MaMa~MuJaHiDaH~~My BrEaStFeEdInG mEMoRyZZZ
Showing posts with label HABBATUSSAUDA. Show all posts
Showing posts with label HABBATUSSAUDA. Show all posts

Thursday, 28 November 2013

HABBATUSSAUDA DAN HALBA -MILKBOOSTER

ASSALAMUALAIKUM IBU2

MESTI RAMAI IBU MENYUSU TAHU TENTANG HABBATUSSAUDA aka NIGELLA SATIVA KAN ?
yes..habbatus ni adalah di antara milk booster yang berkesan pada hampir 90% ibu2 untuk memperbanyakkan penghasilan susu ibu
termasuk mama sendiri..mesti perna baca dlam entri mama yang INI kan ?
sampai sekarang mama masih amalkan makan habbatusauda bersama madu setiap pagi..
Alhamdulillah susu sentiasa cukup untuk shareef,
habatus jugak sangat berjasa pada mama sewaktu relaktasi tempoh hari,,,

mama sekarang jual habatus dan halba untuk ibu2 menyusu
halba jugak milkbooster ye,,and makanan sunnah jugak
sedikit info tentang halba @ fenugreek

Halba atau Hulbah ialah tumbuhan yang tergolong dalam famili Fabaceae. Ditanam di seluruh dunia sebagai tanaman separa gersang, ia digunakan sebagai kedua-dua herba (daunnya) dan rempah (bijinya). Hulbah juga sering digunakan untuk memasak kari. Perkataan bahasa Melayu, “halba”, berasal daripada nama bahasa Arab, “Hilbeh” Nama saintifiknya Trigonella foenum-graecum.

Negara pengeluar halba yang terutama termasuk: India, Argentina, Mesir, Perancis, Sepanyol, Turki, Maghribi dan China, dengan India merupakan pengeluar yang terbesar di dunia. Negeri Rajasthan mengeluarkan 80% daripada jumlah pengeluaran di India, dengan negeri-negeri pengeluar utama yang lain termasuk Gujarat, Uttaranchal, Uttar Pradesh, Madhya Pradesh, Maharashtra, Haryana, dan Punjab.

Pada suatu hari Rasulullah saw menziarahi sahabat Saad bin Abi Waqqas yang sedang sakit. Rasulullah saw menyuruh dipanggil tabib. Al Harith Ibn Qaldah datang merawat Saad bin Abu Waqqas. Beliau menganjurkan agar Saad makan Halba dan Korma Ajwa’. Dengan izin Allah Saad pun sembuh dari sakitnya.
Rasulullah saw kemudiannya bersabda :

” Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sanggup
tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas “
(Books of Sufi Healing m.s.58)

KEGUNAAN HALBA

1. Diminum sebagai teh untuk

Melancarkan haid
Menghilangkan kembung,sebu dan senak
Pencuci perut
Menguatkan jantung
Menghilangkan lender tekak
Melegakan sakit kepala/ migraine
Membuang angin
Menyembuhkan buasir
Senggugut
Merangsang rahim
Kegemukan
Kurang berat badan
Mengawal kencing manis
Radang kulit dan Bisul


2. Teh Halba + Madu
Kurangkan ketagihan rokok dan dadah
Anemia

3. Untuk anak2 yang baligh
kecergasan
kekuatan badan
Tumbesaran

4. Untuk ibu menyusu
Banyakkan air susu

5. Halba juga adalah ramuan tradisi menambahkan nafsu lelaki dan wanita.
Memanaskan buah pinggang dan organ pembiakan. Menjadi amalan kuno tabib China untuk rawatan mati pucuk.
Halba merupakan antara ubatan yang tertua di dunia dan digunakan oleh Al-Abqirad ( Hippocrates) iaitu bapa perubatan Yunani.


begitu banyak khasiat halba
ibu menyusu boleh amalkan halba ini dengan cara minum bersama air suam,minum air rebusan halba atau campur dalam masakan...

insya Allah susu akan membanyak,,
mama jual habbatussauda dan halba
habatus telah siap di blend dan tinggal makan sahaja
yang asli ye..

istimewanya habatus yg mama jual ialah ,mama telah bacakan

  • surah al Baqarah ayat 60
  • surah Ar Ad ayat 8-9
  • Selawat 
  • Surah Yasin FULL
  • Ya Matin 70kali
semua doa2 di atas ini adalah untuk memperbnyakkan susu ibu
jika di amalkan dengan konsisten pasti akan membuahkan hasil.
ibu2 jugak boleh masukkan habbatussauda ini dalam masakan untuk anak..sama ada dlm puree,bubur atau apa2 makanan,.letak secubit ja memadai..insya Allah dengan izin ALlah anak jarang demam dan selsema.

pesanan penting- ibu2 akan dapat hasilkan susu yang cukup jika pam atau susukan baby setiap 2-3 jam.
makanan ini hanyalah untuk memperbanyakkan hasil dan bukannya untuk menghasilkan susu ibu.
ibu2 mestilah ikut teori DEMAND AND SUPPLY,
dan jangan lupa minum air 3L sehari,,
so ibu2 akan dapat menghasilkan susu yang banyak untuk anak tersayang



siap packing

CARA MAKAN 
MASA PAGI 
SESUDU KECIL HABBATUSSAUDA ,BACA SELAWAT DAN LETAK DALAM MULUT,LEPAS TU TELAN BERSAMA SEGELAS AIR SUAM.
SESUDU KECIL HALBA,BACA SELAWAT DAN TELAN BERSAMA SEGELAS AIR SUAM
IBU2 BOLEH BERDOA SEMASA MAKAN YE..MINTA KEPADA ALLAH SWT SUPAYA AIR SUSU BANYAK

HARGA 
HABBATUSSAUDA  RM10
HALBA RM5
POS SEMENANJUNG RM10
POS SABAH SARAWAK RM6

JIKA BERMINAT BOLEH MAIL MAMA D mybabymizwar@gmail.com
atau PM D FACEBOOK
WASSUP/CALL/SMS 0165841349

Thursday, 30 May 2013

kehebatan HABBATUSSAUDA




Assalamualaikum wbt..
harap jawab salam mama tu ye..hehe
mama nak cerita sikit tentang perubahan kuaniti susu mama...
yes entri sebelum nih mama ada cerita tentang pam manual ardo yang best ,,dan mama dapat hasil banyak guna pam nih kan..but..ada lagi satu sebab lain..yes..HABBATUSSAUDA..iaitu lebih dikenali sebagai JINTAN HITAM dalam masyarakat melayu...

kawan mama,Pn.Norini yang suggest..katanya ini adalah milk boosternya disamping mengamalkan kurma..mama pun apa lagi,terus call en.hubby minta kirim..(ada kami jual d kedai)...
malam sebelum tidur mama telan sesudu bersama segelas air suam..
paginya mama telan lagi...
hasilnya ?


pagi 5 oz with ardo


petang 5 oz with mipump

Masha Allah,tak sangka begitu cepat dapat hasil begini dalam masa singkat..mama pam dalam 15 minit jew taw..

mama terus meng'gugel'
inilah hasilnya....


HADITH SAHIH TENTANG HABBADUS SAUDA’
Diriwayatkan dari Aisyah ra, beliau mendengar Rasulullah saw bersabda : “Sesungguhnya Al-Habbatus Sauda’ boleh menyembuhkan segala penyakit kecuali Al-Sam”. Aku bertanya. “Apakah Al-Sam itu? Baginda menjawab, “Al-Sam itu ialah maut”
Riwayat Imam Bukhari.
Daripada Buraidah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda : 
“Pada Habbatus Sauda’ terdapat ubat segala penyakit kecuali mati”. 
Riwayat Abu Nu’aim dalam kitab Al-Tibb dalam himpunan hadith-hadith sahih no. 1819.
Daripada Abu Hurairah, beliau pernah mendengar Rasulullah saw bersabda : 
“Pada Habbatus Sauda’ terdapat ubat bagi segala jenis penyakit kecuali Al-Sam yakni maut”. 
Riwayat Bukhari (10:118-119) ; Muslim (7:25) ; Ibnu Majah (2:342) ; Tarmizi (2:3 pada edisi BulaQ) ; dan Ahmad (2:241) menerusi riwayat Sufyan bin ‘Uyainah daripada Al-Zuhri dan Abu Salamah.

antara kebaikan habbatussauda ....


Kajian-kajian yang telah dibuat membuktikan bahawa Habbatus Sauda mempunyai khasiat-khasiat perubatan yang berikut:

1-Asid Urik dan Gout
Membantu mengeluarkan asid urik dari badan dan mengelakkan dari terkena penyakit gout.

2-Asthma
Bahan “Nigellon” yang terdapat dalam Habbatus Sauda dapat mengurangkan kesukaran pernafasan dan serangan Asthma dan memberi menafaat dalam rawatan serangan yang terjadi ke atas pembuluh udara (bronchitis).

3-Selsema
Ia dapat menyembuhkan selsema.

4-Tekanan Darah Tinggi
Ia boleh merendahkan tekanan darah.

5-Alahan (Allergic)
Bahan “Nigellon” dalam Habbatus Sauda dapat mengurangkan pengeluaran bahan “Histamine” dan bahan-bahan yang menyebabkan kejadian alahan (allergic).

6-Pengeluaran Bahan Empedu (Bile)
Juzuk Karbonil dan Thymoquinone (dua kandungan asas di dalam Habbatus Sauda) mempunyai keupayaan dalam menambahkan pembuangan empedu dari pudi empedu, untuk mengelakkan dari kewujudan penyakit batu pundi empedu.

7-Melancarkan Pengeluaran Susu
Ia mempunyai kesan yang kuat ke atas pertambahan kelancaran pengeluaran susu pada ibu.

8-Kesendatan Pembuluh Darah (Thrombosis)
Ia mempunyai kesan ke atas sistem kesendatan pembuluh darah di dalam tubuh dan di luar tubuh. Maknanya darah yang mengalir akan berhenti dengan cepat akibat kecepatan pembekuan darah. Begitu juga ia mempunyai kesan ke atas kecergasan pemecahan fibrin di dalam darah tersebut.

9-Sistem Imunisasi (Immunity) Tubuh
Ia meningkatkan sistem kekebalan supaya dapat membunuh kuman-kuman (bacteria), virus atau sel-sel barah supaya dapat mengelakkan tubuh dari dijangkiti penyakit-penyakit.

10-Barah
Ia dapat melindungi tubuh dari wujudnya kesan-kesan beracun akibat kegunaan “Cisplatin”, yang digunakan dalam merawat bengkak-bengkak barah. Ubat “Cisplatin” ini, seperti lain-lain ubat yang digunakan untuk merawat bengkak-bengkak barah, menyebabkan kesan-kesan serangan sampingan (side effects).

11-kuman-kuman
Ia amat aktif dan berkesan dalam membunuh beberapa jenis kuman seperti “E Coli”, “Strep.Fecalis” dan “Bacillus subtilis.” Ia juga mungkin berfaedah dalam melindungi gigi dari kejadian kerak-kerak kuning pada gigi (Plaques) dan kereputannya.

12-Cirit-Birit disebabkan Kuman
Ia dapat merawat masaalah ceret-beret dengan membunuh kuman-kuman yang menyebabkannya, seperti Kolerra, Shigella dan E.Colli yang berupaya menentang beberapa antibodi.

13-Kencing Manis
Ia dapat mengurangkan tahap kandungan gula di dalam darah.

14-Rheumatisme
Dalam bidang perubatan tradisional di timur tengah, ia digunakan sebagai bahan anti radang (Anti Inflammatory) dan anti-rheumatism (antirheumatic) dan digunakan dalam rawatan kepada migren

15-Kaya dengan Monosaccharide Glukosa, xylosa dan sebagainya. Ppolysaccharide fatty acid yang tidak tepu. EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan Amino acid yang membentuk protein. Karotene iaitu sumber vitamin A kalsium, zat besi, dan sebagainya.

16-Anti-histamine
Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.

17-Anti-tumor
Kajian in vitro mendapati habbatus sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.

18-Anti-bakteria
Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria.  Habbatus sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.

19-Anti-radang (anti-inflammation)
Habbatus sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dan sebagainya) dan arthritis (bengkak sendi).

20-Habbatus Sauda juga digunakan secara tradisional untuk beberapa keadaan seperti untuk menghasilkan kulit muka yang cerah, membantu merawat batuk dan asma, kencing manis, selsema, keguguran rambut, tekanan darah tinggi, masalah untuk tidur, sakit-sakit otot dan sendi, rasa loya dan muntah, mengurangkan kolesterol, merawat batu karang dan sebagainya.

bunga jintan hitam

lagi ??? ada banyak rupanya..tak cukup 1 entri rasanya..

- Meningkatkan kadar tenaga secara optima

- Meningkatkan ion negatif (oksigen)

- Sebagai anti radikal bebas dalam darah

- Melambatkan penuaan dengan cara memanjangkan hayat sel sihat, mempercepatkan penukaran sel yang lanjut usia, melancarkan penghasilan hormon pertumbuhan yang diperlukan untuk metabolisma sel.

- Membantu mengatasi masalah diabetis pengerasan salur darah.

- Meningkatkan ingatan jangka pendek, kelajuan, ketajaman, dan daya konsentrasi mental.

- Meningkatkan pengeluaran sel darah merah.

- Meningkatkan stamina dan ketahanan

- Meningkatkan pengambilan oksigen semasa bernafas dengan pola pernafasan yang teratur.

- Mencegah pertambahan berat badan dengan meningkatkan kadar metabolisma, dengan itu, lebih banyak tenaga terhasil daripada makanan supaya ia tidak disimpan dalam bentuk lemak.

- Meningkatkan ketahanan pada altitud tinggi dengan paras oksigen yang rendah di udara.

- Mengatasi masalah kecing tidak lawas, kncing tidak puas, kencing tidak tus, terpaksa meneran kuat untuk kencing, kerap kencing, air kencing yang keluar sedikit-sedikit, kencing malam dan sebagainya.

- Memulihkan masalah jantung.

- Menurunkan paras lipid ketumpatan rendah iaitu "kolestrol jahat" di dalam darah lalu mencegah timbunan lemak pada salur darah yang menghalang aliran darah serta meningkatkan risiko sakit gantung dan strok.

waa...bnyak rupanya kebaikan blackcumin ni ye...so mommys di luar sana ..apa lagi..pergilah beli di kdai mamak and consume setiap hari..insha Allah..kita dihindari dari segala penyakit dan dapat banyak lagi susu!...
mulai sekarang mama akan teruskan makan habbatussauda nih...