus seperti buah oren. 

• Telur yang dimasak sepenuhnya, ikan dan lentil. Berikan satu hidangan makanan yang kaya dengan protin dalam sehari. 

• Produk tenusu seperti yogurt dan keju. Walaupun anda perlu menunggu sehingga bayi anda berusia setahun untuk memberikannya susu lembu, ia boleh digunakan dalam masakan anda atau dengan bijiran sarapan bayi anda, jadi sediakan sos keju untuk ditambahkan ke dalam sayur-sayuran atau pasta. 

• Susu formula untuk bayi matang boleh diberikan jika anda mahu. 

• Makanan yang perlu diambil dengan jari adalah bagus untuk bayi anda apabila ia sudah boleh memegang barang kerana ini memberi dia peluang untuk mengawal pemakanannya. Cuba berikan kacang hijau atau lobak yang dimasak, kiub keju, kepingan pisang atau buah pir yang lembut. 
Dari usia 10 bulan

Hidangan bayi sudah lebih mirip dengan hidangan orang dewasa. Makanan perlu dipotong atau dikisar berdasarkan pola dua hingga tiga hidangan penuh sehari bersama dengan satu atau dua snek dan 500-600ml / 17-20 auns susu ibu atau susu formula. Pada peringkat ini, bayi anda perlu diberikan: 

• tiga atau empat hidangan makanan berkanji sehari seperti nasi, mi, roti, pasta atau ubi kentang; 

• satu hidangan daging, ikan, telur atau dua kekacang (lentil, pis, kekacang); 

• satu atau dua hidangan keju atau yogurt dan juga susu ibu atau susu formula. 
Apakah yang perlu dielakkan oleh bayi di bawah usia satu tahun?

• Perlu dielakkan garam, gula, madu dan pemanis tiruan. Cuba maniskan pencuci mulut dengan menggunakan pisang lenyek atau puri stew buah-buahan kering, di mana sesuai, atau gunakan susu ibu yang dipam atau susu formula. 

• Elakkan daripada menambah sebarang teh ke dalam botol bayi. Tanin dalam teh akan menganggu penyerapan zat besi dan kafein yang juga ada dalamnya tidak disarankan untuk kanak-kanak. 

• Elakkan dari memberi perahan buah-buahan atau minuman diet kepada bayi anda. Pemanis tiruan tidak sesuai untuk bayi dan kanak-kanak. 

• Elakkan makanan yang membawa risiko keracunan makanan seperti keju lembut yang diperam sehingga berkulat (brie, camembert) dan sari (pate) hati. Telur mestilah dimasak sepenuhnya – elakkan memberi telur masak lembut, telur separuh masak atau telur mentah. 

• Jangan berikan susu lembu (atau kambing atau kambing biri-biri) sebagai minuman utama kepada bayi yang berusia di bawah satu tahun. 

• Susu skim dan susu setengah skim, mentega rendah lemak, yogurt dan keju rendah lemak. Sentiasa berikan bayi anda jenis penuh lemak – mereka memerlukan kalorinya. 

http://www.babycenter.com.my/a1033202/apakah-makanan-bercerai-susu-yang-sesuai-dan-bilakah-diperkenalkan#ixzz2PN9QDSy3

No comments:

Post a Comment