Mengikut Kementerian Kesihatan Malaysia,
Polisi Penyusuan Susu Ibu Malaysia
“Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan SUSU IBU sahaja dari lahir sehingga berumur 6 bulan dan meneruskannya sehingga umur 2 tahun. Makanan pelengkap perlu dimulakan semasa anak berumur 6 bulan.”
Adakah kita sedar tentang kewujudan polisi ini? hehehe
Makanan pelengkap perlu diberikan mulai 6 bulan.
ini bermakna dari lahir hingga 6 bulan bayi:
- diberi susu ibu sahaja
- tidak perlu air atau susu tambahan
- tidak perlu makanan pelengkap
Sekiranya bayi diberi minuman lain (air masak/jus) disamping susu ibu dalam tempoh 6 bulan itu, maka ia dikatakan “Penyusuan Sepenuhnya” (Fully Breastfeeding) dan bukannya “Penyusuan Eksklusif”.
Di Malaysia dikatakan terdapat peningkatan dalam penyusuan susu ibu namun penyusuan eksklusif masih kurang (walaupun tiada statistic rasmi dikeluarkan).
Senario ramai ibu-ibu masih kurang yakin untuk memberi susu ibu SAHAJA kepada bayi selama 6 bulan tersebut. Tambahan kepada air masak dan sekali sekala susu formula kelihatannya sukar dielakkan.
KEPENTINGAN PENYUSUAN SUSU IBU SEPENUHNYA ( EKSKLUSIF )
Mengapa penyusuan susu ibu secara eksklusif perlu diteruskan sehingga bayi berumur 6 bulan ?
- Kandungan nutrisi dalam susu ibu adalah mencukupi untuk pertumbuhan bayi dari lahir hingga berumur 6 bulan . Penyusuan susu ibu selama 6 bulan tanpa makanan lain tidak menjejaskan kadar pertumbuhan bayi.
- Penyusuan susu ibu secara eksklusif selama 6 bulan juga dapat memastikan penyerapan zat besi yang optimum dari susu ibu. Pengambilan bahan makanan yang lain boleh mengurangkan penyerapan nutrien di dalam susu ibu seperti zat besi.
- sistem pencernaan dan penghadaman bayi kurang dari 6 bulan masih belum matang untuk memproses makanan selain dari susu ibu. Oleh itu,pemberian air atau makanan pelengkap mahupun susu formula kepada bayi yang berumur kurang dari 6 bulan adalah tidak digalakkan.
- Enzim-enzim penghadaman yang terlibat belum tersedia sepenuhnya. Oleh itu bayi mudah mendapat diarrhea ( cirit birit ) sekiranya makanan pelengkap diperkenalkan lebih awal menggantikan susu ibu.
- air atau cecair lain selain susu ibu juga bertindak menghakis saluran pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu terhadap sistem pencernaan. Ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai risiko seperti jangkitan dan alahan.
Biarpun mama telah baca dan fahami semua ni,,.tapi mama rasa yang shareef dah bole diberi makan ...huhu..why? sebab shareef dah tunjukan beberapa signal yang dia mahu makan
antaranya...
Adakah bayi saya bersedia untuk pepejal?
Bayi anda mungkin bersedia untuk mengambil pepejal jika dia:
• boleh mengangkat kepalanya dan mengekalkan posisi itu
Adalah penting bagi bayi anda untuk mengekalkan posisi tegak dan stabil jika dia mahu mengambil makanan yang disuap dengan sudu.
• duduk dengan baik apabila dipegang
Mula-mula anda mungkin perlu memegangnya. Cuba tegakkan dia di hujung sofa atau sandarkan dia atas seorang orang dewasa. Kerusi tinggi budak boleh digunakan selepas itu, apabila dia sudah pandai duduk dengan sendiri.
• melakukan pergerakan mengunyah
Bayi anda mestilah boleh menolakkan makanan ke bahagian belakang mulutnya dan menelan. Apabila bayi anda pandai menelan dengan efisien, anda akan memerhatikan yang air liurnya sudah kurang meleleh.
• telah naik berat badan secara sihat
Kebanyakan bayi telah bersedia untuk makan separa pepejal apabila dia menggandakan berat lahirnya, yang akan berlaku sebelum atau sekitar usia enam bulan. Jika bayi anda tidak mencapai berat badan yang normal, berbincanglah dengan pakar pediatrik anda.
• amat berminat dengan makanan yang anda sedang makan
Bayi anda mula memerhatikan makanan yang anda sedang makan dan cuba mengambil makanan itu semasa anda mengambilnya dari pinggan untuk masuk ke mulut anda.

so....mama buat keputusan untuk memberi shareef makanan pertamanya...
banyak juga dibincangkan tentang makanan apa yang perlu diberi untuk bayi sebagai makanan pertamanya...antaranya ialah puree buah dan sayur
seperti puree apple,kentang,buah pir,carrot dan labu..
tapi bagi mama..sejak turun temurun AMMA memang terus kasi baby bubur beras,,tapi yang ini baby version la..mama kasi nama resipi ni BABY RICE
..nanti mama share resipi ye...
No comments:
Post a Comment