MaMa~MuJaHiDaH~~My BrEaStFeEdInG mEMoRyZZZ

Friday, 4 January 2013

MY BREASTFEEDING JOUNEY PART # 11~~Review Breastmilk Storage Bag

Penyimpanan susu ibu ni bukan semudah yang di sangkakan..mesti banyak menimba ilmu dulu sebelum turun ke bidang BF ni...
simpan susu ibu mestilah di dalam bekas yang bpa free
dan sebolehnya simpan la dalam bekas yang di khaskan untuk simpan ebm supaya nutrien dan vitamin didalamnya kekal...
mama dah ada entry cara penyimpanan susu ibu di sini...
tapi sekarang mama mau cerita sikit tentang plastik penyimpanan susu ibu @ breastmilk storage bags..

Ramai yang memilih untuk simpan susu ibu dalam plastik berbanding botol kerana jimat ruang...
botol ni jimat duit tapi sempit ruang
plastik ni jimat ruang tapi sempit duit ...lalalalala

Ada banyak jenama breastmilk storage bag di pasaran..antara yang paling popular ialah

  • JINGLE JUNGLE
  • AUTUMNZ
  • JOY ANGEL
  • LITTLE BEAN
  • SURI
  • MEDELA
  • THE MILK STORY
  • LANSIHO
  • YOU HAVE A BABY


banyak lagi jenama yang ada,but yang mama senaraikan ni antara yang paling popular...tapi harga berlainan ya..
yang paling murah antara semua ialah You Have A Baby...

YHAB

harganya ni RM 29.90 untuk 100 keping..
murah kan ?..
tapi leceh sebab bags ni takde zipper lock..
mesti ikat guna getah atau klip....

storage bag pertama yang mama beli ialah jingle jungle....

jingle jungle
ni murah jugak RM 9.90 untuk 25 keping..ada double zipper lock ..
boleh isi sehingga maximum 12 oz..tapi mama isi max 4 oz jew...
bagi mama bag ni memang tak sesuai dengan mama sebab agak nipis..
kalau jatuh terus pecah..

seterusnya mama beli Autumnz plak...



autumnz
bags ni memang besttt..ada yang bole isi 7 oz dan 12 oz..
mama pilih yang 7 oz..plastik nya jenis tebal dan tahan lasak..
mama suka yang ni..harganya pun berbaloi jugak RM 12.90 untuk 25 keping
mama paling suka yang ini......

lepas tue baru2 ni mama jalan-jalan family trip to sandakan,mama jumpa 
yang ini plak...

fiffy


ni jenama fiffy mama beli kat servay harbour mall
harganya RM 17.90 untuk 25 keping,mahal sikit2..
tapi sama jew dengan jingle jungle..plastik agak nipis...
tak suka..hihi...tapi pakai jew coz pakai buang kan...

jadi mommies semua tepuk poket tanya duit ..coz banyak pilihan di pasaran yang berlainan kualiti dan harga...ada yang lasinho punya tue RM 74.90 untuk 50 keping..yang natripur cherub baby plak RM 65.90 untuk 25 keping...tapi yang cherub baby ni agak berbaloi sebab plastik tue Reusable ...

Memang semua plastik ni bole guna semula,,TAPI guna semula untuk isi benda lain selain susu ibu..
seperti air batu,bawang yang telah dikupas,ayam rempah atau bahan makanan lain...
yang cherub baby ni bole isi susu ibu semula selepas di basuh bersih2...
hahaaa...mesra alam gi tueee

natripur cherub baby

ini saja cerita mama tentang breast milk storage bag ni...sepatutnya mama ni tak crita hal2 begini memandangkan mama hanyalah seorang surirumah..kalau ibu berkerjaya yang mahu BF wajib tahu la..
ramai beranggapan surirumah boleh direct feeding saja, tak payah kumpul2 stok,but mama ni surirumah yang sibuk dan banyak kerja lain yang perlu di buat selain  jaga baby,so orang lain yang mesti tolong jagakan baby sementara mama abis kerja sama ada di dalam atau di luar rumah...jadi apa salah nya mama kumpul stok kan ???...bole bagi baby ebm...hehehe






No comments:

Post a Comment