MaMa~MuJaHiDaH~~My BrEaStFeEdInG mEMoRyZZZ

Tuesday, 26 February 2013

Formula Milk -susu lembu,susu kambing atau susu soya?


By Nik Nurul Rasyada in Kump. Ibu2 Menyusukan (Files)

Salam semua,

Hari ini dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O di TV9, ada  terumamah  bersama Dr Zarin Zan (a paediatrician and a cardiologist, who  is also  my ex-lecturer masa di UM dulu). Perbincangan ini adalah  berkisar  kepada susu formula. Terdapat banyak jenis susu formula di  pasaran,  samada berdasarkan jenama, isi kandungan dan formula,  jenis-jenis  unsur, dan asal usulnya.
Ramai juga yang bertanya apa  kelebihan susu kambing berbanding susu  lembu, dan apa kelebihan  susu  soya berbanding susu lembu/kambing.  Sebenarnya, dari segi perubatan,  tiada bezanya antara ketiga-tiga jenis  susu ini. Susu lembu lebuh banyak  dijual di pasaran kerana sumbernya  lebih mudah didapati dan lembu dapat  menghasilkan susu yang banyak  dalam suatu masa berbanding kambing.  Tetapi kenapa ada yang mendakwa  susu soya lebih bagus? Sebenarnya adalah  amat salah jika mendakwa  sebegitu. Dari segi perubatan, susu soya  digunakan oleh bayi-bayi yang  dilahirkan dengan keadaan tidak boleh  menerima laktosa (lactose  intolerance). Laktosa adalah sejenis gula  karbohidrat yang terkandung  dalam kebanyakkan susu binatang (termasuk  susu lembu, kambing), juga  susu ibu. Oleh yang demikian, bayi yang  benar-benar mengalami masalah  ini perlu dibantu dengan susu yang  berasaskan soya (lactose-free)  kerana sekiranya tidak dibantu, bayi-bayi  ini tidak dapat membesar  dengan baik kelak. Namun persoalannya, adakah  susu berasaskan soya ini  patut dijadikan rutin untuk bayi/kanak-kanak?  Cuba kita fikir  sejenak...manusia diklasifikasikan dalam jenis mamalia,  bermakna yang  mengandungdan menyusukan anak, serta berdarah panas.  Kerana itulah,  belum ada lagi kita mendengar tentang manusia meminum  susu buaya, susu  ikan, susu burung dan pelbagai haiwan berdarah sejuk  yang lain. Kenapa?  Mudah jawapannya...kerana semua mereka berdarah  sejuk, haiwan-haiwan  jenis ini bertelur dan tidak menyusukan anak  mereka. Apabila kita  berbalik kepada persoalan susu soya tadi, adakah  sangat bagus dan  sangat sesuai untuk bayi kita?  Pada saya, jawapannya  adalah sama. Soya  adalah tumbuhan, tidak mengandung, dan tidak  menyusukan bayi. Soya  tidak berdarah langsung. Oleh itu, manakan dapat  menyamai khasiat susu  ibu yang amat lengkap kepada manusia. Namun, Allah  itu Maha pengasih  dan Pemurah kerana membekalkan kita pelbagai sumber  protein untuk  diambil dan dijadikan makanan. Cuma Tuhan itu menjadikan  otak hanya  kepada manusia untuk kita berfikir dan mengkaji tentang  kesesuaian susu  berasaskan soya ini, dan bukan untuk menggantikan susu  ibu untuk  diberi kepada bayi.
Saya tidak perlu menyatakan pelbagai  hasil kajian saintis dalam dan  luar negara berkenaan faktak-fakta  kelebihan dan kekurangan susu lembu,  kambing dan soya kerana pada  kebiasaannya, saya hanya mengkaji  jurnal-jurnal ini untuk pengetahuan  diri saya sendiri untuk disampaikan  dengan cara yang lebih mudah  diterima oleh para pembaca blog saya dan  para klien penyusuan saya. Pada  saya, cukuplah pelbagai perumpamaan  yang boleh saya lampirkan untuk  kita sama-sama berfikir.
Ramai juga yang bertanya perihal berkenaan  kebaikan satu jenama  berbanding jenama yang lain. Saya amat suka apabila  Dr. Zarin  menyatakan bahawa tiada perbezaan dari satu jenama ke jenama  yang lain.  Memang benar apa yang dikatakannya. Pernahkan kita semua  terfikir,  dari mana para pengeluar susu ini mendapat idea untuk menambah  bahan  DHA, AHA, ARA, Prebiotic, Probiotic, Boost Immune elemen dan  pelbagai  lagi? Saya suka memberi perumpamaan berbunyi  begini...sebenarnya,  mungkin para saintis yang bekerja mengkaji susu ibu  di syarikat  pengeluar susu ini sudah terlebih pandai...kerana pada  waktu kecil  mereka telah disusukan susu ibu masing-masing, namun apabila  telah  berjaya menjadi saintis, mereka telah cuba meniru bahan-bahan dan   zat-zat yang terkandung dalam susu ibu dan disintetikkan (menjadi bahan   tiruan) untuk dicampur ke dalam susu tepung formula. Alangkah sedihnya   saya... Yakinlah semua ibu yang menyusui anak-anak mereka...sebenarnya   bayi-bayi/anak-anak kita langsung tidak kekurangan sumber zat-zat ini   kerana yang terkandung dalam susu ibu adalah yang paling tulen dan   paling mudah diserap. Oleh itu, jangan risau walaupun syarikat pengeluar   susu mendakwa susu tepung mereka mengandungi kandungan zat-zat ini  yang  sepuluh kali lebih tinggi. Padahal, hakikatnya, dari 10 kali,  hanya  1/10 sahaja yang diserap masuk ke dalam usus bayi. Alangkah  sedihnya  kan?
Salam ukhuwah dari saya untuk semua.

sumber: http://mummydaddyluvbaby.blogspot.com (Dr. Nadrah)

No comments:

Post a Comment