MaMa~MuJaHiDaH~~My BrEaStFeEdInG mEMoRyZZZ

Friday, 8 February 2013

Cloth Diaper ( CD )

Antara keperluan bayi yang kita perlukan sebelum kelahirannya lagi ialah LAMPIN !!..zaman dulu ibu bapa hanya ada satu pilihan iaitu lampin kain tradisional...tapi tidak pada zaman sekarang sebab banya lampin2 yang berbagai jenis di pasaran.....
Mama plak time syamim lahir dulu mama beli lampin kain biasa jak untuk kegunaan hariannya..tapi sewaktu syamim baru lahir mama  pakaikan syamim lampin pakai buang yang untuk newborn coz memang susah nak cuci mekonium ( najir pertama bayi ) yang hijau pekat tu...huhu

selepas itu syamim pakai lampin kain siang malam selama 40 hari dalam pantang...then lepas itu syamim pakai lampin pkai buang malam SAHAJA...siang lampin kain...huhu dah berapa perkataan lampin yang mama taip ni?!!! hehehe

Zaman sekarang berbeza ya...ada 3 pilihan
  • lampin kain tradisional
  • lampin pakai buang ( disposable diaper)
  • lampin kain moden ( cloth diaper)
baru2 saja mama tahu bahawa ada cloth diaper ni atau lebih dikenali sebagai CD....

Apa itu CD ?

Ini mungkin kali pertama anda mendengar tentang lampin kain moden pada zaman segalanya boleh dipakai buang. Jadi, anda tertanya-tanya, macam mana rupanya. Satu-satunya lampin yang ada tahu ialah lampin 4 segi yang dijual di pasaraya. Jadi, untuk memudahkan anda, saya telah mengarang sedikit maklumat asas tentang lampin kain, atau lebih dikenali dengan Cloth Diaper atau lampin kain moden(CD).

Keperluan asas menggunakan lampin kain moden telah banyak berubah. Kita tak perlu lagi menggunakan pin yang besar tu, dan kita tak perlu pakai seluar plastik (a’ah, yg memang terang-terang dibuat dari plastik, dan nampak air meleleh celah-celah tu bila terbocor).
Hari ini, lampin kain moden telah diperbuat dari pilihan fabric yang terbaik di pasaran. Ia lembut, tahan lasak, bersih dari segi rupa dan baunya, dan mudah digunakan, dijaga dan dicuci. PUL atau fabric polyurethane laminate dicipta untuk ketahanan di dalam mesin basuh dan pengering.

Kain microfleece dan suede menarik cecair jauh dari kulit bayi. Hasilnya, apabila anda menanggalkan lampin, anda dapat melihat sendiri kulit bayi masih dalam keadaan kering. Selain itu, ia juga kalis kotoran. Najis bayi akan mudah tanggal tanpa perlu direndam. Hanya bilas, dan simpan sehingga anda sedia untuk mencucinya.

Untuk melekatkan lampin kain moden, ia didatangkan dengan butang katup (snap buttons) dan aplix (zap-on) yang lembut dan tidak mencalarkan kulit bayi. Kerja menukar lampin akan menjadi mudah dan cepat.

Perlu menggunakan pin? Kini pin sudah digantikan dengan Snappi Diaper Fastener. Ia diperbuat dari bahan mudah lentur, tidak toksik yang berbentuk T yang panjang dan mempunyai cangkuk palstik di setiap hujungnya. Ia memastikan bayi anda boleh bergerak dengan selesa dan lampin tidak tanggal.

Lampin 4 segi tradisional tidak banyak menyerap, jadi di sinilah timbulnya penggunaan kain serat mikro (microfiber) dan hemp (rami?). Ini menjadikan lampin kain lebih menyerap. Insert pula datang dalam pelbagai variasi. 

( mama copy paste )

Mengapa pilih CD ?

P/S-- Cloth Diaper ni memang sama prestasinya seperti PAMPERS atau Lampin Pakai Buang /Disposable Diaper.

1. JIMAT wang. Penggunaan lampin pakai buang merupakan kos berterusan dan sangat mahal, lebih-lebih lagi bagi keluarga yang mempunyai lebih dari seorang anak kecil yang memakai lampin manakala anda boleh menggunakan lagi CD yang sama jika anda mempunyai ramai anak atau ingin menambah bilangan ahli keluarga. mari kita kira:
Kos menggunakan Dispo Diapers
sehari katakan 6 kali, dan katakan harga sekeping DD ialah RM0.60

RM0.60 X 6 = RM3.60 sehari
RM3.60 X 365 hari=RM1314 setahun
RM1314 X 3 =RM3942 untuk 3 tahun 

Kos belian Cloth Diapers berharga RM45

Beli 10 helai : 10 x RM45 = RM 450
Beli 20 helai : 20 x RM45 = RM 900
* lebih banyak stok CD anda lebih tahan lama, kerana lambat lusuh

Jimat kerana boleh digunakan untuk anak seterusnya.
Jimat juga kerana boleh digunakan dari saiz S, M dan L

2. Bayi akan cepat belajar membuang air di tandas. Bayi yang menggunakan lampin kain juga akan lebih cepat membezakan antara basah dan kering kerana walau pun bahagian dalam lampin kain (fleece) ini sentiasa kering dan selesa, masih ada kedinginan semulajadi berbanding lampin pakai buang. Menurut satu artikel di dalam Wall Street Journal, bayi yang memakai lampin pakai buang memakai lampin sehingga umur 36 hingga 42 bulan, sedangkan bayi yang memakai lampin kain masanya lebih singkat iaitu sehingga setahun lebih awal. Ini sangat menjimatkan kerana anak anda akan cepat belajar membuang air sendiri di tandas. (Earlier Potty Training)

3. Dari segi keselesaan dan kecantikan, lampin kain zaman moden ini juga ternyata lebih cantik dipandang kerana ia datang dalam pelbagai rekaan, warna dan corak. Fitting dan cuttingnya juga lebih cantik dan kemas serta selesa dipakai berbanding lampin pakai buang. Cara pemakaiannya juga sangat mudah, sama seperti lampin pakai buang. Ia sangat mudah dibasuh dan mudah kering kerana ia di perbuat dari kain yang ringan, lembut, selesa dan mempunyai pengudaraan yang baik untuk kulit si kecil anda.

4. Boleh kurangkan masalah kesihatan anak kerana tiada kesan bahan kimia merbahaya. Selain itu Cloth Diapers ini boleh mengelakkan masalah ruam bayi. ramai orang merasakan lambat tukar diapers boleh menyebabkan rashes. tapi sebenarnya bahan kimia di dalam diapers itu ditambah dengan diapers yang lambat ditukar yang menyebabkan rashes. Berbanding dengan CD, walaupun anda malas menukar CD(biarkannya lenjun basah) tiada sebutir rashes pun yang akan timbul. CD juga bagus untuk bayi yang berkulit sensitif.

5. Sampah PAMPERS yang memang melambak di rumah dapat dielakkan (Mesra Alam). Disposable diapers adalah penyumbang kepada sampah sarap dan pencemaran di muka bumi ini. Save the earth with Cloth Diaper! Kurangkan pencemaran & back to nature..hehhehe..sampah disposable diaper ambil masa 500 tahun untuk lupus.

6. Free Size memang sesuai sangat sebab budak-budak umur 3 tahun ke atas memang dah kurang pakai lampin (puratanya pakai malam saja).

7. Luaran produk saya tak kisah sangat yang penting berkesan, Tapi Cloth Diaper ni ada banyak design dan warna yang menarik. Jadi ini satu bonus pada saya, kira nampak SEMPOI la. Seluar dalam pun tak payah nak dipakaikan, kurang sikit benda yang nak di basuh.
Jangan terperanjat. Saya juga pada mulanya seperti anda. Mengapa perlu bertukar semula ke lampin kain sedangkan lampin pakai buang banyak terdapat di pasaran dan sangat mudah digunakan?

Fikirkanlah, adakah anda rela memakai pakaian yang dibuat dari kertas dan plastik sedangkan anda mempunyai pilihan memakai pakaian dari kain yang cantik, selesa dan tahan lasak? Sekiranya anda memilih untuk memakai kain, mengapa tidak anak kesayangan anda? Berfikir dan bertindak bijaklah mulai sekarang dengan memilki lampin kain moden yang sangat mudah digunakan, selamat dan sangat menjimatkan.

Gambar CD



ini yang ada corak

ini plain
CD ni ada dua lapis ya..macam ni...


yang warna putih ni namanya INSERT yang luar tu COVER
cover ni ada poket..so bole masukkan insert ke dalam tu..kalau beli 1 CD biasanya akan dibagi 2 insert free
untuk penggunaan siang pakai 1 insert saja
untuk penggunaan malam pakai 2 insert
CD hendaklah ditukar setiap 3-4 jam

CD juga one size ye...bole di ubah2 ikut umur dan berat baby...



mama senaraikan jenama CD yang popular di malaysia ye...
  1. Lunatots ( keluaran bumiputera)
  2. Wuddah ( keluaran bumiputera juga hihi )
  3. QQ
  4. Coola Baby
  5. Charlie Banana
  6. Sunny Baby
  7. Auntumnz
  8. Grovia
  9. Happy Flute
  10. Bum Genius
huhu..itu jew la yang mama tahu....

nanti entry akan datang mama cerita macam mana nak basuh CD ye....

sekian...

No comments:

Post a Comment