MaMa~MuJaHiDaH~~My BrEaStFeEdInG mEMoRyZZZ
Showing posts with label bubur ayam. Show all posts
Showing posts with label bubur ayam. Show all posts

Saturday, 20 July 2013

NASI 3 WARNA - BUBUR BAYAM BERKEJU

 

nasi 3 warna

bahan-bahan

1-beras
2-lobak merah
3-kacang pis
4-ubi kentang
5-ayam
6-butter



cara mama masak senang je..guna preassure cooker..
campak semua bahan dalam periuk,tuang air secukupnya dan masak la atas api..takde tumis2...
cooker ni akan berbunyi untuk peringatan kita @ tahap kelembutan makanan di dalam,
misalnya kalau nak masak kambing kena 7 kali bunyi,kalau masak kentang ckup 2 kali..but masak nasi ni bunyi 2 kali mama dah off kan...
boleh blend untuk baby dan bole bagi begitu sahaja untuk anak besar sikit

siap


 yummy



 blend for shareef



 orangnya menunggu suda

apa special hari ni ye?




bubur bayam berkeju

bahan-bahan

1-sayur bayam sengenggam
2-kacang panjang
3-ubi kentang
4-bawang merah 
5-bawang putih
6-ayam sedikit
7-keju-,mama guna cream cheese
8-beras






cara-cara

tumis bawang dalam minyak zaitun ..masukkan ayam,,goreng hingga wangi..dan masukkan sayur-sayuran..
tuang air secukupnya,masukkan beras..dan tunggu la sehingga masak..setelah siap,tutup api dan masukkan cheese 2 sudu besar..
lepastu blend blend blend...mmm yummy....shareef suka bubur ni ! licin mangkuk..hehehehe









Tuesday, 2 July 2013

Cheezy Sweety Chicken Porridge

hello there !
mama nak share resepi bubur ayam yang sodappppp

senang je cara buatnya..dan yang pasti baby anda mesti suka !

bahan-bahan


  1. beras wangi (yang dah diproses)
  2. isi ayam sedikit
  3. bawang merah dan bawang putih
  4. kacang panjang @ buncis @ sweet peas
  5. puri labu dan puri kentang
  6. cheese keping
  7. minyak zaitun @ butter untuk tumis
cara-cara

  1. tumis bawang2 sehingga naik wangi
  2. masukkan kacang panjang yang telah dihiris halus
  3. masukkan air secukupnya dan beras
  4. setelah mendidih baru masukkan ayam
  5. tunggu setelah betul2 masak baru masukkan puri labu atau puri kentang..
  6. terakhir sekali masukkan sekeping cheese sebelum blend...
  7. siap !
rasa lemak2 manis berusu..
manis sebab ada puri labu tu..rasa lemak2 sebab ada cheese...
yummy..mak2 kalau nak join sekali boleh letak garam sedikit..dan tak payah la blend2 haha


 nampak sedap kan?


 close up


 da blend


yum yum

selamat mencuba mommys!!!!!!


Friday, 31 May 2013

shareef's first chicken meal !

Ayam harus diperkenal kan kepada baby yang umur 8 bulan ke atas...
shareef selama ni makan sayur jew..vegeterian konon bah hehe
hari ni buat pertama sekalinya shareef makan makanan campur ayam..
breaskfast untuk pagi shareef potato puree + bubur nasi ...
mommy masak ayam untuk lunch...

bahan-bahan

  • minyak -mama guna olive oil
  • beras wangi-yang telah diproses
  • ayam
  • bawang merah
  • ubi kentang








beras nih mama dah proses...tapi tak kisar..bole tengok SINI
mama kisar separuh,dan simpan begitu sahaja separuh...
beras ni cepat masak sebeb suda rendam semalaman

cara-cara

  • tuang olive oli dalam periuk kecil
  • tumis bawang
  • masukkan kentang
  • air secukupnya
  • masukkan beras
  • masak dalam 10-20 minit sahaja
  • lepas tu bole blend untuk baby..
  • kalau maknya nak makan,bole tambah garam sedikit..hehe

tumis + air

selepas masak

blend

1 bowl for lunch
1 for stock

anak mama suka bubur ayam nih...tengok reactionnya ...
tapi tak habis la semangkuk tu..ada ditinggalkan sedikit...







p/s-sila abaikan kaki2 orang yang ada dalam gambar tue ..hehe..

happy sangat mama bila shareef suka lunch nya...
lepas makan..main2 jap...nen nen..dan tido...
perut kenyang sukala tido...
sayang anak mama !

mommys,selamat mencuba!