MaMa~MuJaHiDaH~~My BrEaStFeEdInG mEMoRyZZZ

Tuesday, 1 January 2013

HOW TO EXPRESS BREAST MILK


Memerah dengan Tangan

  • Memerah dengan tangan adalah pilihan terbaik jika perlu memerah susu pada hari-hari 1-3 selepas kelahiran
  • Basuh tangan dengan bersih sebelum memerah
  • Sediakan bekas yang bersih dan steril
  • Lakukan pemerahan di tempat yang bersih, tenang dan selesa
  • Boleh dilakukan dalam keadaan duduk atau berdiri dalam keadaan yang selesa
  • Buat sedikit urutan pada payudara dan rangsang/gentel puting payudara untuk memberi rangsangan (refleks oksitosin atau let-down reflex)
  • Melihat gambar bayi juga boleh membantu menghasilkan refleks
  • Tuam panas payudara beberapa ketika juga boleh membantu menghasilkan refleks penghasilan susu - buat pegangan “C” pada payudara, letakkan ibu jari di sebelah atas payudara berdekatan areola manakala jari telunjuk di bahagian bawah (utara dan selatan)
  • Tekan payudara ke belakang ke arah dada
  • Perah/picit dengan lembut menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, picit selama 2 saat dan lepaskan
  • Teruskan memicit sehingga susu keluar
  • Perah ke dalam bekas yang bersih dan steril
  • Buat berulang kali sehingga tiada lagi susu keluar
  • Tukar posisi jari ke bahagian lain mengikut pusingan semua bahagian payudara (timur-barat, tenggara-barat laut, barat daya-timur laut)
  • Ulang proses memerah sehingga tiada lagi titisan susu
  • Tukar ke payudara yang satu lagi
  • Urut kedua-dua payudara dan mulakan sekali lagi
  • Perah setiap payudara 5-10 minit secara bergilir
  • Setelah selesai memerah, sapukan beberapa titik susu ke atas puting dan keringkan puting payudara

Memerah dengan Menggunakan Pam
  • Baca panduan penggunaan pam dan panduan pembersihan peralatan mengepam sebelum menggunakannya
  • Basuh dengan bersih dan sterilkan peralatan mengepam
  • Basuh tangan dengan bersih
  • Duduk atau berdiri dalam keadaan yang selesa
  • Rangsang puting payudara untuk menghasilkan refleks oksitosin (let-down reflex)
  • Posisikan puting payudara ke dalam corong breast shield
  • Mula mengepam pada kelajuan hisapan paling rendah (jika menggunakan pam elektrik/bateri)
  • Boleh laraskan kelajuan hisapan mengikut keselesaan
  • Pam kedua-dua belah payudara secara bergilir-gilir
  • Masa mengepam antara 10-20 minit (berbeza mengikut individu)
Panduan-Panduan Lain
  • Memerah susu ibu perlu dilakukan dalam keadaan tenang, selesa dan tidak menyakitkan
  • Urutan dan rangsangan pada puting payudara perlu untuk mencetuskan refleks oksitosin (let-down reflex)
  • Memerah dengan kerap adalah lebih berkesan untuk meningkatkan penghasilan susu ibu berbanding memerah dalam tempoh masa yang lama dalam satu sesi pemerahan
  • Pilih pam yang sesuai sama ada pam manual, atau pam elektrik, atau pam elektik yang boleh menggunakan bateri, single pump atau double pump
  • Pam yang baik adalah pam yang mampu meniru gaya hisapan bayi (mimic baby' s suction)
  • Patuhi rutin mengepam setiap hari (3-4 kali dalam tempoh bekerja 8 pg – 5 ptg)
  • Memerah susu pada waktu malam juga dapat meningkatkan penghasilan susu ibu
  • Ibu juga digalakkan memerah susu pada sebelah payudara sambil bayi menghisap payudara yang satu lagi

No comments:

Post a Comment