Cloth Diaper merupakan lampin kain rekabentuk moden yang amat selesa untuk bayi dan mesra pada kulit. Ia sesuai untuk digunakan dari umur bayi 3 bulan sehingga 3 tahun dan lebih (bergantung pada saiz bayi) dan boleh di cuci . Bahagian luar cloth diaper dilapisi dengan sejenis kain khas iaitu polyurethane Laminate ( PUL ) yang kalis air supaya ia tidak mudah bocor . Lapisan dalam cloth diaper ini di jahit dengan poket khas untuk memudahkan anda masukkan pelapik khas ( insert ) yang mampu menyerap air kencing bayi sehingga 3 hingga 4 jam penggunaan. Setiap helai cloth diaper dibekalkan sekali dengan pelapik khas ( insert ) yang di perbuat dari microfiber yang tinggi daya serapan dan mudah di bersihkan. Cloth diaper ini boleh di cuci dengan tangan atau mesin basuh untuk membantu kerja-kerja pencucian yang lebih praktikal. Kesimpulannya lampin kain moden ini tidak mengandungi bahan kimia yang boleh mengancam kesihatan bayi anda.
cara penjagaan...
1. Jangan basuh menggunakan berus kain dan jangan dibasuh Insert bersama pakaian lain, sifat MICROFIBER yang sangat menyerap partikel halus seperti lint / bulu dari bahan lain akan menutupi celah ( celah antara nylon polyester ) sehingga mengurangkan kesan MICROFIBER.
2. Jangan gunakan pelambut kain ( softener ), hal ini akan mengakibatkan efek seperti diatas, microfiber mungkin akan menarik mikro partikel dari lapisan softener, softener bagus buat pakaian tetapi ia akan menutupi celah microfiber tadi, dan akan mengurangkan daya serapan serta mengurangkan daya bersih microfiber. Kesan yang tidak baik ini dapat dikembalikan dengan cara mencuci kembali dengan cara y ang betul serta penggunaan AIR PANAS atau Suam.
3. Jangan gunakan chlorine bleaching (pemutih), hal ini akan merosakan serat nylon dan mengurangi daya efektif magnetik yang membuat microfiber effective. Menggunakan pemutih akan secara aggresive menurunkan kualiti MICROFIBER. Tidak ada cara untuk menghilangkan efek ini.
Bagi CD yang baru dibeli
1. Basuh 3-4 kali sebelum guna (Untuk membuang bahan kilang dan penyerapan yang lebih baik).
2. Rendam dalam air suam/panas semalaman.
3. Cuci dengan sedikit sabun dan cuci macam biasa atau machine wash.
4. Jika machine wash, sila guna laundry bag (untuk menjamin jangka hayat CD).
5. Pastikan serbuk pencuci yang digunakan tiada peluntur, pelembut dan bahan kimia.
6. Jemur dibawah cahaya matahari.
Selepas digunakan.
1. Buang semua najis ke dalam mangkuk tandas, bilas sehingga hilang bau dan masukkan ke dalam baldi.
2. Masukkan kesemua CD ke dalam mesin basuh.
3. Jika cuci dengan tangan, cuma bilas hingga tiada kesan serbuk pencuci.
4. Gunakan Laundry Bag untuk menjamin jangka hayat CD anda.
5. Jemur (seeloknya di bawah cahaya mentari untuk menghilangkan kesan najis)
Serbuk Pencuci yang disayorkan oleh ibu-ibu yang berpengalaman menggunakan CD.
1. Pureen HAD/ABD (dalam bentuk serbuk, jangan gunakan cecair).
2. KAO Attack
3. Cosway – KIDDIEWASH
4. Top detergent
5. Trojan (serbuk pencuci paling murah)
6. Harimau Kuat
Lampin yang telah digunakan lama, berbau atau ada masalah "leakage", sila ikut langkah - langkah berikut untuk "strip washing".
- 1. Isikan baldi dengan air suam/panas (cukup untuk rendam CD)
- 2. Letak sedikit cecair pencuci pinggan.
- 3. Berus dan gosokkan permukaan dalam (fleece) tangan beberapa kali.
- 4. Ulang pada permukaan fleece di dalam.
- 5. Bilas dengan baik, pastikan air mengalir jernih, bebas daripada bahan cuci.
- 6. Jemurkan dibawah cahaya matahari.
Tip-tip :
1. Bagi Suri Rumah sepenuh masa, anda tak ada masalah langsung utk guna CD ni, tapi minimum disarankan adalah 10 keping. SEBABNYA sehari purata penggunaan lebih kurang 5 ke 6 keping jadi anda ada masa untuk basuh dan lebih panjang jangka hayat CD ni.
2. Bagi Ibu yang bekerja, minimum disarankan adalah 20 keping, kalau di Europe mereka cadangkan 30 keping ke atas (saya rasa mungkin ibu - ibu kat sana jenis tak balik rumah kot, entah le). Sebabnya anda boleh kumpul 3 hari sekali baru basuh, jadi lebih banyak CD anda, masa anda membasuh dapat dikurangkan ke seminggu sekali. Sebelum tiba hari membasuh, rendam dulu CD yang dah diguna supaya kesan 'Poo' boleh hilang dan pastikan jangan gunakan benda-benda yg telah dijelaskan di atas. Anda boleh bagi CD pada BABY SITTER, jelaskan tukar CD sama macam tukar PAMPERs, 'Poo' buang dalam mangkuk tandas, lepas tu simpan CD tu dalam beg Plastik, "masa anda nak ambik baby anda nanti, ambik CD sekali ok?" lepas sampai rumah, rendam terus, kemudian bolehlah memasukan CD dalam washing machine terus basuh dan jemur (jangan campur dgn baju lain). Bukannya susah pun sebab tak payah basuh teruk-teruk sebab CD ni kotoran mudah tanggal (tapi kalau nak guna tenaga tekan washing machine pun tak nak, itu siapa pun tak boleh tolong dan mungkin anda memang orang berada $ $ $ )
3. Bagi ibu bapa bekerja dan ingin menggunakan Cloth Diaper pada Hujung Minggu. Mudah saja, 5 keping CD dah boleh menjimatkan anda. Tapi dengan cara ini, kita tak dapat nak betul-betul minimumkan kesan bahan kimia dari 'PAMPERS' sebab kita hanya guna CD pada Hujung Minggu, sedangkan kita guna 'PAMPERS' 5 hari (working days). Terpulang pada kita untuk membuat keputusan samada kita pentingkan kesihatan anak kita atau kita memang busaya sampai tak sempat nak membasuh langsung?
4. Untuk menjamin jangka hayat CD,anda masukan CD ke dalam Laundry Bag lepas tu baru masukan ke dalam Washing Mashine Pocket Pant sekejap saja kering dan insert lama sikit.
5. Anda kena kesan sendiri bilakah waktu anak anda kerap 'Pee' atau 'Poo', dengan cara ini anda boleh tentukan berapa insert yang perlu anda guna dalam Pocket Pant.
6. Daya serapan CD lebih tinggi selepas beberapa kali cucian.
Kenali lampin Pakai Buang atau orang panggil 'Pampers"
Mungkin anda tak sedar bahawa penyumbang utama kepada masalah ruam lampin ini adalah berpunca dari penggunaan lampin pakai buang yang anda guna setiap hari.
Antara kelemahan lampin pakai buang ini ialah :
- a. Ia mengandungi bahan kimia yang boleh menjejaskan kesihatan bayi. Diotidakin iaitu sejenis bahan kimia terhasil sewaktu proses pelunturan pulpa (bahan utama lampin pakai buang ) boleh menyebabkan bayi menanggung risiko kanser!
- b. Menambah masalah kerangsaan kulit kerana kulit bayi yang sensitive bersentuh dengan air kencing mengakibatkan ia bertindak balas dengan bahan kimia yang terkandung di dalamnya menyebabkan kulit melecet dan bertukar kemerahan.
- c. Punca kepada penyakit asma atau lelah kerana ia merosakkan sistem penyejukkan badan yang boleh menggangu kesuburan pada masa akan datang selain menggangu sistem hormon dan imunisasi badan kerana ia mengandungi bahan bertoksik.
- d. Mencemar udara dan kebersihan alam sekitar . Oleh kerana ia di perbuat dari bahan sintetik, ia tidak mudah di lupuskan sekaligus menambah masalah pada alam sekitar yang menjadi tempat tinggal kita.
- 1. Jadi, anda halusi dan telitikan apa yang telah anda baca, kemudian buatlah keputusan.
MASA PENGGUNAAN CLOTH DIAPER
Jadual Waktu Penggunaan Lampin Kain Harian (sebagai guidance sahaja)
Sesuai untuk bayi berusia 2 bulan ke atas
*Untuk bayi berusia bawah 2 bulan, tukarkan CD 2-3 jam sekali
7.00 – 10.00 pagi 1 pocket + 1 insert
10.00 – 1.00 tgh hari 1 pocket +1 insert
1.00 – 4.00 petang 1 pocket + 1 insert
4.00 – 7.00 petang 1 pocket + 1 insert
7.00 – 12.00 mlm 1 pocket + 2 insert
12.00 – 7.00 pagi 1 pocket + 2 insert
Jumlah penggunaan sehari 6 pocket dengan 8 insert.