harap jawab salam mama tu ye..hehe
mama nak cerita sikit tentang perubahan kuaniti susu mama...
yes entri sebelum nih mama ada cerita tentang pam manual ardo yang best ,,dan mama dapat hasil banyak guna pam nih kan..but..ada lagi satu sebab lain..yes..HABBATUSSAUDA..iaitu lebih dikenali sebagai JINTAN HITAM dalam masyarakat melayu...
kawan mama,Pn.Norini yang suggest..katanya ini adalah milk boosternya disamping mengamalkan kurma..mama pun apa lagi,terus call en.hubby minta kirim..(ada kami jual d kedai)...
malam sebelum tidur mama telan sesudu bersama segelas air suam..
paginya mama telan lagi...
hasilnya ?
pagi 5 oz with ardo
petang 5 oz with mipump
Masha Allah,tak sangka begitu cepat dapat hasil begini dalam masa singkat..mama pam dalam 15 minit jew taw..
mama terus meng'gugel'
inilah hasilnya....
HADITH SAHIH TENTANG HABBADUS SAUDA’
Diriwayatkan dari Aisyah ra, beliau mendengar Rasulullah saw bersabda : “Sesungguhnya Al-Habbatus Sauda’ boleh menyembuhkan segala penyakit kecuali Al-Sam”. Aku bertanya. “Apakah Al-Sam itu? Baginda menjawab, “Al-Sam itu ialah maut”
Riwayat Imam Bukhari.
Daripada Buraidah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda :
“Pada Habbatus Sauda’ terdapat ubat segala penyakit kecuali mati”.
Riwayat Abu Nu’aim dalam kitab Al-Tibb dalam himpunan hadith-hadith sahih no. 1819.
Daripada Abu Hurairah, beliau pernah mendengar Rasulullah saw bersabda :
“Pada Habbatus Sauda’ terdapat ubat bagi segala jenis penyakit kecuali Al-Sam yakni maut”.
Riwayat Bukhari (10:118-119) ; Muslim (7:25) ; Ibnu Majah (2:342) ; Tarmizi (2:3 pada edisi BulaQ) ; dan Ahmad (2:241) menerusi riwayat Sufyan bin ‘Uyainah daripada Al-Zuhri dan Abu Salamah.
antara kebaikan habbatussauda ....
Kajian-kajian yang telah dibuat membuktikan bahawa Habbatus Sauda mempunyai khasiat-khasiat perubatan yang berikut:
1-Asid Urik dan Gout
Membantu mengeluarkan asid urik dari badan dan mengelakkan dari terkena penyakit gout.
2-Asthma
Bahan “Nigellon” yang terdapat dalam Habbatus Sauda dapat mengurangkan kesukaran pernafasan dan serangan Asthma dan memberi menafaat dalam rawatan serangan yang terjadi ke atas pembuluh udara (bronchitis).
3-Selsema
Ia dapat menyembuhkan selsema.
4-Tekanan Darah Tinggi
Ia boleh merendahkan tekanan darah.
5-Alahan (Allergic)
Bahan “Nigellon” dalam Habbatus Sauda dapat mengurangkan pengeluaran bahan “Histamine” dan bahan-bahan yang menyebabkan kejadian alahan (allergic).
6-Pengeluaran Bahan Empedu (Bile)
Juzuk Karbonil dan Thymoquinone (dua kandungan asas di dalam Habbatus Sauda) mempunyai keupayaan dalam menambahkan pembuangan empedu dari pudi empedu, untuk mengelakkan dari kewujudan penyakit batu pundi empedu.
7-Melancarkan Pengeluaran Susu
Ia mempunyai kesan yang kuat ke atas pertambahan kelancaran pengeluaran susu pada ibu.
8-Kesendatan Pembuluh Darah (Thrombosis)
Ia mempunyai kesan ke atas sistem kesendatan pembuluh darah di dalam tubuh dan di luar tubuh. Maknanya darah yang mengalir akan berhenti dengan cepat akibat kecepatan pembekuan darah. Begitu juga ia mempunyai kesan ke atas kecergasan pemecahan fibrin di dalam darah tersebut.
9-Sistem Imunisasi (Immunity) Tubuh
Ia meningkatkan sistem kekebalan supaya dapat membunuh kuman-kuman (bacteria), virus atau sel-sel barah supaya dapat mengelakkan tubuh dari dijangkiti penyakit-penyakit.
10-Barah
Ia dapat melindungi tubuh dari wujudnya kesan-kesan beracun akibat kegunaan “Cisplatin”, yang digunakan dalam merawat bengkak-bengkak barah. Ubat “Cisplatin” ini, seperti lain-lain ubat yang digunakan untuk merawat bengkak-bengkak barah, menyebabkan kesan-kesan serangan sampingan (side effects).
11-kuman-kuman
Ia amat aktif dan berkesan dalam membunuh beberapa jenis kuman seperti “E Coli”, “Strep.Fecalis” dan “Bacillus subtilis.” Ia juga mungkin berfaedah dalam melindungi gigi dari kejadian kerak-kerak kuning pada gigi (Plaques) dan kereputannya.
12-Cirit-Birit disebabkan Kuman
Ia dapat merawat masaalah ceret-beret dengan membunuh kuman-kuman yang menyebabkannya, seperti Kolerra, Shigella dan E.Colli yang berupaya menentang beberapa antibodi.
13-Kencing Manis
Ia dapat mengurangkan tahap kandungan gula di dalam darah.
14-Rheumatisme
Dalam bidang perubatan tradisional di timur tengah, ia digunakan sebagai bahan anti radang (Anti Inflammatory) dan anti-rheumatism (antirheumatic) dan digunakan dalam rawatan kepada migren

15-Kaya dengan Monosaccharide Glukosa, xylosa dan sebagainya. Ppolysaccharide fatty acid yang tidak tepu. EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan Amino acid yang membentuk protein. Karotene iaitu sumber vitamin A kalsium, zat besi, dan sebagainya.
16-Anti-histamine
Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.
17-Anti-tumor
Kajian in vitro mendapati habbatus sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.
18-Anti-bakteria
Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria. Habbatus sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.
19-Anti-radang (anti-inflammation)
Habbatus sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dan sebagainya) dan arthritis (bengkak sendi).
20-Habbatus Sauda juga digunakan secara tradisional untuk beberapa keadaan seperti untuk menghasilkan kulit muka yang cerah, membantu merawat batuk dan asma, kencing manis, selsema, keguguran rambut, tekanan darah tinggi, masalah untuk tidur, sakit-sakit otot dan sendi, rasa loya dan muntah, mengurangkan kolesterol, merawat batu karang dan sebagainya.
bunga jintan hitam |
lagi ??? ada banyak rupanya..tak cukup 1 entri rasanya..
- Meningkatkan kadar tenaga secara optima
- Meningkatkan ion negatif (oksigen)
- Sebagai anti radikal bebas dalam darah
- Melambatkan penuaan dengan cara memanjangkan hayat sel sihat, mempercepatkan penukaran sel yang lanjut usia, melancarkan penghasilan hormon pertumbuhan yang diperlukan untuk metabolisma sel.
- Membantu mengatasi masalah diabetis pengerasan salur darah.
- Meningkatkan ingatan jangka pendek, kelajuan, ketajaman, dan daya konsentrasi mental.
- Meningkatkan pengeluaran sel darah merah.
- Meningkatkan stamina dan ketahanan
- Meningkatkan pengambilan oksigen semasa bernafas dengan pola pernafasan yang teratur.
- Mencegah pertambahan berat badan dengan meningkatkan kadar metabolisma, dengan itu, lebih banyak tenaga terhasil daripada makanan supaya ia tidak disimpan dalam bentuk lemak.
- Meningkatkan ketahanan pada altitud tinggi dengan paras oksigen yang rendah di udara.
- Mengatasi masalah kecing tidak lawas, kncing tidak puas, kencing tidak tus, terpaksa meneran kuat untuk kencing, kerap kencing, air kencing yang keluar sedikit-sedikit, kencing malam dan sebagainya.
- Memulihkan masalah jantung.
- Menurunkan paras lipid ketumpatan rendah iaitu "kolestrol jahat" di dalam darah lalu mencegah timbunan lemak pada salur darah yang menghalang aliran darah serta meningkatkan risiko sakit gantung dan strok.
waa...bnyak rupanya kebaikan blackcumin ni ye...so mommys di luar sana ..apa lagi..pergilah beli di kdai mamak and consume setiap hari..insha Allah..kita dihindari dari segala penyakit dan dapat banyak lagi susu!...
mulai sekarang mama akan teruskan makan habbatussauda nih...
No comments:
Post a Comment