MaMa~MuJaHiDaH~~My BrEaStFeEdInG mEMoRyZZZ

Tuesday 1 January 2013

cara memanaskan susu ibu

hai semua..hari ni mama nak cerita cara-cara untuk panaskan susu ibu...
ada 2 cara nak panaskan susu ibu 

  • guna air suam
  • guna warmer
kalau nak menyahbeku frozen ebm,caranya lalukan di air paip @ rendam dalam mangkuk berisi air biasa ( tidak panas/tidak sejuk )
ataupun bagi ibu yang berkerja,untuk menjimatkan masa di pagi hari..ibu bolehlah memindahkan beberapa paket @ botol frozen ebm dari frezeer ke rak bawah peti sejuk ( rak biasa ) pada malam..untuk mencairkannya..ia akan mencair semalaman..pada keesokan harinya,ibu bole menuang susu yang telah cair ke botol untuk dihantar ke rumah babysitter...

susu yang telah dicairkan ni bole guna dalam masa 24 jam dari masa dia dicairkan ..dan mesti diletak dalam peti sejuk...
susu ini juga tidak bolejh dibekukan semula

untuk memanaskan guna air suam,campur air panas + air sejuk dalam mangkuk@mug
nisbah nya ialah 1 gelas air panas mendidih + stengah gelas air biasa
rendam susu tadi dalam air ni
ini kerana susu yang dipanaskan dalam air panas yang mendidih boleh merosakkan semua nutrien dalam susu ibu...
air mestilah tidak melebihi 45" celcius


sebab leceh buat benda ni,dan setiap kali nak memanaskan susu mesti memanaskan air juga,mama beli warmer..entry nya di sini...
jadi memanaskan susu ibu dalam warmer memang senang,,,


  • 40 darjah celsius untuk memanaskan susu
  • 70 darjah celsius untuk memanaskan makanan baby
  • 100 darjah celsius untuk steril benda2 kecik (puting,cap,pacifier)
cara mama,,,mama pasang plug,switch on,tuang air 90 ml, then mama pusing knob ke 70" celsius dulu..bila dah panas sikit2,mama tukar ke 40" celsius dan masukkan botol susu..ini sebab kalo guna 40" celsius..sangat la lama...
baby tak bole tunggu...
lagi bagus jika sebelum feeding time baby,ibu2 memang da panaskan susu tue dalam warmer..
tapi..tak melebihi 15 minit ye...

lagi satu,susu yang telah dipanaskan ni tahan 1 jam jew..kalo tak habis mesti dibuang..jadi semasa store breastmilk tue simpan susu dalam 2-3 oz saja setiap botol@plastik supaya tidak membazir...

mama cerita ni putar belit kan..lagi senang tengok ja gambar kat bawah ni...
mama amik dlam photos kumpulan ibu2 menyusu..




mama print kedua-dua image ni dan tampal kat pintu peti sejuk..untuk memudahkan lagi kerja mama..biasalah orang pelupa..hrrmmm


comel kan





No comments:

Post a Comment