hello ...selepas mencuba satu milk booster dan gagal,mama cuba lagi google2 lain milk booster yang mama ingin try..jumpa la SOYA..ini mama baca kat KIM..ramai juga ibu2 minum dan kesannya +ve..
mama try minum sekotak sehari semasa dlam pantang juga...
setiap kali production mama kurang(mama cek dalam jadual )...mama akan terus minum ni..dan susu membanyak...tetapi baru-baru ni saja mama dapat tahu bahawa susu kacang soya ni banyak keburukannya jika diminum banyak....
KACANG SOYA
MENGALIH KITA DARI PEMAKANAN SUNNAH
Nabi SAW
mengamalkan pemakanan sunnah seperti kurma, kismis dll. Tetapi kita telah
dipalingkan daripada pemakanan sunnah oleh golongan tertentu sehingga yg baik
tidak diambil, sebaliknya kita disogokkan oleh musuh Islam dengan matlamat
untuk melariskan barangan mereka.
Kita selalu
digambar-gemburkan dengan kandungan dan kebaikan soya yang mengandungi nutrien
penting dan protein, tapi kali ni saya nak kongsi sebaliknya.
Hakikatnya,
soya sebenarnya mengandungi kandungan bahan kimia yang berbahaya. Terutama
sekali untuk kaum wanita.
Antara
keburukan kacang soya yang dapat saya simpulkan dari pembacaan saya:
1.
Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita.
2. Berupaya
mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.
3. Punca
kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan
kanak-kanak.
Kajian
menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang menyerupai.
Hormon
estrogen (yakni hormon wanita). Bahan kimia ini jika diambil berlebihan mampu
mengubah perkembangan seksual / sexual development (mungkin mempengaruhi
kejantinaan seseorang-kelembutan??).
FAKTA: 2
gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah cukup untuk mengubah masa
kitaran haid wanita!
Kacang soya
mengandungi satu susunan fotokimia (1) yang mengkagumkan, dan susunan yang
paling menarik ialah satu chemical bernama isoflavone (2).
(1 :
komponen yang aktif secara biologi yang terhasil dari tumbuh-tumbuhan.)
(2 :
komponen / sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan symptom menopous,
mengelak
kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko
penyakit
jantung.)
Walaubagaimanapon,
kandungan isoflavone ni bukan senang-senang dapat diekstrak dari kacang soya.
Hanya selepas menjalani proses penapaian (fermentation) yang lengkap, barulah
dapat menghasilkan isoflavone, yang dapat dihadam dengan sempurna dalam sistem
penghadaman manusia.
Dalam erti
kata lain, kacang soya yang tidak menjalani proses penapaian sempurna,
mempunyai kurang kandungan isoflavone dan tidak sesuai untuk diminum.
Kacang soya
juga mengandungi perencat enzim yang menghalang penyerapan tripsin dan enzim lain
yang diperlukan tubuh untuk proses penghadaman. Proses memasak yang biasa tak
mampu nak mendeaktifkan erencat enzim ini. Keadaan ini sangat berbahaya kerana
boleh menyebabkan gastric, kekurangan protein dan asid amino.
Secara
semulajadinya, semua kekacang mempunyai satu bahan kimia bernama phytic acid
(3) yang merupakan satu bahan anti-nutrien. Begitu juga dengan kacang soya.
Malah,
kandungan bahan ini dalam kacang soya adalah lebih berbanding kekacang lain.
(3 : phytic
acid mampu menghalang penyerapan mineral tertentu seperti magnesium, kalsium,
zat besi dan zink. Laporan perubatan menunjukkan penduduk Negara Dunia Ketiga
yang banyak mengambil kacang soya, mempunyai kekurangan mineral-mineral
tersebut dalam badan.)
Kacang soya
juga mengandungi bahan kimia hemagluttinin (4) dan perencat tripsin yang
merencatkan pertumbuhan manusia (di peringkat kanak-kanak). Bahan ini dapat di
deaktifkan dengan proses penapaian. Antara produk dari kacang soya yang
menjalani proses penapaian ialah tempe .
(4 : link hemaggluttin
ini lah yang membentuk jaringan virus H1N1 dan sekuel-sekuel nya)
Tapi, bagi
sesetengah produk soya, contoh air soya dan tofu, sebatian perencat ini masih
wujud, walaupun sedikit.
Keadaan ini
juga bukan satu berita baik untuk kanak-kanak yang mengambil susu berasakan
soya. Sesetengah ibu bapa menggantikan susu tepung (susu lembu) dengan susu
berasaskan soya, tapi ia bukanlah sebaik yang disangka.
Menurut Dr
Jill Shneider, Prof Madya Sains & Biologi di Lehigh University, Betlehem,
Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu lembu tapi diberi susu berasaskan
soya merupakan satu keadaan yang berbahaya.
Satu kajian
makmal dibuat ke atas tikus putih menunjukkan isoflavone yang bertindak sebagai
hormone estrogen dalam kacang soya mampu mempercepatkan proses tumbesaran tikus
makmal.
Chemical ni
kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti estrogen yang mengawal
pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa. Senang cakap, seolah-olah menggalakkan ia
bayi membesar lebih cepat dari kadar yang sepatutnya.
FAKTA:
Dikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadam phytoestrogen
dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam
sehari! Pergh!
FAKTA: Pada 1991,
penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan soya serendah 30 gram sehari atau
2 sudu makan, untuk sebulan, boleh menyumbang kepada peningkatan hormone
tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid.
Oleh itu
kembalilah kepada pemakanan sunnah melibatkan jenis makanan dan cara pemakanan.
MENJANA
KESIHATAN MENGIKUT SUNNAH SEBELUM TERLAMBAT
Tulisan
asal: Ustaz Hashim Al-Maranji
ini pun mama tahu selpas membacanya dalam KIM Facebook...itulah makanya kita harus bersederhana dalam apa2 perkara pun..sekarang mama x minum dah benda nih....