MaMa~MuJaHiDaH~~My BrEaStFeEdInG mEMoRyZZZ

Tuesday, 1 January 2013

50 Fakta Hebat Mengenai Susu Ibu Yang Tak Dijumpa Melalui Kajian


Pelbagai kajian dilakukan untuk mengetahui kehebatan susu yang Allah buat ini. Bermacam-macam fakta telah dikongsikan kepada ibu-ibu seluruh dunia. Tapi masih ada 50 fakta hebat tentang kebaikan susu ibu yang tak dijumpai melalui mana-mana kajian. Dan rasanya ibu-ibu seluruh dunia patut tahu.


  1. merenung mata anak yang dikasihi
  2. memegang si kecil dengan penuh kasih sayang
  3. alasan yang super hebat untuk ibu berehat
  4. ibu menjadi tenang
  5. untuk jangka masa panjang, penyusuan menjadi sungguh mudah
  6. walaupun sibuk bekerja sepanjang hari, ibu pasti yakin yang ibu telah memeluk anak beberapa kali untuk menyusukannya
  7. waktu tidur jadi extra, ye lah bila si kecil minta disusukan awal pagi, kan ibu boleh sambung tidur
  8. perasaan yang sukar diungkapkan, bila kita tahu kita adalah satu-satunya orang yang menyusukan anak supaya membesar
  9. walaupun masih perlu memasak, ibu yakin dia adalah orang yang produktif kerana telah menyusukan anak, sekurang-kurang salah seorang akan berpuas hati :)
  10. paling hebat, menyusukan anak akan membuat mereka duduk diam
  11. pastilah anak yang menyusu akan senyap semasa menyusu
  12. menghilangkan kesedihan anak
  13. dimana sahaja
  14. jika berjalan-jalan, menyusukan anak adalah paling mudah, restoran susu 24 jam
  15. tak perlu pergi ke kedai
  16. tak perlu sabun dan air untuk membasuh
  17. dapat ramain kawan-kawan yang super cool
  18. bila terpaksa ke majlis yang riuh, ibu punya alasan untuk lari, tinggal en suami untuk menjaga anak-anak yang lain
  19. ataupun, ibu boleh saje menyusukan anak di tengah-tengah majlis, yang penting yakin dan aurat terjaga
  20. it just makes sense
  21. bila tengah malam, hanya selak sahaja
  22. susu ibu umpama farmasi yang percuma kepada anak-anak, tiada masalah jangkitan telinga, selsema atau mata berair
  23. bahan buangan anak tak lah busuk sangat
  24. bila anak demam tak mahu makan, susu ibu adalah makanan yang terbaik
  25. berkongsi susu, bila ada ibu memiliki lebihan susu, boleh diberikan pada bayi yang memerlukannya
  26. kurang satu perkara yang perlu dibeli
  27. macam magic, tiba-tiba menjadi tenang
  28. bukan saje dapat meluangkan masa dengan si kecil, ibu juga boleh berhubung dengan anak-anak yang lain
  29. masa menyusukan juga boleh menjadi masa membacakan buku untuk si kecil, paling sesuai untuk ibu yang super sibuk
  30. tak perlu penyediaan
  31. tiada lauk tambahan
  32. tak perlu berbelanja
  33. tiada pembaziran
  34. bayi gembira di dalam kapal terbang, hanya susukan mereka, pasti tiada jeritan
  35. jimat duit
  36. tak perlu plastik, mesra alam sekitar
  37. bunyi anak menyusu yang sangat comel
  38. dapat lihat apakah yang dilakukan bayi semasa menyusu
  39. oxytocin
  40. bonding time dengan si kecil
  41. tidur sambil menyusukan
  42. ayah boleh lakukan macam-macam untuk bayi, tapi bukan menyusukan anak, hebatkan bila hanya ibu yang boleh buat begini
  43. cepat kurus
  44. luka dalaman ketika melahirkan baik dengan cepat
  45. bayi susu ibu adalah orang yang paling sihat di dalam rumah
  46. boleh menonton tv atau membaca semasa menyusukan
  47. membina keyakinan diri
  48. kenangan manis untuk masa hadapan
  49. bau manis bayi yang menyusu badan
  50. CINTA!



Jadi macam mana, setujukan dengan 50 Fakta Hebat Mengenai Susu Ibu Yang Tak Dijumpa Melalui Kajian. Hanya ibu dan bayi yang akan merasakannya, antara nikmat Allah yang paling agung. Momen merenung mata dan bertaut jari semasa menyusukan adalah antara yang terindah.

Sumber: Mama Birth Facebook page

No comments:

Post a Comment