hari ini mama nak cerita pasal botol susu...mama ni dari zaman syamim lagi memang suka kumpul koleksi botol susu dan peralatan solid food...memang suka suka suka...tapi time tue mama x taw plak jenama mahal2 and branded mcm Avent,NUK...etc dan bla bla bla,,,
yang mama taw anakku,pureen,fiffy,baby kiko..haaa jenama biasa yang kat pasaraya tue...tapi syaratnya mama mesti tukar botol syamim setiap 3 bulan...biarpun botol tu masih nampak cantik @ tiada calar........
pernah dengat tak tentang kerajaan malaysia mengharamkan pembuatan botol susu daripada BPA..??? atau dikenali sebaga 'Bisphenol A'...
bole baca tentang BPA ni dalam blog kak Rozy....malas la mama nak tulis panjang2..hihi
bagi baby yang menyusu tidak hanya mendapatkan keperluan susu mereka melalui payudara, Pakar mengesyorkan agar Ibu2 menunggu sekurang-kurangnya 3 minggu sebelum menggunakan botol utk menyusukan baby mereka.
Mencari botol susu yg sesuai dan serasi dgn baby ni selalunya menjadi satu hal yg sukar pulak. Kerap juga kita mencuba pelbagai botol susu sebelum menjumpai botol susu yg baby kita mahu.
pening nak pilih |
Samada kita memberi susu ibu atau formula pada si manja, pemilihan botol susu amatlah penting. Kebiasaannya ibu bapa akan memilih dari segi:
- Harga
- Anti Colic (Fungsi mengelakkan baby muntah atau kembung ketika menyusu)
- Mudah di cuci
- Membantu dalam penyusuan badan
- Selamat iaitu BPA free
Jom kita tengok satu persatu antara jenama botol susu yang menjadi pilihan ramai Ibu di Malaysia.....
No.1 - PHILIPS AVENT
avent |
Jenama ini antara pilihan popular oleh ibu bapa di Malaysia
Advantage:
- Anti Colic
- Mudah di cuci dan selamat
- Si Manja dapat mengawal pengeluaran susu
- Jenama yang sangat di kenali
- Selamat, BPA Free
- Tidak mudah calar
Disadvantage:
- Mudah bocor di bahagian ring puting (kebanyakkan kerana salah pasang & puting botol jenis ini cepat haus)
- Lebih mahal dari jenama lain
- Puting yang sedikit keras (kebanyakkan bayi tidak menyukainya)
-Mahal wooooo
No.2 - TOMMEE TIPPEE
Kebanyakkan ibu bapa memilih Jenama ini dan Tag Line Tommee Tippee juga yang sangat menarik "Closer to Nature"
Advantage:
- Lebih murah berbanding Avent
- Puting yang lebih lembut dan sangat-sangat menyerupai puting ibu
- Bayi sangat selesa dengan puting botol susu ini
- Bentuk yang agak unik & menarik
- Anti Colic
- BPA Free
Disadvantage:
- Saiz botol yang lebih besar dah kebanyakkan bottle holder tidak support botol bersaiz ini (jadi perlu guna yang agak besar atau dari jenama ini sahaja)
- Bayi lebih suke menggigit puting jenis ini kerana lembut
No.3 - MAM
ibu bapa memilih Jenama ini kemungkinan tertarik kepada model yg ada rongga-rongga di bawah botol susu yang membolehkan udara keluar dan masuk ke dalam botol susu tanpa mengganggu pengaliran susu keluar dari puting botol.
Advantage:
- Warna yang menarik
- Harga berpatutan
- Anti Colic
- BPA free
- Tidak mudah calar
- Tidak mudah rosak
- Mudah beralih dari breastfeed ke botol susu (no nipple confusion)
- Puting boleh di tukar dari MAM ke AVENT
Disadvantage:
- Flow susu yang terlalu laju walaupun puting jenis Newborn. Bayi kelihatan bernafas pantas dan kaki menendang2 kerana air yang laju.
- Sukar di cuci kerana perlu mencuci ke semua 6 bahagian iaitu tutup botol, punting, nipple ring, botol, pad getah bahagian bawah, dan penutup bahagian bawah.
Botol buatan Swiss ini semakin mendapat perhatian para ibu bapa terutama kepada yg mempunyai anak yg agak cerewet dengan gaya puting dan sebagainya.
Ramai ibu bapa yang pening kepala mencari botol susu yang sesuai untuk anak mereka yang agak memilih dan langsung tidak mahukan botol susu kerana lebih gemar kan DF.
Advantage:
- Sangat sesuai bagi yg breastfeed, kerana botol sangat natural menyerupai breast ibu.
- Kebanyakkan baby akan merasa kan seperti DF dengan ibu
puting yang sangat lembut seperti kulit.
- BPA and latex free, EA free dan exceed US safety standards.
- Mudah cuci dan mudah buka
- Bentuk yang unik dan menarik
Disadvantage:
- Tutup (cap) botol yang mudah terbuka yang akan menyebabkan susu budah tumpah
- Harga yang agak mahal (Near RM90)
- Limited size (cuma ada 2 size - 4oz dan 8oz)
No.5 - PIGOEN
Mendapat pujian kerana keistimewaan ketara botol susu Pigeon ini adalah susu tidak akan menitik walaupun ditonggengkan. Susu hanya akan keluar apabila di hisap oleh si Manja. So.. risiko baby tersedak sgt rendah.
Advantage:
- Putting/Teats lembut
- Pilihan saiz mengikut kesesuaian tahap umur
- Mudah dicuci dan dibuka
- Tahan panas hingga 180C
- Anti Colic
- BPA Free
- Produk buatan Malaysia
Disadvantage:
- Rekabentuk yg agak boring :)
haaa tue dia...pada kesimpulannya semua jenis botol ada pro & contra nya..pemilihan adalah di tangan baby ...hihi..sebab kita tak tahu botol yang serasi dengan mereka , so bereksperimen la dulu...bagi baby yang minum fm xde masalah yang rumit...mereka akan terima jew apa2 jenis botol pun..tapi yang BF ni ada susah sikit coz kita tak mahu baby nipple confusion..bahaya tue...ada baby yang dah tak mahu DF selepas minum dari botol,ada pula baby yang langsung tak mahu hisap botol...so make your choice perfect for u and your baby...
pada entry yang lain mama akan cerita pasal botol susu shareef plak...
botol susu shareef tak de dalam list di atas ni..hehehehe...
sekian....terima kasih kerana membaca...
No comments:
Post a Comment