MaMa~MuJaHiDaH~~My BrEaStFeEdInG mEMoRyZZZ
Showing posts with label BREASTPUMP. Show all posts
Showing posts with label BREASTPUMP. Show all posts

Wednesday, 26 February 2014

SPECTRA M1

ASSALAMUALAIKUM

PERKENALKAN BREAST PUMP TERBARU
SPECTRAM1

LEBIH KECIL,RINGAN DAN COMEL
HANYA 400G SAHAJA



KENAPA SPECTRA M1 MENJADI FENOMENA MASA KINI?
---------------------------------------------
✔ DOUBLE PUMP! Jimat masa dan tenaga.
✔ Ada RECHARGEABLE BATTERY built-in di dalamnya. Mudah dan senang nak pam di mana-mana sahaja.
✔ Bunyi sangat SLOW! TAK mengganggu rakan-rakan di office semasa kita nak pam.
✔ Kecil dan ringan sahaja (400g)
✔ TIADA masalah backflow! Anda tak perlu risau susu masuk tiub kerana ada anti-backflow mechanism.
✔ Suction yang sangat COMFORT dan TIDAK menyakitkan.
✔ Ada WARRANTY 6 months dan boleh servis di Service Center Histopoint Subang Jaya.
✔ Kos servis dan repair yang SANGAT MURAH!
✔ Brand SPECTRA telah LAMA berada di pasaran dan EXPERT dalam dunia breast pumps.

Itulah sebabnya RAMAI Mommies dah mendapatkan Pam Spectra M1 yang SUPER Dasyat ini..


SUSU TAK AKAN MASUK MOTOR SEBAB ADA ANTIBACK FLOW..
SANGAT BERBALOI-BALOI


DOUBLE PAM JIMAT MASA MALAH MEMBANYAKKAN SUSU SEBAB PAYUDARA DIRANGSANG SERENTAK


HAMPIR SAMA SAIZ DENGAN MEDELA FREESTYLE

RAMAI YANG KELIRU NAK PILIH EVE LOVE ATAU SPECTRA M1
JADUAL NI MYBE BOLEH MOMMYS PILIH YA

HARGA SPECTRA M1 DOUBLE
RM499 TERMASUK POS SEMENANJUNG 
PM MAMA D facebook
atau SMS / WASSUP 0165841349







Saturday, 7 December 2013

REVIEW _MEDELA FREESTYLE

ASSALAMUALAIKUM PEMBACA BLOG SEKALIAN

Mama mula lagi dengan kegilaan mama pasal breastpump..kali ni nak cerita pasal pam yang paling best dan kira yang paling mahal di pasaran sekarang but ramai ibu2 yang invest duit beli pam ni..
actually ada lagi pam lebih mahal la,,but pam yang masih dalam kemampuan ramai parents di malaysia..

MEDELA FREESTYLE @ fs

nama glamour pam ni fs..short name la..hehe
ada kawan baik mama pinjam kan..mana la mama mampu beli kan hehehe
tapi lepas guna ni mama rasa nak kumpul duit dan beli untuk next baby nanti ..wkwkwkwk..ada hati nak baby lagi hanya kerana fs>>!
hahahahah..eh tak le..gurau je



medela fs
harga pasaran sekarang berbeza -beza ikut seller
ada yang jual serendah RM1450
ada RM1500
ada jual RM1600
ada jugak kedai2 online jual RM1799
mama pun ada jual jugak,,murah je hehehe RM1599 termasuk pos dan full set seperti dalam pic di atas..nak oder? mail mama at mybabymizwar@gmail.com
sempat lagi iklan haha

bungkusan dikirm dari Lahad DAtu




ok mama terima parcel dalam bungkusan yang sangat touching dan bermakna,,yes..tengok ni



dalam box Qaseh hehehehe..yang telah mencelikkan mata mama..ceritanya next entri ye..nntikan,.
berbalik pada fs..
mama nak tunjukkan cara2 pasang dan guna fs yer...
p/s- mama tak review pasa freestyle strap sebb mama sendiri tak reti..hua hua hua


un box

bile di buka inilah isinya....

pam,charger dan freestyle strap,,xde botol2...sebb kata kawan botol dah pakai melebihi 6 bulan...ok xpe..ada jugak botol lain yang fit -Bumble Bee dan JJ

siap steril,ready to pump
first time pakai pam ni rasa mcm xde suction haha..actually ada but tak sekuat Spectra hahahahah
dah kebal guna s3 tu kan..fs suction lembut sangat,,rasa mcm x pump tapi susu keluar ! wow..amazing kan..guna level paling tinggi pun tak sikit...




  1. pasang membrane
  2. pastikan fit dan takde ruang yang tak grip
  3. pasang penutup dan pastikan klik 3 tempat
  4. pasang corong
  5. pasang botol ,mama guna pureen**
  6. pasang tiub-mama guna single je dulu

  1. pertama tekan butang on/off
  2. LET DOWN-die akan stimulate untuk 2 minit pertama
  3. seterusnya ikut keselesaan kita nak high or low
  4. boleh save cara pumping kita ,level yang paling kita selesa,


MEMANG best guna fs..dalam 2 minit die stimulate tu memang confirm ada let down terus..so memang susu akan keluar mencurah-curah
pertama kali pakai asyik leaking sahaja fs ni..mama pun tak tahu mana silapnya..habis baju basah bila time nak bukan botol atau habis mngepam..akan tumpah dalam 0.5-2 oz susu ! huaaaa sayang sgt2..
lepas cek rupanya botol tak fit..tu yang mama tandakan dengan ** di atas..so jangn guna botol pureen ye..
lepas tu mama pakai botol Bumble BEE memang x leaking dah hehehehe

masa first time guna dapat sikit ja..belum serasi lagi kan


1 oz sahaja


yang paling best tentang pam ni
  • ringan dan kecil
  • boleh caj mcm hp dan pam di mana2 tanpa letrik point
  • boleh pam sambil chrge
  • sedutan super soft-tak sakit biar guna high level
  • ada screen dan timer
  • part yang sangat sedikit- 3 sahaja
  • senyap sangat2

itu la antara keistimewaan pam ni..hehehe
lagi best kalau buat power pumping...

power pumping jam 3 pagi + horlick 1 mug

mama suka pakai single kalau power pumping,ada timer di pam,so tak yah tengok2 jam..cukup2 kan je 60 minit siap la pp ! hehehehehe

muat dalam tapak tangan
hasil pam 20 minit
medela fs ini sangat membantu mama dalam proses relaktasi sebb kena pam setiap 3 jam dan buat pp setiap hari kan..so best sgt sebb mama boleh buat kerja lain sambil pam..selit ja corong di nursing bra dan boleh freestyle dah..thx to NORINI MUIN ..sebb sudikan pinjamkan 'nyawa' nya sekejap untuk berbakti kepada mama...love u dear !!! muah2

mama nak upload video bunyi medela time pam,mcm lama sangat plak..xpe lain kali je la yer..mam ada bayk kerja lain nak siapkan..hhehehe
itu sahaja cerita c medela fs...
bye2




Sunday, 17 November 2013

review : RUMBLE TUFF 3 IN 1 BREASTPUMP AND FIFFY MANUAL BREASTPUMP

ASSALAMUALAIKUM READERS....
BAB YANG PALING MAMA SUKA NAK TYPE DAN CELOTEH DENGAN KAWAN2 SEMUA//YES..BREASTPUMP LAGIK..

KALI INI NAK CERITA PASAL BREASTPUMP RUMBLE TUFF..MESTI PERNA DENGAR KAN
EH MENGAPA TULISAN BESAR NI SEMUA ?? OVER EXCITED NAA

hahahahahaha.
begitu la mama kalau pasal pam payudara..terlebih excited ,,actually mama belum mandi,belum masak..hahaha..byk post yang masih dduk dalam draft ..nak publish satu persatu ..skrg dah jadi WAHM..memang kurang masa sgt2..hehehe

RUMBLE TUFF

rumble tuff

begini la rupa breastpump rumble tuff
boleh guna elektrik,battery dan manual !
yup..jika nak freestyle guna ja battery AA 4 bijik

mama guna rechargble battery

breastpump ni kawan mama yang pinjam kan,.but harga sekarang ialah RM599
ianya disertakan dengan manual kit..so boleh pakai manual macam ni


apa yang best tentang pam ini ialah
  • boleh guna 3 cara..manual ,batteri atau letrik
  • sangat ringan,dan kecik senang nak bwak gi mana2
  • ada 2 phase..pertama stimulate untuk 2 mnit..lepas tu pump mimic bayi ..
  • ada 8 level ikut keselesaan
  • ada alarm untuk remind next session
  • ada memory button so boleh save level dan mode kesukaan mommys
  • tidak akan back flow
yang paling tak best satu sahaja..banyak sangat part !! leceh nak basuh hahaha
ini memang betul ye..ramai let go dan beli lain hanya sebb yang ini.
dan ianya fit botol rumble tuff sahaja..lain2 x boleh ar...dan BISING !...tak bole mngepam sebelah orang tidur hahaha,,tapi mama bungkus guna selimut jika pp tenga malam.. so shareef nyenyak jer ...



steril dulu





  1. pasang part2 semua 
  2. tekan butang on ( pic CIk B tu xde apa2 ) - on
  3. dia akan stimulate for 2 minit lepas tu automaticly akan tukar kepada biasa ( pic CIk B dah ada yg meleleh-leleh hahaha )- let down mode
  4. pastue boleh tukar2 level mcm dalam gambar
  5. mama guna level paling high ( dah kebal CIk B guna spectra3 hahaha )
itu je cara2 nyer..kalau nak save suction mode nyer..just tekan button M lama2..dia akan save.
breastpump ni ada timer..bole alarm untuk next pumping session taw..

nak baca dan tengok pics lagi best2 tentang rumble Tuff boleh la klik link ini
blog Cik Sue ( Puan Suraya Lunatots )




kecik

muat je tangan mama pegang

hasil tuaian guna pam ini ?
first time guna dapat sikit ja

1 oz per sesi
lepas tu pernah sekali dapat 3.5 oz...


actually mama tak serasi dengan pam ni..sebb tak perna dapat 4 oz..but jika manual boleh pulak dapat..
mama sangka sebb masih dalam proses relaktasi so x dpt banyak..but mama salah..
memang RT kurang serasi dengan mama..anyway ianya berjasa jugak sebb mama bersemangat nak bangun tenga malam buat pp berdating dengan Puan Gemuk Comel Puple ni...
hehehehe

itu sahaja coretan tentang Rumble Tuff
mama pun ada jual,,jika berminat bole mail mama mybabymizwar@gmail.com


FIFFY MANUAL BREASTPUMP

DAH SIAP CERITA PASAL RT,SEKARANG FIFFY PLAK
huruf besar lagik ...




best pam ni..sebb suction nye mengalahkan spectra 3 ...
yes..memang betul2 mengosongkan payudara,,
harga RM69.90 jew...boleh guna botol biasa @ wide neck
cuma yg memenatkan ialah handle nyer keras sangat..tangan cepat lenguh..
apa pun..yang penting susu keluar  kan..

have a try mommys...

lepas guna rt,kosongkan cik B guna manual fiffy
rasanya sampai di sini sahaja entri mama ye..
thx to sis Riena sebb sudi pinjam kan Puan Gemuk Comel Purple c RT
tq so much..jasa mu ku kenang selalu...love u lah !!!

sekian



Monday, 2 September 2013

review BREASTPUMP- AVENT ISIS,MANUAL ANAKKU,UNIMOM MEZZO MANUAL

MAMA KEGILAAN BREASTPUMP

HAHAHAHA,,lucu kan..memang gila  !!!
keobsesan terhadap pam susu..sangat suka..ntah mengapa..kalau bagi pilihan nak telefon android atau breastpump,sudah tentu mama pilih bp..sebb suka suka suka suki..kikikikiki

sekarang mama nak tulis review sikit tentang pam manual Avent ISIS
pernah dengar tak?


ISIS



macam ni je rupanya..xde beza yang banyak cuma valve sahaja..kalau Avent biasa guna Duck Valve yang ni

duck valve

nama die macam tu sebab sebijik mcm mulut itik kan,
yang ISIS ni plak Star Valve

yang star kat tengah tu


3.5 oz


beza valve tak besar jugak ..
cuma kalau duck punya susu mengalir terus laju ke dalam botol,yang star ni lambat sikit,susu bertakung sekejap di breasthield,then turun perlahan-lahan..memang leceh gak..tapi bila release sikit dari cik B susu cepat turun..apa pun ok lah

dari segi suction,ISIS ni kuat sedutannya..mak aii..macam pam letrik !
betul mama tak tipu,,pengalaman guna ISIS memang best..kekuatan sedutan bergantung pada tangan kita,kalau nak kuat lajukan je..kalau nak perlahan,,pelan2 la pam..hehehehe

LDR memang cepat jika guna pam ni,,tak sampai beberapa saat !,,yes,tak seminit pun ldr dah muncul dan air susu mencurah-curah,,huh ! bestnye..
setiap kali pam mesti dapat hasil (3 jam sekali )
tak mengecewakan,kalau spectra3 , first session bole dapat 5 oz,second biasanya tak smpai 1 oz dah...mama pam sahaja biarpun xde susu sebab nak rangsang cik B untuk menghasilkan susu
berbeza dengan ISIS,kita akn dapat habuan setiap kali pam.berbaloi-baloi,,
mommys yang berkira-kira nak beli pam manual brand apa,haa amikla Avent ISIS..tapi harga berbeza jugak ye
Avent biasa RM150
Avent ISIS RM250
kalau tak silap la ;)

Pam kedua ,pam manual Anakku

harga RM71.90

tak ada apa2 yang istimewa tentang pam.sedutan mcm biasa,,
yang penting susu keluar jugak hingga breast kosong...
tapi bagi mama pam ni sangat special sebab gift dari seorang kawan mama yang hebat...
hehehe.akak Puteri Nyta,,kawan mama di alam maya,,,tak pernah bersua muka atau berbicara depan mata tetapi hati kami bersatu dan terpaut antara satu sama hanya kerana Dunia Susu ibu,,
yes..breastfeeding telah menyatukan dan merapatkan kami..semoga silaturrahim kami akan berkekalan hingga ke Jannah..dan smoga dapat bertemu suatu hari nanti !!
serba sedikit perjalanan menyusukan anak kak Nyta...
BF 6 orang anaknya sehingga genap usia 2 tahun ,ada yang lebih (extended breastfeeding )
BF anak ke-7 yang berusia 5 bulan sekarang
masa  menyusukan anak pertama dan sehingga anak ke-5 ,kak Nyta tak tahu bahawa susu bole dibekukan,so pam hari ini untuk esok.
dan menggunakan pam manual pureen (getah bulat merah ) sahaja.
sekarang kami semua berbangga dapat kenal kak Nyta dan jadikan dia sebagai idola kami..
kak Nyta sekarang plak ,dah addict dengan pam Avent..sehingga ada 3 bijik pam.
2 di opis tuk double pump,1 di rumah...
mama dan kak Nyta adalah admin group Ibu Menyusu Badan di facebook

itu sahaja cerita kak Nyta..nanti ada mama tambah lagi...sayang kak Nyta sebab belanja muja pam ni,.jasa mu ku kenang..

4 oz

PAM KE-3...ada lagi pam manual mama yang baru
ntah brand apa..ntah apa2 je la
takde review..biasa2 je..yang penting susu keluar hahaha
tapi comel sebab warna pepel,,,hurmmm



PAM KE-4
UNIMOM MEZZO MANUAL PUMP


pam ni best jugak,,warna pink + putih,dan botolnya yang comel gemuk2
hahahah
suction best lembut je,rasa macam tak pam pun..tapi susu segan2 nak keluar ...
sebab dah terbiasa dengan suction kuat agaknya..pinjam member punya ,saja nak try
harga berbaloi2..RM100 je




ITU sahaja celoteh mama kali ini tentang breastpump
sekian sekian sekian
jumpa lagi ;D



Wednesday, 29 May 2013

Gigih kumpul stok untuk Ramadhan

hello mommys..pembaca blog mama yang dikasihi....

tinggal beberapa minggu sahaja lagi bulan Ramadhan akan tiba...
semua mesti sibuk nak mengganti puasa..mama pun sama la..
nak ganti puasa dan nak kumpul stok jugak...mama takut susu merudum nanti kalau puasa....

mama ada ganti puasa..tapi tak sampai setengah hari taw...entah napa rasa amat lapar dan haus..Astaghfirulahulazim..maaf kan hamba mu ini Ya Allah...memang mama rasa tak tahan..mama berbuka pukul 11 pagi...

actually hukum puasa / ganti puasa bagi ibu hamil @ menyusu adalah seperti berikut..

Merujuk di dalam kitab Fiqhul Manhaji jilid pertama di bawah tajuk ibadat dan pecahannya, berbukanya ibu yang hamil dan menyusukan anak terbahagi kepada dua : 
Berbuka kerana bimbang kesihatan dirinya akan terjejas.
Berbuka kerana bimbang kesihatan anaknya. 

Sekiranya ibu itu berbuka puasa kerana takut berlaku kemudharatan pada dirinya disebabkan puasanya itu, maka wajib bagi ibu itu untuk qodo' puasanya sahaja sebelum tibanya Bulan Ramadhan yang akan datang. Berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh At Turmuzi (715) dan Abu Daud (2408) dan selainnya, dari Anas Al Ka'bi radiallahu anhu, telah berkata Rasulullah S.A.W : sesungguhnya Allah S.W.T telah mengangkat puasa orang yang bermusafir (dibolehkan berbuka) dan telah mengurangkan solatnya (boleh diqosorkan solatnya itu), dan diangkat puasa(boleh berbuka) orang yang hamil dan menyusukan anaknya.
Maksud mengurangkan solat ialah memberi kelonggaran mengurangkan rokaat solat dan adapun yang dimaksudkan dengan diangkat puasa bagi ibu yang hamil dan menyusukan anaknya itu ialah dibenarkan berbuka dengan menggantikan puasanya itu.

Sekiranya ibu itu berbuka kerana bimbang kesihatan anaknya dan takut kandungannya gugur jika dia berpuasa, ataupun takut susunya akan berkurangan dan membahayakan anaknya, maka wajib bagi ibu itu untuk berbuka dan qodho' puasanya itu dan dikenakan fidyah iaitu bersedekah satu cupak dari makanan asasi bagi hari yang dia berbuka.
Masalah yang sama dengan masalah ini ialah orang yang terpaksa berbuka puasa untuk menyelamatkan nyawa orang lain yang diancam kecelakaan, maka wajib bagi orang itu untuk menggantikan puasanya dan bersedekah dengan satu cupak makanan.

Di riwayatkan oleh Abu Daud daripada Ibnu Abbas R.A mengenai ayat 184 surah Al Baqaroh mafhumnya : 
"Dan wajib ke atas orang-orang yang tidak berdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah dengan memberi makan orang-orang miskin"

Beliau berkata : "Ayat ini sebagai rukhsah (keringanan) bagi lelaki dan wanita yang terlau tua, kedua-duanya tidak mampu berpuasa lalu mereka berbuka. Mereka hendaklah memberi makan kepada orang miskin bagi setiap hari yang ditinggalkannya itu. Ayat ini juga merupakan rukhsah bagiwanita hamil dan sedang menyusukan anak sekiranya mereka bimbang (terhadap anak mereka), mereka boleh berbuka dan hendaklah memberi makan fakir miskin".

mama tinggalkan puasa di Ramadhan yang lepas ,sewaktu mengandung shareef 8 bulan...selama 7 hari..sebabnya? mama sesak nafas sebaik sahaja berbuka puasa..sesak nafas yang agak teruk juga la..memang tak bole bernafas..mama warded lagi 1 malam..hehe...

so,insha Allah,..dalam masa terdekat mama nak try lagi puasa..mybe mama tak cukup makan sahur ..so,kali ni nak makan banyak2 time sahur..kikikikiki...

ini hasil mama kumpul guna Ardo comel...



 ada 3 oz.ada 4 oz


ready to freeze !

4 paket simpan stok..1 botol simpan di chiller untuk shareef minum..
misi mama nak dapatkan 60 paket ebm ..setiap paket minimum 4 oz...setakat ni mama da kumpul dalam 10 paket....50 paket lagi !!!
doakan mama semoga berjaya...mama nak puasa penuh Ramadhan tahun ni!...memandangkan cik P tak datang2 mnjenguk..so smoga berlarutan sehingga bulan puasa nanti..kikikikiki

jadual pam mama tak menentu sebab,sekejap2 shareef akan DF..so mama pam bila ada masa ..terutamanya sewaktu shareef tido..mama buat projek..hihi

sekian.

breastpump lagi ??!!!

REVIEW MAMA TENTANG THE FIRST YEAR MIPUMP, AVENT MANUAL DAN ARDO AMARYLL


haaaa.jangan heran...dari mna mama dapat semua breastpump ni..mama ada kawan baru yang baik hati..hehe..jumpa dalam KIM (kumpulan ibu2 menyusu)..mama exited kenal kawan mama ni sebab dia orang sabah ! and orang tawau..kekekeke..teruja dapat kawan seperjuangan yang sebelah kampung...

jadi,mama keep in touch dengan kawan mama ni melalui fb dan wassup..setiap hari text ..hal yang dibincangkan >? semestinya BREASTFEEDING..cerita punya cerita..dapatlah tahu bahawa kawan mama ni banyak koleksi pam jugak macam mama..tak serasi katanyer...and sekarang kwan mama ni pakai FS...itu yang paling ngam ...

so,kawan mama kasi pinjam breastpump yang dia ada untuk mama try...
send semua pam2 melalui bas sahaja sebab dekat..LD-Semporna








yang first mama try no.1-THE FIRST YEAR MIPUMP..pump ni agak popular di KIM sekarang ..mama pun teruja nak try...



unboxing



ok jugak mipump nih.....

  • kecik,ringan..
  • suction lembut
  • ada level
  • tak bising langsung,vibrate sahaja
  • letrik dan bateri
  • double pump
  • ada pemegang..
  • breastshield yang lembut...
mama guna ok jer..cepat let down...







tapi tak pernah lebih dari 3 oz..dan lepas beberapa hari guna,kulit sekitar cik B mama macam timbul ruam..empunya pam nih pun masalah yang sama..kulitnya sampai melecet dan mengelupas...huhu..breastshieldnya nih macam getah ( latex )..so ada kemungkinan mama ni allergy dengan latex..
mama terus stop guna...

pam no.2-manual Avent...




avent ni memang ranknye nomor satu la di antara manual pump yang ada di pasaran sekarang,best jugak pam ni..tak heran la ada mommys bekerja yang tak beli pam karan langsung..hanya guna pam nih sahaja..sebab memang bagus.let down pun cepat..handle yang soft..ada breastshield cover yang ada 5 petals untuk stimulate cik B..
hasil yang mama dapat...


3 oz

seterusnya pam no.2 ARDO AMARYLL manual pump....
first time dengar nama pam ni ?..yes mama pun pertama macam pelik jugak...but pam ni keluaran rangkaian Ameda..mesti mommys tahu ameda kan? haa...ini dia




comel kan bp nih ? waa warna favarit mama la..green!..
yang sangat best tentang pam nih..dia memang sedia datang dengan corong pelbagai saiz untuk memudahkan kita memilih corong yang sesuai...

corong pelbagai saiz


dan juga boleh mengepam mengikut keselesaan kita ,sama ada tangan kiri atau kidal..so tangan tak lenguh ,bukan macam bp manual yang lain..kikikiki



hasil tuaian yang mama dapat guna pam nih memang memberasangkan...
syukur Alhamdulillah...

 hasil pagi 3 oz

hasil petang 5 oz

untuk pengetahuan mommys semua..pam Ardo ni owner nak let go..
RM120 sahaja termasuk pos..berminat? mail mama di mybabymizwar@yahoo.com.my.. ya....tak rugi beli ni..mama pun nak jugak..tapi memikirkan banyak sangat da pam kat rumah,so mama tak jadi beli..owner guna dalam 2@3 kali sahaja..sekarang mama plak yang guna....

spectra3 dan tommee tippee mama ada menumpang di rumah kawan mama untuk di try...kira kami ni berbarter la..saja nak try2 pam....syukur dapat kawan macam ni kan...
love u NORINI muah muah muah ..sayang selalu