MaMa~MuJaHiDaH~~My BrEaStFeEdInG mEMoRyZZZ
Showing posts with label BREASTFEEDING. Show all posts
Showing posts with label BREASTFEEDING. Show all posts

Thursday, 31 October 2013

MY BREASTFEEDING JOURNEY PART #16 ~~~ RELAKTASI

salam readers yang di kasihi..dengan dukacita mama akan ceritakan mengapa mama dalam proses relaktasi sekarang....

sebenarnya mama telah berhenti mnyusu shareef sejak sebulan yang lalu,,,sebabnya ???
DIET !
Yes,mama buat diet Atkins...boleh google tentang diet ni atau boleh je baca DI SINI
anda akan faham diet yang mama buat sehingga terpaksa berhenti mnyusukan shareef..sungguh sedih..huaaaa rasa nak nanges !!!

mama tak sanga diet tu boleh buat kan susu mama merudum teruk dan shareef jatuh sakit sebb kekurangan nutrisi,,sebb shareef pun sekarang dah tak makan macam dulu,,so mcm mna?
makan pun tidak,susu pun tidak berkhasiat??

shareef mengalami penurunan berat bdan sejak mama amalkan atkin..actually mama pun turun jugak berat dalam -+ 3 KG selama 5 hari buat diet ni..
shareef mnyusu macam biasa,,
tapi berat shareef menurun juak dri 8.9 KG ke 8.2 KG...sedikit ja..tapi cukup mmbuatkan mama mnyesal sungguh buat diet tu....
shareef nampak kurus sagt dan tak bermaya..memndangkan die belajar berjalan..so selalu sangat jatuh plak,.,,susu mmg x payah cakp lah..nak kering dah !!

takda pilihan lain,mama terpaksa bagi shareef FM...
mama beli susu s26..
selepas sebulan minum shareef naik semula ke 9KG...Alhamdulillah
tapi mama nak susukan shareef !!!

kata doktor yang merawat shareef,susu mama mengandungi toksin hasil dripada diet yang x sesuai di amalkan oleh ibu mnyusu tu..sebb tu shareef x sihat dan jatuh sakit..
so mama terus STOP buat atkin dan mula makan sperti biasa,,,
mama mnyesal sgt2 ...
baru2 lagi shareef demam dan batul berkahak..salah satu puncanya susu FM!
ini kata doktor ya..bukan mama reka2..ntah la cara bancuh susu ka apa..
lagi lah nyesal nak tampar diri sendiri.,.sebab nak jaga badan sndiri,kesihatan anak di abaikan..oh no!!!

lepas itulah mama buat keputusan untuk RELAKTASI !!
YES..MAMA NAK SUSUKAN SHAREEF SEMULA SELEPAS SEBULAN BERHENTI MENYUSU !
wahai ibu2 sekalian...
bukan senang nak relaktasi ni..kena ada semangat yang kental dan kemahuan serta usaha !!

APA ITU RELAKTASI >?

Definisi relaktasi (relactation) 

Menurut Dr. Jack Newman, Relactation refers to restarting breastfeeding with the same baby after it has been stopped for some reason.

Sebab-sebab sesetengah ibu berusaha untuk relaktasi adalah kerana bayi tidak sesuai dengan susu formula, masalah kesihatan bayi, kekesalan kerana berhenti menyusukan bayi terlalu awal atau mungkin kerana perubahan tugas sepeti berhenti kerja dan menjaga bayi sepenuh masa.


Usia 6 bulan ke bawah adalah usia yang realistik untuk kejayaan relaktasi namun ibu-ibu masih boleh berusaha untuk relaktasi jika usia bayi lebih daripada 6 bulan. Dalam usaha untuk menjayakan relaktasi, ada 2 perkara yang perlu diambil perhatian:

1) Memujuk bayi untuk kembali menyusu daripada payudara ibu
2) Mencetuskan penghasilan susu (jika susu sudah “tiada”) atau meningkatkan penghasilan susu (jika susu ibu kurang).

Kebarangkalian untuk kejayaan relaktasi bergantung kepada beberapa faktor:

Faktor #1 – Pengeluaran susu sebelum berhentiJika ibu pernah menghasilkan susu yang banyak sebelum berhenti menyusu dahulu, kemungkinan untuk menghasilkan susu semula adalah lebih tinggi. Namun begitu jika bayi berhenti menyusu dahulu kerana ibu “kurang susu”, ibu masih boleh mencetuskan susu semula kerana kemungkinan “kurang susu” berlaku kerana kesilapan teknikal.
Faktor #2 – Berapa lamakah bayi sudah berhenti menyusu daripada ibu? Semakin lama bayi sudah berhenti menyusu, semakin sukar untuk memujuknya kembali menyusu daripada ibu. Memang lebih sukar untuk memujuk bayi yang lebih besar untuk kembali menyusu daripada ibu kerana kebiasaan yang “selesa” dengan penyusuan botol dan susu formula. Namun begitu ibu-ibu masih boleh berusaha untuk relaktasi, walaupun tidak berjaya untuk menyusu secara eksklusif tetapi sekurang-kurangnya sedikit itu lebih baik daripada tiada.
Faktor 3# – Berapa lamakah tempoh bayi pernah menyusu daripada payudara ibu? Semakin lama tempoh bayi pernah menyusu daripada ibunya semakin mudah untuk memujuknya menerima susu ibu semula. Jika bayi pernah menyusu secara eksklusif  selama 16 minggu (4 bulan), lebih mudah untuknya kembali menyusu daripada ibu berbanding bayi yang hanya menyusu 2 bulan sahaja. Namun sekali lagi ditegaskan, ibu-ibu masih boleh berusaha untuk relaktasi.Faktor #4 – Kesediaan ibu. Relaktasi memerlukan kesediaan yang bersungguh-sungguh daripada ibu. Ibu yang tidak bekerja memang lebih mudah untuk relaktasi kerana relaktasi memerlukan usaha dan kesabaran yang tinggi. Sesetengah ibu yang bekerja mengambil cuti panjang untuk menjayakan relaktasi.

Bagaimana caranya?

A) Relaktasi apabila bayi bersedia menyusu daripada payudara ibu. 
Jika bayi dapat menerima puting payudara ibu maka usaha relaktasi menjadi lebih mudah.Bagaimana melatih bayi menerima payudara ibu semula? Kebiasannya ibu-ibu mula melatih bayi menerima payudara ibu pada waktu malam sebelum tidur;Tawarkan puting payudara ibu pada ketika bayi dalam keadaan relaks, tidak terlalu lapar, tidak terlalu mengantuk, dalam bilik yang agak gelap, dan tiada gangguan bunyi bising; Ambil masa untuk mendakap, membelai dan mengusap bayi dengan lembut dan mesra; Jadikan sesi penyusuan sebagai sesi yang membahagiakan; Jika bayi menolak payudara ibu,  jangan berputus asa, bersabar dan cuba lagi. Jangan memaksa bayi menerima payudara kerana ini menyebabkan bayi stress.

Ada 2 paten penerimaan bayi terhadap payudara ibu; bayi menghisap puting payudara ibu untuk ketenangan seolah-olah seperti menghisap pacifier (puting kosong) dan bayi tidak kisah dengan pengeluaran susu ibu yang sedikit. Bayi menerima payudara ibu kerana merasa ada susu dihasilkan tetapi berhenti sebaik penghasilan susu berkurang.


Paten 1. Jika bayi hanya menghisap payudara untuk menenangkannya, ibu-ibu wajar memberhentikan pemberian puting kosong secara perlahan-lahan.  Gantikan dengan penyusuan daripada payudara ibu.Namun begitu ibu masih perlu menggunakan lactation aid (sejenis peralatan khusus) yang diisi dengan susu formula. Biarkan bayi menghisap payudara ibu untuk merangsang pernghasilan susu ibu. Jika susu ibu dihasilkan dengan baik, kurangkan pengaliran susu melalui lactation aid.


Paten 2. Sebaliknya jika bayi menghisap payudara ibu kerana mahukan susu ibu, lactation aid yang diisikan susu formula boleh digunakan. Susu formula di dalam lactation aid perlu diberikan supaya bayi tidak mengamuk kerana kekurangan susu. Rasionalnya ialah jika bayi mengamuk dia mungkin menolak terus payudara ibu maka rangsangan terhadap payudara ibu tidak dapat dilakukan. Jika bayi terus mengamuk dan tidak mahu menyusu lagi daripada payudara ibu,  jangan putus asa… tawarkan susu formula kepada bayi tetapi beri bayi minum menggunakan sudu/cawan dan bukannya botol dan puting tiruan kerana bayi akan keliru puting dan usaha menggembalikan bayi kepada payudara ibu akan terganggu. MEDELA Supplemental Nursing System (SNS) - lihat gambar.


B) Relaktasi apabila bayi tidak mahu menyusu daripada payudara ibu.

Jika bayi tidak mahu menyusu daripada puting payudara ibu, harapan ibu adalah kepada usaha peningkatan penghasilan susu ibu. Jika susu ibu bertambah kemungkinan untuk bayi kembali menyusu daripada ibu adalah lebih cerah. Atau sekurang-kurangnya ibu boleh memerah susu dan memberikannya kepada bayi. Dalam pada itu ibu boleh melatih bayi secara perlahan-lahan untuk kembali menyusu terus daripada ibu.

Bagaimana meningkatkan penghasilan susu? perah/pam dengan kerap, makan makanan berkhasiat dan seimbangmakan makanan penambah susu seperti Fenugreek, menggunakan ubat-ubatan (minta nasihat doktor) seperti Domperidone (motilium), kurangkan stress, berfikiran positif.


Kesimpulan

Relaktasi bukanlah usaha yang mudah. Ia boleh mengambil masa secepat 2 minggu atau selewat-lewatnya sebulan untuk berjaya atau langsung gagal. Namun ibu-ibu wajar berusaha dengan yakin dan bersungguh-sungguh jika benar-benar mahu menjayakan penyusuan semula kepada bayi. Minta nasihat doktor atau pakar laktasi untuk bimbingan yang lebih sempurna.

ini lah relaktasi..
mama kira senang jugak,,sebab x payah pujuk shareef nak DF sebb dia memang mnyusu malam biarpun xde susu yang keluar..oh pity shareef !!

so..tindakan mama


  • pam setiap 3 jam secara konsisten -biarpun pada awalnya hanya pam angin
  • minum air masak bayk2
  • makan domperidone dalam dos yang kecil
  • kismis,kurma,badam,madu dan habbatussauda-makanan sunnah/milkbooster
milkbooster

pada awalnya mama hanya dapat tengok hasil pada hari ke-3
dapat 0.5 oz
seterusnya 1 oz
dan 2 oz..
sekarang >>>>>>>>>>>>> 3 oz per sesi !!

Alhamdulillah...
ada kawan baik hati meminjamkan Rumble TUff Breastpump untuk mama supaya bersemangat nak pam !
hehe,,tq sis Riena...nanti mama buat review ttg RT di next entri ye

rumble tuff



habatus + madu


shareef sekali sedut !
botol  ni hasil tungkus lumus sehari semalam..sebb dpt 0.5 oz setiap sesi..tapi ni shareef sekali sedut ja !
huaaaaaaaaaa
mama belum berjaya relaktasi ye..sebb aim mama mesti dapatkan 6-8 oz per sesi setiap pump..

setiap sesi 2-3 oz sahaja


doakan mama supaya berjaya..

mama akan update ni next entri..kisah relaktasi berjaya mama !
thx sebab mmbaca !!
nasihat ikhlas....
kalau nak anak dapat susu yang berkhasiat dan sangat berkualiti SILA JANGAN DIET ! SILA JANGAN TIRU APA YANG MAMA BUAT !!
kalau ya pun nak jaga badan,tunggulah anak habis hak menyusu 2 tahun penuh..sebb memang sudah termaktub dalam Al-Quran.kita wajib susukan mereka sehingga 2 tahun..lepas tu baru la nak diet ke,nak makan ubat kurus ke atau apa2 je..
kalau nak jugak jaga badan sambil breastfeed,boleh je makan ikut piramid makanan dan senaman setiap hari ..insya Allah badan tak naik..mybe mama ni mmg dah keturunan badan besar..huhuhu



sekian.

habatus dan halba sebagai milkbooster


update hasil relaktasi
yes mama berjaya kembalikan susu yang hampir2 nak kering
so usaha dan tawakkal
semoga berjaya ibu2 




Thursday, 5 September 2013

Tips Penyusuan Yang Berjaya

assalamualaikum dan salam sejahtera
mama nak share sikit tips2 penyusuan yang berjaya..
kalau amalkan semua tips yang mama bagi ini,insha Allah kita dapat menyusukan permata hati sehingga 2 tahun dengan jayanya

TIPS SEMASA HAMIL 
Setkan niat, azam dan tanam dalam hati anda juga pasti boleh menyusukan bayi seperti ibu2 yang lain.

Cari sebanyak mungkin ilmu tentang penyusuan. Paling penting fahami konsep asas penyusuan : SUPPLY vs DEMAND, iaitu semakin kerap payudara dikosongkan semakin banyak susu yang akan terhasil.

Sentiasa berfikiran positif bahawa susu anda cukup untuk keperluan anak dan yakin bahawa anak dapat menyusu dengan baik.

Hadiri kelas penyusuan /antenatal class yang dianjurkan oleh pihak hospital. Hadir bersama-sama dengan suami supaya encik suami juga fahami mengenai penyusuan susu ibu kerana anda akan memerlukan sokongan padu daripada beliau setelah bayi lahir.

Jika anda merupakan ibu bekerjaya, carilah breastpump yang bersesuaian. Saya memilih pam elektrik untuk keselesaan dan menjimatkan masa pam. Yang paling glamour medela freestyle walaupun harganya mencecah 4 angka, tetapi pelaburan itu adalah sangat berbaloi. Jangan lupa breast milk storage juga ya!

Bersihkan puting susu setiap kali mandi. Gunakan tuala bersih dan air suam. Elakkan sabun bahagian puting. Tarik dan urut puting perlahan2 semasa mandi. Sapu minyak zaitun pada puting.

Banyakkan berdoa supaya dipermudahkan perjalanan penyusuan anak anda.



TIPS Sebaik sahaja melahirkan bayi :

Satu jam pertama kelahiran bayi adalah paling penting. Letakkan bayi pada payudara dan susukan sekerap mungkin. Rangsangan dari bayi penting untuk memastikan susu keluar. 
Jangan risau susu anda terlalu sedikit untuk bayi kerana kolestrum yang dihasilkan ibu melalui susu awal ibu adalah sangat mencukupi.

Cari bidan yang boleh membantu untuk mengurut payu dara anda dalam tempoh seminggu kelahiran bayi. Proses urutan ini dapat melancarkan liang susu serta membuka lubang susu pada payudara anda. 

TIPS MENGUMPUL STOK SUSU


  • Amalkan pemakanan seimbang dan tinggi protein. Pemakanan yang sihat dapat membantu dalam pembentukan kelenjar-kelenjar susu di dalam tisu-tisu bagi memudahkan penghasilan dan pengaliran susu badan sebaik melahirkan bayi.
  • Yakin dengan diri sendri dan yakin rezeki utk anak datang dari Allah s.w.t 
  • Mulakan memerah susu seawal yg mungkin. Ini bergantung pada hari ke berapa susu matang anda keluar semasa dalam pantang. Ini bagi mengelakkan anda stress akibat kekurangan stok susu semasa anda mula bekerja nanti.
  • Tidak memberikan bayi anda susu perahan. Sebaliknya susukan bayi secara terus jika anda bersama bayi. Susu perahan hanya diberikan sekiranya anda berjauhan dengan bayi. (keluar bekerja/keluar seketika)
  • Dapatkan pam yang bersesuaian yang membantu menjimatkan masa dan selesa. Namun bagi ibu yg mahir express susu menggunakan tangan kadang2 lebih byk hasilnya.
  • Susukan bayi sambil mengepam. Sebelah susukan bayi, sebelah lagi pam. Dengan cara ini anda juga boleh menyediakan stok susu dengan lebih banyak.
  • Memahami konsep demand & supply. Semakin banyak anda mengosongkan payudara, semakin banyak susu akan dihasilakan.
  • Disiplin.! Jika anda seorang ibu yg bekerja, pastikan anda mengepam susu setiap 3 jam. Andaikata hari tersebut anda terlalu sibuk, anda seharusnya menggantikan sesi mengepam pada sebelah malam (bangun malam)
  • Pastikan tiada negatif stok. Sekiranya bayi anda menyusu 12oz di siang hari, pastikan anda membawa pulang sekurang-kurangnya 12oz atau lebih.
  • Minum air secukupnya atau perbanyakkan makanan seperti sup dalam menu harian anda.
  • Perbanyakkan makanan yg mengandungi protein dan kalsium. Kerana komponen utama susu ibu adalah protein dan kalsium. Jadi ianya membantu meningkatkan penghasilan susu ibu.
  • Ambil suppliment/penggalak susu. Ini adalah alternative bagi memastikan tubuh anda sentiasa sihat dan cergas bagi menghasilkan susu dengan lebih banyak. Elakkan mengambil penggalak susu yg mengandungi dadah.
  • Doa yang tidak putus. Baca surah Hujurat dan sapukan pada kedua2 belah payudara. Surah Al-Baqarah ayat ke 60 juga membantu. Doa, semoga penyusuan kita dipermudahkan.
  • Sentiasa berfikiran positif. Bertenang dan bersabar jika mengalami dugaan semasa tempoh penyusuan. 
  • Elakkan stress. Kerana stress hanya akan menyebabkan susu anda berkurangan.
  • Berjumpalah dengan rakan2 yg menyokong penyusuan susu ibu. Supaya kite lebih bersemangat dalam meneruskan misi kite..

Thursday, 25 July 2013

Menyusu badan dalam bulan Ramadan-BABYCENTRE

Perlukah saya berpuasa semasa menyusu badan?

Jika anda menyusu badan, anda tidak diwajibkan berpuasa pada bulan Ramadan. Kebanyakan sarjana Islam percaya bahawa wanita yang menyusukan, seperti juga wanita yang tidak sihat atau sedang bermusafir, dibenarkan untuk tidak berpuasa. Malah, ramai yang mengatakan adalah salah untuk tidak menghiraukan kelonggaran ini dengan berpuasa jika anda tidak perlu berbuat begitu. 

Namun begitu, keputusan samada hendak berpuasa atau tidak bergantung kepada beberapa perkara, dan usia bayi adalah pertimbangan utama. Memang ada perbezaan di antara bayi yang masih kecil dan hanya menyusu, dengan bayi berusia satu tahun yang sihat dan sudah makan makanan lain dan menyusu hanya pada waktu malam. Berbincanglah dengan ibu-ibu lain dalam keluarga anda mengenai apa yang mereka lakukan dan pengalaman mereka dalam hal itu. Hubungi doktor, perunding penyusuan atau ahli agama untuk mendapat lebih keyakinan dalam membuat keputusan. 

Adakah berpuasa semasa menyusukan akan membahayakan bayi saya?

Tidak. Berpuasa tidak membahayakan bayi kerana badan anda masih boleh menghasilkan susu semasa anda berpuasa. Kurang pengambilan kalori sepatutnya tidak menjejaskan jumlah susu yang dihasilkan. 

Malah, walaupun wanita yang menyusu badan itu tidak makan apa-apa selama 24 jam, ia masih tidak menjejaskan kuantiti dan nilai nutrisi susu mereka. Jika terdapat kesan berpuasa terhadap badan anda, anda pasti sudah merasainya terlebih dahulu dan tentu sekali anda perlu menghentikan puasa sebelum kesan itu menjejaskan penghasilan susu. 

Adakah perubahan dalam susu badan akan memberi kesan ke atas bayi saya?

Perubahan dalam susu badan anda tidak akan memberi kesan ke atas bayi. Dia sudahpun dapat menerima perubahan-perubahan kecil pada susu anda bergantung kepada apa yang anda makan dan berapa banyak dia perlu menyusu. Kajian menunjukkan bahawa walaupun si ibu berpuasa selama 24 jam, kandungan lemak dalam susunya tidak akan berubah. 

Jika anda makan terlalu sedikit dan berat badan mula turun, jenis lemak dalam susu anda mungkin berubah, tetapi jumlahnya tidak berubah. Walaupun payudara itu sendiri boleh menghasilkan lemak susu, jenis-jenis lemak yang lain akan diperolehi daripada simpanan lemak dalam badan anda sekiranya ia tidak diperolehi melalui pemakanan anda. 

Adakah berpuasa semasa menyusukan membahayakan saya?

Badan anda biasanya dapat bertahan jika anda berpuasa. Dalam satu kajian, ujian darah dilakukan terhadap sekumpulan kecil wanita yang berpuasa sepanjang bulan Ramadan. Wanita yang menyusu badan didapati mempunyai imbangan kimia dalam darah yang agak sama dengan mereka yang tidak menyusu badan atau yang sedang hamil. 

Walau bagaimanapun, menyusu badan membuatkan anda sangat dahaga. Jika anda ternyahhidrat, anda akan rasa tidak sihat. Anda boleh mengagak bahawa anda sedang ternyahhidrat apabila:

  • anda rasa sangat dahaga;
  • air kencing anda berwarna gelap dan berbau kuat;
  • anda rasa seperti hendak pitam, lemah atau lesu;
  • anda mula sakit kepala atau mengalami kesakitan lain.
Jika anda mula sedar akan tanda-tanda ini, anda harus berbuka dengan meminum air dan berehat. Selepas setengah jam, jika anda masih rasa tidak sihat, hubungilah doktor anda. 

Minum banyak air semasa berbuka dan terutamanya semasa sahur. Ahli panel pakar BabyCenter dan kaunselor penyusuan badan, Jennifer Hor, menyarankan anda makan makanan yang mempunyai indeks glicemik (glycemic index - GI) yang rendah. GI ialah unit pengiraan bagi kesan karbohidrat pada tahap gula dalam darah. Karbohidrat yang terurai dengan cepat semasa penghadaman mempunyai GI yang tinggi manakala karbohidrat yang terurai lebih lambat dan melepaskan glukosa secara beransur-ansur ke dalam darah mempunyai GI yang rendah. Makanan yang rendah GI termasuk banyak jenis sayur-sayuran dan kekacang, kacang pis, mi dan nasi. 

Jangan sekadar minum sahaja. Penting untuk anda mendapatkan nutrien, kalori dan serat daripada makanan. Jika sukar untuk anda makan secukupnya pada waktu malam dan anda berat badan anda mula turun, bincanglah dengan doktor anda. Anda juga mungkin perlu untuk tidak berpuasa. 

Walau bagaimanapun, jika anda sihat dan tidak kisah berat badan anda turun sedikit, penurunan sehingga 1kg seminggu sepanjang bulan Ramadan sepatutnya tidak menjejaskan penghasilan susu. 

Apakah yang boleh saya lakukan untuk mengelakkan sebarang masalah?

Membuat persiapan untuk berpuasa boleh membantu anda mengelakkan masalah-masalah yang mungkin berlaku:
  • Beli barang keperluan dan buat kerja-kerja rumah yang lebih berat sebelum anda mula berpuasa.
  • Simpan diari makanan supaya anda boleh memastikan anda makan dan minum dengan cukup pada waktu malam.
  • Berehat dan duduk di tempat sejuk sebanyak mungkin pada waktu siang.

Bilakah saya harus meminta bantuan?

Jika anda mula rasa tidak sihat atau mula ternyahhidrat, hubungilah doktor anda. Jika anda bimbang samada bayi anda mendapat susu yang cukup ataupun tidak, dapatkanlah nasihat daripada doktor atau pakar kanak-kanak. Tanda-tanda bayi tidak mendapat cukup susu termasuk:
  • kurang membuang air (bayi baru lahir sepatutnya buang air kecil beberapa kali sehari);
  • najis berwarna kehijauan;
  • tangisan yang nyaring dan berpanjangan atau kerap meragam;
  • turun berat badan atau berat badan tidak bertambah.
Jika masalah penyusuan badan berlaku, hubungilah kaunselor penyusuan badan atau penasihat laktasi. Mungkin ada seorang di hospital berdekatan anda, atau tanyalah doktor anda jika beliau boleh mencadangkan seseorang. Anda juga boleh mencari sumber tambahan dalam Direktori Penyusuan Badan A-Z kami. 

http://www.babycenter.com.my/a1028909/menyusu-badan-dalam-bulan-ramadan#ixzz2a7qG58Ft

MY BREASTFEEDING JOURNEY PART#15~Menyusukan anak di bulan ramadhan


Sebenarnya menyusukan anak sewaktu berpuasa ni agak payah jugak..
Kena kuatkan semangat dan niat puasa tu..kalau tidak memang tak boleh teruskan..banyak sebab2 nya..antaranya


  • Haus yang amat sangat - mybe sebab dehidrasi
  • Letih dan penat yang luar biasa- terutama bgi ibu yg berkerja...surirumah kerja jugak tapi ada rehat..
  • Lapar yang amat sangat- ini kalau tak makan sempurna sewaktu sahur...
  • Anak nangis susu tak cukup @ tak keluar bila menyusu- ini sebab pemakanan yang terhad sewaktu puasa..terutamanya air

So..kalau nak puasa kena tahan semua ni..mama bukannya nak memperendahkan puasa atau cakap tak boleh puasa, but mama nak share kemungkinan yang akan berlaku jika puasa.setakat ni mama alami yang no 1 sahaja...dan no 3 sekali sebab tak makan sahur (tak bangun pun..bukak mata tgk pukul 6 pagi !!). Niat je la..x makan minum.. kita wajib berpuasa selagi termampu..klau memng betul2 tak tahan atau khuatir akn mmbahayakn baby bolehlan berbuka atau tinggalkan puasa.tapi mama yakin ramai ibu diluar sana bole menyuskan ank bairapun berpuasa!!!
Mama tetap pam susu ye. ..sewaktu lepas makan sahur...selepas bangun tidur pagi..petang sikit sekali dan selepas berbuka..
Di antara sesi pam adalah df sekali dua..masa lain shareef makan dan minum ebm ...mama boleh dpat susu yang sama hasil macam sebelum puasa.takde maslah kemeruduman susu..tips mama

  • minum air sekurang-kurangnya 3L di antra waktu selepas berbuka hingga sahur..- byk kali masuk toilet ni.
  • Jangan skip pam susu
  • Pam secara konsisten
  • amalkan makan kurma 7 biji sewktu sahur
  • makan full meal sewaktu sahur- nasi dan lauk pauk..
  • amalkan makan habatussuda sebelum tidur
  • minum milo/horlick/ susu sewaktu sahur..
  • yakin dengan diri sendiri boleh menyusukan anak biarpun berpuasa...

Ini tips2 dari mama..klau ada amalkan suplemen teruskn shaja ..
Mama sekrang dah tak bekukan lagi susu untuj stok.simpan dalam chiller dan guna setiap hari.....tapi mama tak pernah skip pumping ...Alhamdulillah susu mencukupi...

INI SAHAJA CORETAN MAMA

lagi tips mama kopipes dari Pa & Ma

Meneruskan amalan penyusuan ketika berpuasa adalah selamat.
Pada asasnya, amalan berpuasa sama sekali tidak akan mengganggu pengeluaran susu ibu. Ia tidak bergantung kepada amalan pemakanan seharian.
Sebaliknya bersandarkan kepada keupayaan anda mengosongkan payu dara secara efektif sekerap yang boleh, menerusi penyusuan terus atau pemerahan payu dara. Perlu anda maklumi bahawa dalam menjayakan penyusuan susu ibu, ia melibatkan hormon prolaktin dan oksitosin. Prolaktin merupakan hormon yang menghasilkan susu ibu manakala oksitosin pula merembesnya keluar. Dalam pada itu, Feedback Inhibitor Of Lactation (FIL) adalah salah satu lagi faktor dalam menentukan usaha anda menjayakan impian menyusukan bayi sepanjang berpuasa.
FIL merupakan sejenis protein yang terdapat dalam susu ibu yang berkumpul di dalam payu dara. Ia sering memberi tindak balas negatif kepada proses penghasilan susu apabila terlalu banyak FIL berkumpul di dalam payu dara akibat kurangnya rangsangan penyusuan daripada bayi mahupun disebabkan oleh payu dara tidak dikosongkan dengan efisyen.
Tahap FIL yang tinggi akan memberi isyarat kepada otak agar penghasilan susu ibu dikurangkan, kesan kekurangan permintaan. Hal sebaliknya berlaku apabila payu dara anda sering dikosongkan. Jumlah FIL dalam payu dara menjadi rendah dan seterusnya menghantar isyarat supaya lebih banyak susu ibu perlu dihasilkan.
Susu Kering
Tiada persediaan khas yang perlu anda lakukan dalam memastikan bekalan susu ibu kekal sepanjang menjalani ibadah puasa. Apa yang penting ialah anda perlu kekal berfikiran positif, terus menanam azam jitu bagi meneruskan penyusuan sepanjang berpuasa dan pada masa yang sama memastikan diri mengamalkan pemakanan seimbang dan menyihatkan.
Perlu diingatkan agar anda tidak khuatir dengan terlalu memikirkan amalan berpuasa bakal mengganggu penghasilan susu dan menjadikannya kering. Kebimbangan melampau akan menimbulkan perasaan tertekan yang akhirnya mendorong kemerosotan bekalan susu ibu.
Pengeluaran susu ibu yang berkurangan bukan disebabkan oleh ibadah puasa! Sebaliknya tekanan yang anda alami itu menghalang refleks pengeluaran susu (let down). Cara terbaik mengatasinya mudah sahaja iaitu anda perlu sentiasa bertenang dan tidak terlalu memikirkan hal ini.
Sehubungan itu, untuk makluman amaun susu ibu mungkin berkurangan pada hari pertama berpuasa. Namun, jangan endahkan hal ini. Sebaliknya, anda perlu lebih kerap mengosongkan payu dara. Jika bersama bayi, susukannya secara terus. Jika bekerja pula, perah dan kosongkan payu dara dengan sebaik mungkin dengan mengepam susu di setiap dua atau tiga jam sekali.
Biarpun berpuasa, pemerahan payu dara perlu berlangsung seperti biasa. Walau bagaimanapun, sebaik-baiknya mulakan rutin ini di awal pagi iaitu ketika waktu sahur. Hal ini kerana amaun susu ibu pada waktu ini masih banyak. Sama juga halnya selepas anda berbuka puasa.
Dehidrasi
Dehidrasi boleh menyebabkan susu ibu berkurangan. Oleh yang demikian, ambil perhatian sewajarnya bagi mengelakkan keadaan ini berlaku dengan memastikan anda minum air yang secukupnya ketika bersahur dan berbuka puasa.
Masalah dehidrasi yang teruk boleh menyebabkan tekanan darah rendah, letih, menggigil, loya, pening dan rasa haus melampau. Sekiranya keadaan ini berlaku, adalah lebih baik untuk anda berbuka puasa agar tidak menjejaskan tahap kesihatan diri.
Walaupun begitu, meminum air bergaram mampu mengembalikan keseimbangan bendalir badan yang terhidrat. Hal ini disebabkan garam penting dalam mengembalikan kandungan sodium dan potasium dalam tubuh. Anda boleh mencuba meminum air bergaram untuk mengatasi dehidrasi. Cara membuatnya ialah campurkan sedikit garam dan gula bersama air sejuk. Untuk mendapat rasa yang lebih enak, letakkan sedikit perasa ke dalam minuman ini.
Panduan Pemakanan
1. Minum Air Mencukupi
Anda perlu minum air yang mencukupi ketika sahur dan berbuka bagi mengelakkan dehidrasi yang bakal menjejaskan penghasilan susu. Seelok-eloknya minum dua liter atau bersamaan dengan lapan gelas air sehari.
2. Jangan Abai Sahur
Usah sesekali meninggalkan waktu bersahur. Namun, anda digalakkan untuk melambatkan makan sahur. Makanlah makanan yang kaya dengan protein dan apa sahaja makanan berbentuk sup. Dalam pada itu, anda perlu kurangkan pengambilan makanan bergoreng dan berminyak kerana ia boleh mengurangkan nutrisi makanan yang diambil.
3. Makan Kurma Ketika Berbuka
Berbukalah dengan memakan kurma terlebih dahulu sekurang-kurangnya tiga biji.
Amalan sebegini dapat membekalkan tenaga segera selepas berpuasa sepanjang hari.
4. Banyakkan Buah Dan Sayur
Makanlah buah dan sayur yang ternyata mengandungi banyak khasiat yang bukan sahaja baik untuk tahap kesihatan anda malah bagus untuk bayi juga.
5. Ambil Lebih Lemak Sihat
Jumlah lemak di dalam susu ibu berkurangan apabila anda berpuasa. Untuk itu, anda perlu mengambil makanan yang mengandungi lemak sihat mencukupi. Ini dapat dilakukan dengan mengambil susu dan produk tenusu seperti keju, susu dan sebagainya.
6. Amalkan Madu
Anda sangat digalakkan untuk memakan madu setiap hari sepanjang berpuasa kerana ia merupakan sumber tenaga semula jadi. Selain daripada menambah stamina, ia mampu meningkatkan kadar serapan kalsium dalam tubuh.
7. Elakkan Minuman Bikarbonat
Anda sememangnya digalakkan untuk minum banyak air ketika berpuasa tetapi hindari pengambilan minuman yang mengandungi banyak gula seperti air bikarbonat. Sama juga halnya dengan minuman berkafein. Ketahuilah bahawa kandungan gula dan kafein boleh mengganggu penghasilan susu ibu jika diambil berlebihan.

Monday, 8 July 2013

MY BREASTFEEDING JOURNEY PART #14-perjalanan penyusuan ku


Perjalanan menyusukan shareef berjalan dengan lancar..selepas mama perkenalkan shareef dengan makanan pejal..kuantiti dia menyusu mmg agak kurang dari sebelumnya..tapi mama tetap mngepam kerana ingin maintain penghasilan susu..ikut konsep demand and supply shaja...di mna jika sikit permintaan so sikitlah penghasilan.mama tak nak susu mama mngurang..so mama keep on pumping..stok untuk ramadhan agak mencukupi Alhamdulillah... susu yang mama pump sekrNg simpan di chiller je..tapi di guna tiap2 hari..
Mama akan bgi ebm tuk shareef time die nak tido dalam buai...biasanya 5@6 oz
Specta 3 ku tak jemu berkerja untukku..mngepam susuku keluar setiap hari..aku syang kau sgtttt2 spectra3!!!!!!

 hasil 8 oz awal pagi

 8 oz jugak

guna silicone massager

Mama pam 2@3 kali sahaja sehari..masa lain df..tapi shareef jarang df time siang..minum ebm di botol sahaj..tapi klau malam bukan main lagi dia..smpai x nak lepas hehe
Dah habis sbelah bagi yang sebelah lagi..untung Allah cipatakan sepasang!!!
Apa lagi??..
Mmm itu shaja coretan perjalanan menyusukan permata hatiku
Mama actually dah jadi admin Kumpulan Ibu menyusu Badan di facebook..baru sahaja dilantik...mmg happy ..
Tapi mama ni bukanlah pakar laktasi @ kaunselor laktasi bertauliah...x perna ikut kursus penyusuan pun..tapi mama yakin dengan ilmu yang ada di dada..hasil pembacaan mama sewkTu menngandungkan shareef..insha Allah mma akan membantu mana yang boleh..dan mama akan belajar lagi...mari kita sma 2 berkongsi pengalamn menyuskan permata hati kita...
Semga kita semua dirhmTi Allah swt


stok susu

Wednesday, 29 May 2013

Gigih kumpul stok untuk Ramadhan

hello mommys..pembaca blog mama yang dikasihi....

tinggal beberapa minggu sahaja lagi bulan Ramadhan akan tiba...
semua mesti sibuk nak mengganti puasa..mama pun sama la..
nak ganti puasa dan nak kumpul stok jugak...mama takut susu merudum nanti kalau puasa....

mama ada ganti puasa..tapi tak sampai setengah hari taw...entah napa rasa amat lapar dan haus..Astaghfirulahulazim..maaf kan hamba mu ini Ya Allah...memang mama rasa tak tahan..mama berbuka pukul 11 pagi...

actually hukum puasa / ganti puasa bagi ibu hamil @ menyusu adalah seperti berikut..

Merujuk di dalam kitab Fiqhul Manhaji jilid pertama di bawah tajuk ibadat dan pecahannya, berbukanya ibu yang hamil dan menyusukan anak terbahagi kepada dua : 
Berbuka kerana bimbang kesihatan dirinya akan terjejas.
Berbuka kerana bimbang kesihatan anaknya. 

Sekiranya ibu itu berbuka puasa kerana takut berlaku kemudharatan pada dirinya disebabkan puasanya itu, maka wajib bagi ibu itu untuk qodo' puasanya sahaja sebelum tibanya Bulan Ramadhan yang akan datang. Berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh At Turmuzi (715) dan Abu Daud (2408) dan selainnya, dari Anas Al Ka'bi radiallahu anhu, telah berkata Rasulullah S.A.W : sesungguhnya Allah S.W.T telah mengangkat puasa orang yang bermusafir (dibolehkan berbuka) dan telah mengurangkan solatnya (boleh diqosorkan solatnya itu), dan diangkat puasa(boleh berbuka) orang yang hamil dan menyusukan anaknya.
Maksud mengurangkan solat ialah memberi kelonggaran mengurangkan rokaat solat dan adapun yang dimaksudkan dengan diangkat puasa bagi ibu yang hamil dan menyusukan anaknya itu ialah dibenarkan berbuka dengan menggantikan puasanya itu.

Sekiranya ibu itu berbuka kerana bimbang kesihatan anaknya dan takut kandungannya gugur jika dia berpuasa, ataupun takut susunya akan berkurangan dan membahayakan anaknya, maka wajib bagi ibu itu untuk berbuka dan qodho' puasanya itu dan dikenakan fidyah iaitu bersedekah satu cupak dari makanan asasi bagi hari yang dia berbuka.
Masalah yang sama dengan masalah ini ialah orang yang terpaksa berbuka puasa untuk menyelamatkan nyawa orang lain yang diancam kecelakaan, maka wajib bagi orang itu untuk menggantikan puasanya dan bersedekah dengan satu cupak makanan.

Di riwayatkan oleh Abu Daud daripada Ibnu Abbas R.A mengenai ayat 184 surah Al Baqaroh mafhumnya : 
"Dan wajib ke atas orang-orang yang tidak berdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah dengan memberi makan orang-orang miskin"

Beliau berkata : "Ayat ini sebagai rukhsah (keringanan) bagi lelaki dan wanita yang terlau tua, kedua-duanya tidak mampu berpuasa lalu mereka berbuka. Mereka hendaklah memberi makan kepada orang miskin bagi setiap hari yang ditinggalkannya itu. Ayat ini juga merupakan rukhsah bagiwanita hamil dan sedang menyusukan anak sekiranya mereka bimbang (terhadap anak mereka), mereka boleh berbuka dan hendaklah memberi makan fakir miskin".

mama tinggalkan puasa di Ramadhan yang lepas ,sewaktu mengandung shareef 8 bulan...selama 7 hari..sebabnya? mama sesak nafas sebaik sahaja berbuka puasa..sesak nafas yang agak teruk juga la..memang tak bole bernafas..mama warded lagi 1 malam..hehe...

so,insha Allah,..dalam masa terdekat mama nak try lagi puasa..mybe mama tak cukup makan sahur ..so,kali ni nak makan banyak2 time sahur..kikikikiki...

ini hasil mama kumpul guna Ardo comel...



 ada 3 oz.ada 4 oz


ready to freeze !

4 paket simpan stok..1 botol simpan di chiller untuk shareef minum..
misi mama nak dapatkan 60 paket ebm ..setiap paket minimum 4 oz...setakat ni mama da kumpul dalam 10 paket....50 paket lagi !!!
doakan mama semoga berjaya...mama nak puasa penuh Ramadhan tahun ni!...memandangkan cik P tak datang2 mnjenguk..so smoga berlarutan sehingga bulan puasa nanti..kikikikiki

jadual pam mama tak menentu sebab,sekejap2 shareef akan DF..so mama pam bila ada masa ..terutamanya sewaktu shareef tido..mama buat projek..hihi

sekian.

Monday, 13 May 2013

Di Sebalik Mitos Susu Ibu


Dalam riwayat Thabarani dan 'Ibnu  dimaklumkan jika seorang wanita melahirkan, lalu ia mengeluarkan susu  dari payudaranya dan dihisap oleh bayinya, setiap hisapan dan tegukan  dia akan mendapat satu pahala. Jika ia berjaga sepanjang malam (kerana  melayan bayinya), dia mendapat pahala seperti pahala orang yang  memerdekakan 70 orang budak di jalan Allah.


Kelahiran seorang bayi mencatat pelbagai memori buat wanita yang pertama  kali bergelar ibu. Secara lahiriah seorang bayi tanpa perlu diajar  bagaimana mahu menyusu (rooting reflex), secara automatik akan menghisap  puting payudara ibunya. Sebaiknya bayi terus dirangsang terus menyusu  selepas satu jam dilahirkan. Proses ini penting untuk merangsang proses  penghasilan susu secara berterusan.


Pelbagai telahan mengenai tekstur susu awal ini mengundang mitos dan  tanda tanya. Sejauh mana kebenaran mitos berkaitan susu ibu. Berikut  adalah sedikit informasi ringkas bagi meredakan keliru bagi anda yang  bergelar ibu.
   
MITOS & FAKTA TENTANG SUSU IBU

Susu berwarna kekuning-kuningan yang sewaktu pertama kali bayi menyusu adalah susu basi!
FAKTA : Lazimnya di awal proses penyusuan terdapat cecair berwrna kekuningan (kolostrum) bertindak sebagai antibodi pertama bayi. Kolostrum hanya hadir pada tiga atau empat hari yang pertama hayat seorang bayi dan hanya sekali itu sahaja dalam tempoh enam bulan atau tempoh dua tahun tempoh penyusuannya. Ia tidak akan berulang!. Kolostrum adalah makan pertama yang paling baik untuk bayi. Susu formula tidak dapat meniru kolostrum susu ibu. Kolostrum yang dijual di pasaran adalah ekstrak kolostrum susu lembu tetapi tidak sesuai untuk bayi.

Payu dara ibu menyusu akan lebih cepat mengendur. 
FAKTA : Secara alami saiz payu dara akan berisi sepanjang sembilan bulan kehamilan. Proses pembesaran itu berlaku ekoran kerana proses mamogenesis - pembentukan kelenjar mamari untuk persediaan menghasilkan susu apabila bayi lahir kelak. Jika ibu tidak menyusukan bayinya selepas bayi lahir; saiz payu dara ibu akan menurun cepat dan drastik manakala saiz payudara ibu yang menyusukan bayinya akan menurun secara perlahan-lahan.

Bayi akan sentiasa melekap pada ibu. 
FAKTA : Ibu adalah manusia pertama bayi kenal. Manakan tidak sembilan bulan bayi menumpang teduh di dalam rahim ibunya, setelah menjenguk dunia bayi secara eksklusif menyusu dari payudara ibunya lebih dari 10 kali sehari. Impak dari hubungan intim itu mungkin memberi kesan kepada keakraban hubungan di antara ibu dan anak. Usah bimbang kerana tempoh melekap dengan ibu sebenarnya sangatlah singkat,  mungkin sekitar enam bulan sahaja, dua tahun atau mungkin lebih sehingga tida tahun atau lima tahun. Ketahuilah wahai ibu-ibu sekalian, bayi yang menyusu ibu akan membesar menjadi individu yang lebih berdikari, berasa selamat dan dilindungi, lebih berkeyakinan dan kurang menangis. Ini kerana sewaktu proses menyusu bayi berpeluang berinteraksi lebih rapat dan dakapan ibu membuatkan si manja rasa disayangi selalu.

Susu ibu tidak sesedap susu formula.
FAKTA : Hakikat sebenar susu formula telah ditambah pelbagai rencah untuk menyedapkannya. Sekalipun apa jua kenyataan yang mereka uar-uarkan mengenai kehebatan setiap produk susu mereka, belum ada mana-mana susu formula boleh menandingi khasiat yang sedia terkandung dalam susu ibu. Gula dalam susu ibu adalah gula ringkas yang lebih mudah dicerna dan diserap oleh usus bayi berbanding gula kompleks yang terkandung di dalam susu formula. Oleh itu bayi mendapat nutrien lebih mudah daripada susu ibu.

Payu dara kecil : susu kurang.
FAKTA : Semua ibu secara semula jadi boleh menghasilkan susu yang mencukupi. Saiz payu dara KECIL atau BESAR bukan ukuran susu yang dihasilkan banyak atau kurang. Kelenjar mamari adalah kelenjar yang khusus menghasilkan susu yang terdapat pada wanita, jadi tidak bermakna saiz payu dara boleh membantutkan hasrat anda untuk menyusukan anak anda. 

Apabila anda memilih untuk menyusukan anak anda sepenuhnya, anda harus mengawal dan berwaspada dengan apa yang anda makan.
 FAKTA : Semua orang disarankan untuk menjaga kesihatan bukan hanya melibatkan ibu-ibu yang menyusu secara ekslusif. Makan secara sederhana dan mengikut keperluan badan. Bagi ibu yang menyusu yang gemarkan minuman berkafeina (kopi), ibu boleh minum kopi sebaik sahaja selepas menyusu. Rasionalnya ialah kafein dalam kopi telah selesai dicernakan, dicairkan dan dikumuhkan apabila tiba masa penyusuan seterusnya iaitu dua jam kemudian. Oleh itu kepekatan kafein dalam darah sudah menurun. Kaedah ini juga boleh dipraktikkan bagi ibu yang perlu mengambil ubat-ubatan tertentu.

Susu ibu terlalu cair (banyak air). 
FAKTA : Jika susu ibu yang diperah ke dalam botol diletakkan di atas meja seketika, kita akan dapat melihat susu ibu itu menjadi tiga lapisan iaitu warna keruh di lapisan paling bawah diikuti susu kekuningan di tengah dan susu putih pekat lemak berkrim di lapisan paling atas. Tetapi keadaan adalah sebaliknya bagi susu formula, lapisan cair paling atas manakala lapisan pekat di bawah (lemak berketumpatan tinggi). Bagi susu ibu, 80 peratus kandungan adalah air. Susu ibu terdiri daripada susu awal (foremilk) untuk menghilangkan dahaga dan susu akhir (hindmilk) untuk penyebab kenyang bayi. Naluri semula jadi manusia minum sebab dahaga, maka itulah yang diberi oleh ibu terlebih dahulu kepada bayinya melalui susu awal (foremilk) yang mengandungi lebih air dari laktosa. Kemudian barulah susu akhir yang pekat (kandungan lemak tinggi) yang akan menyebabkan kenyang.

Puting susu ibu perlu dicuci sebelum menyusukan bayi. 
FAKTA : Puting payu dara bersifat antibakteria. Kajian yang dijalankan untuk melihat reaksi bayi pada sentuhan pertama kulit ke kulit (satu jam pertama selepas kelahiran) menunjukkan kecenderungan bayi untuk memilih puting susu ibu yang tidak dicuci berbanding puting susu ibu yang telah dicuci kerana aroma semulajadi ibu lebih menarik bayi. Bintik-bintik kecil disekeliling payu dara mengandungi bahan pelincir (sebum) yang bersifat antibakteria. Mencuci payu dara memadai dengan mandi biasa dua kali sehari, tidak perlu mencuci dengan sabun, bahan pencuci.

Penyusuan ibu mengambil nutrien daripada ibu. Ibu perlu makan lebih.
FAKTA : Nutrien dalam susu ibu bergantung kepada nutrisi ibu. Oleh itu ibu yang menyusu (dan sesiapa sahaja sebenarnya) perlu mengambil nutrisi seimbang untuk mengoptimumkan kesihatannya. Ibu boleh makan apa sahaja tetapi dalam kuantiti yang betul dan sentiasa awas jika terdapat tanda-tanda alahan kepada bayi, maka ibu harus waspada dengan pengambilan makanannya. Risiko osteoperosis di kalangan ibu-ibu menyusu lebih rendah berbanding wanita yang tidak menyusu.

Menyusu boleh mengubah saiz badan ibu.
FAKTA : Ibu yang menyusukan bayi lebih mudah menurunkan berat  badan, selain itu uterus juga lebih cepat mengecut berbanding ibu-ibu  yang memilih untuk tidak menyusukan bayi secara eksklusif.

TIPS MENGHASILKAN SUSU BADAN / MILKBOOSTER-KREDIT TO KIM


Salah satu usaha untuk menambah stok susu ibu ialah dengan mengamalkan TANDEM NURSING(sebelah menyusukan bayi dan sebelah lagi mengepam)..Mula-mula memang rasa kekok nk buat kedua-dua perkara ni serentak..tapi,seperti biasa,PRACTICE MAKES PERFECT..Biasakan dengan amalan ini,InsyaAllah perkara ni akan jadi rutin biasa bagi anda.


Antara amalan mengepam lain yang boleh diamalkan untuk menambah stok susu ibu ialah:
34rc
1. Pam di waktu pagi sebelum bayi bangun tidur. Biasanya waktu pagi buubies sedang engorge.
2. Pam sedikit sebelum menyusukan bayi. Biarkan hisapan bayi mengosongkan payudara.
3. Pam selepas menyusukan bayi (sekiranya tidak pam sebelumnya) untuk mengosongkan payudara.
4. Pam semasa bayi tidur.
5. Pam sebelum ibu tidur.
6. Pam di antara waktu tidur (bangun malam untuk pam).


[Tips tambah susu ibu secara natural]
Teknik hypnobreastfeeding:
1. Set minda & yakin boleh menyusukan secara eksklusif dgn susu ibu tanpa tambahan susu formula
2. Kekalkan ketenangan perasaan & minda dgn cara :
- melihat sesuatu yg boleh menimbulkan rasa tenang & bonding. Cth:melihat anak tertidur selepas menyusu - hilangkan rasa risau, sakit, stress, ragu-ragu untuk menyusukan

Masuk ke bilik yang sunyi
Pasang zikir/muzik yang menenangkan
Pasang aromaterapi yang menenangkan
Duduk tegak
Rilekskan otot
Baca selawat sekurang-kurangnya 3 kali
Tarik nafas secara dalam, tahan selama 10 saat, lepas melalui mulut dengan bunyi heh
Bila rasa tenang, ulang lagi pernafasan tersebut, bayangkan anda melepaskan semua perasaan negatif risau, sakit, stress, ragu-ragu untuk menyusukan
Masukkan setting positif "Aku boleh menyusukan anakku secara eksklusif selama 6 bln, 12 bln, 18 bln, 2 tahun".


*******************************************************************

Terdapat beberapa sebab berlakunya keadaan dimana ibu merasakan susu yang dihasilkan semakin berkurangan. Keadaan ini mungkin disebabkan si ibu tidak memulakan penyusuan awal atau tidak menyusukan bayi dengan kerap. Sekiranya si ibu menyusukan anak secara eksklusif bermula sebaik sahaja bayi dilahirkan, susu akan keluar melimpah-limpah dan payudara sentiasa penuh walaupun baby sedang menyusu, ini kerana semasa baru melahirkan (berpantang), badan ibu belum adjust dgn hormon yg dihasilkan. Namun, setelah beberapa bulan, badan ibu sudah adjust sepenuhnya pada hormon dan susu yang dihasilkan akan mengikut keperluan baby, kalau ibu menyusukan anak secara eksklusif dan anak menghisap kedua2 belah payudara, maka susu yg terhasil banyak(walaupun tak sebanyak semasa berpantang). Ada berbagai2 cara untuk menambahkan penghasilan susu badan, antaranya ialah :

1. Susukan bayi bila-bila masa dia berasa lapar : Lebih banyak bayi menyusu lebih banyak susu yang akan terhasil.

2. Susukan bayi pada kedua-dua belah payudara sehingga bayi itu sendiri yang melepaskan puting setelah dia kekenyangan. Ini akan meransang lebih banyak penghasilan susu.

3. Jarak antara penyusuan mestilah tidak melebihi 2 jam. Susukan sekerap yang boleh, berikan bayi peluang untuk menghisap dari payudara untuk merangsang penghasilan susu

4. Jangan lupa untuk berasa tenang sewaktu menyusukan bayi. Ini kerana perasaan tertekan atau kurang keyakinan tentang kemampuan untuk menyusukan bayi juga boleh menyebabkan susu berkurangan. Dapatkan rehat yang secukupnya.

5.Dinasihatkan tidak memberi bayi makanan lain selain daripada susu badan terlalu awal, seperti makanan tambahan, jus2, air masak atau buah buahan kepada bayi berumur kurang 6 bulan, kerana apabila baby mendapat makanan tambahan, bayi akan kurang menyusu dan ini sekaligus akan mengurangkan penghasilan susu pada ibu.

6. Penghasilan susu juga boleh terjejas akibat pemakanan. Bagi memastikan anda makan dengan betul, anda boleh melakukan perkara-perkara berikut:
• Ambil hidangan seimbang berpandukan Panduan Piramid Pemakanan.
• Banyakkan minum air (digalakkan air Kosong suam) sepanjang hari.
• Hanya ambil suplemen jika dinasihatkan oleh doktor.
• Makan pelbagai jenis makanan yang kaya dengan nutrien.

7. Amalkan surah Al-Baqarah ayat 60 atau surah hujurat dan sapu di kedua belah payudara. Sambil menyusukan, sentiasalah usap rambut bayi, cium bayi.

8. Petua masyarakat kita:


  • Cekur Manis ----Cekur manis (atau nama lain pucuk manis) digunakan dalam perubatan tradisional untuk membanyakkan susu ibu. Caranya daun cekur manis yang telah dihancurkan ditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering. 
  • Kacang Tanah ----- Kacang tanah mengandungi protin yang tinggi, zat besi, vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks dan fosforus. Malah kandungan protin dalam kacang tanah adalah jauh lebih tinggi dari daging, telur dan kacang soya. Ia juga mengandungi asid amino yang tinggi. Bagi menambah kandungan susu badan ibu yang menyusukan bayi, digalakkan mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing. Bagi bayi yang alah terhadap kacang tanah, ibu-ibu dinasihatkan tidak mengamalkan petua ini
  • Air Longan ---- Longan kering biasanya boleh dibeli di pasaraya atau kedai ubat cina. Rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3 cawan air sehingga kembang. Minum airnya. (Dalam perubatan tradisional Cina, longan dikatakan dapat menenangkan jiwa.) or longan segar yang jual kat pasar.. tp jgn bebyk karang sakit tekak plak.
  • Halba dan Jintan Hitam ---- Terdapat beberapa jenis rempah yang biasa digunakan dalam masakan dapat menambahkan susu badan. Paling popular ialah halba. Halba boleh didapati di kedai runcit mamak atau pasaraya besar. Cuci halba, keringkan, kemudian simpan dalam bekas bertutup. Antara cara yang paling sesuai mengambilnya dengan tidak memudaratkan appendiks ialah dengan merendamkan sesudu halba dalam segelas air panas selama 15 minit. Tapis dan minum airnya sahaja. Jintan hitam (habbatus sauda) juga boleh diambil untuk tujuan dan kaedah yang sama seperti halba
  • Bunga Melur ---- Bunga melur atau nama saintifiknya Jasminum Sambac banyak digunakan dalam perubatan terutamanya dalam perubatan ayurveda oleh masyarakat india. Bagi masyarakat melayu antara kegunaannya ialah untuk menambahkan air susu ibu. Caranya daun bunga melur digiling hingga halus dan ditampal sekeliling payudara diwaktu pagi sebelum mandi. Cuci bersih sebelum menyusukan bayi.
  • Bagi ibu yang berhasrat memberhentikan susu ibu pula, gunakan daun bunga melur untuk tujuan ini. Caranya, tumbuk lumat daunnya dan ditampal pada payudara. – melur.comLobak putih sangat bagus untuk ibu menyusu. Jika anda menambahkan sotong kering ke dalam sop lobak putih, ia berupaya menambahkan lagi susu badan. Walaupun bersifat sejuk, ia mengandungi banyak vitamin dan mineral. Sumber potassium, folat dan vitamin C yang sangat baik.
  • Lobak Putih ---- Tidak perlu dimasak dan boleh dimakan begitu saja (mcm mkn ulam!) lobak putih dibuang kulitnya dan dihiris boleh ditambah dgn hirisan bawang besar beserta kicap. atau tambah hirisan bawang beserta garam. 
  • Pucuk Betik ---- Air rebusan daun betik muda boleh melancar dan menambahkan susu bagi ibu-ibu yang menyusui bayi mereka dengan susu badan. Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari.
  • Tuaman Daun Sirih ---- Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setiap hari sehingga susu badan anda banyak
  • Jantung Pisang ---- Jantung pisang bukan sahaja sedap dimakan, ia juga berkesan untuk menambahkan susu badan bagi ibu yang mengalami kekurangan susu badan… Makan dengan dicelur bersama sambal belacan, dibuat kerabu atau dibuat gulai masak lemak cili api.
  • Makanan Tinggi CLA ---- Ibu menyusu yang makan makanan tinggi kandungan conjugated linoleic acid (CLA) boleh meningkatkan kandungan kumpulan asid lemak ini dalam susunya. Asid-asid lemak ini mempunyai pelbagai kebaikan dalam penjagaan kesihatan antaranya kesan anti kanser, anti oksida, pengurangan berat badan dan pengurangan risiko sakit jantung.

Dalam kajian yang didedahkan dalam Jurnal Kajian Pemakanan ini, susu perahan ibu menyusu yang makan biskut diperkaya CLA ini didapati mempunyai kandungan asid lemak lebih 46% berbanding ibu menyusu yang makan biskut biasa. CLA dalam susu ibu mencapai tahap tertingginya selepas 8 ke 28 jam ibu-ibu memakan biskut khas ini.
Kandungan CLA yang tinggi secara semulajadinya terdapat dalam makanan seperti susu, keju, telur, minyak sayuran dan sesetengah jenis daging (ayam, daging lembu dan kambing yang makan rumput – bukan bijirin). Kebanyakan kajian tentang CLA dan kesannya terhadap manusia menggunakan supplement komersial.


  • Kurma --- Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu

Antara makanan yang mungkin menambah penghasilan susu ibu
Makanan mengandungi vitamin B seperti kekacang, dal.

  • Jambu batu – makan begitu sahaja.
  • Sawi, kacang panjang, kacang buncis, jagung muda – goreng atau sup.
  • Daun atau pucuk meranti masak lemak putih, tumis air atau goreng.
  • Oat – dijadikan minuman, biskut, bubur atau salutan pada makanan sebelum dimasak.
  • Madu – gunakan sebagai pemanis dalam minuman, sapuan pada roti atau cicah pada lempeng susu beroat
  • Red raspberry leaves – suplemen dari farmasi
  • Barli – air atau bubur barli.
  • Pucuk manis – masak lemak bersama ubi keledek.
  • Pucuk pegaga – dijadikan ulam atau jus.
  • Daun kucai – goreng bersama tauge dengan tauhu dan tempe.
  • Air soya dan produk soya seperti tauhu, taufufa, tempe
  • Air horlicks
  • Susu, produk tenusu dan pil kalsium (ibu menyusu akan menyalurkan kalsiumnya pd anak yang disusuinya. Ini akan menyebabkan ibu kurang kalsium. – Kalau taknak tulang reput cepat n gigi goyang berderai cepat, mknlah kalsium ya!)
  • Teh hijau jepun
  • Makanan mengandung yis seperti roti, donut, tapai pulut dan sebagainya.
  • Bawang putih mengandungi banyak sulfur yang bagus untuk sendi dan membantu penghasilan susu.
  • Kacang merah : rebus kacang merah tanpa gula. Minum air dan kacangnye sekali.

Ubat homeopati.
Durian - jgn byk sgt.. takut bby tak tahan panas.. buat serawa pun boleh...


http://ainaz-azidah.blogspot.com/2011/03/petua-banyakkan-susu-badan.html



1. Kerapkan Menyusu
Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap 3 jam pada siang hari. Jika bayi tidur lebih daripada 3 jam, kejutkan dia untuk menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan bayi untuk menyusu tambahan terutamanya jika dia tidur lebih daripada 4 - 5 jam.


2. Jangan tunggu payu dara penuh
Ada sesetengah wanita suka menjadikan payu dara penuh sebagai petunjuk bahawa bayinya perlu disusukan. Itu salah! Yakinlah bahawa payu dara sentiasa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu. Kajian menunjukkan bahawa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh antara satu penyusuan dengan yang lain adalah singkat. Ini bererti, jika anda menyusukan bayi beberapa minit selepas selesai menyusukan bayi (ketika anda beranggapan payu dara “kosong”), dia akan memperoleh susu tinggi kandungan lemak yang dapat membantunya menambah berat badan.


3. Menyusu Lebih Lama
Jangan hadkan masa setiap kali menyusukan bayi di sebelah payu dara. Biarkan dia menyusu sebelah bahagian sehingga puas sebelum menawarkannya menyusu di bahagian payu dara yang lain. Ini akan memberinya peluang untuk mendapatkan susu berlemak tinggi (hindmilk). Jika anda terlalu cepat menawarkan payu dara sebelah lagi, dia hanya mendapat foremilk, di mana hanya perutnya sahaja penuh tetapi tidak memberi kalori mencukupi untuk tumbesarannya.


4. Penyusuan Dua kali
Selepas anda menyusukan bayi, sendawakan dia. Langkah ini menjurus ruang di dalam perutnya untuk memuatkan lebih banyak susu. Kemudian, susukan dia semula. Cara ini turut merangsang payu dara untuk menghasilkan lebih banyak susu.


5. Bogelkan Bayi 
Sewaktu menyusu, bogelkan bayi (kecuali lampinnya). Sentuhan kulit ke kulit membantu bayi kekal sedar daripada lena. Untuk memaksimumkan sentuhan kulit, buka coli dan pakai baju yang mempunyai butang di bahagian depan. Bagi mengelakkan bayi kesejukan pula, selimutkan dia ketika menyusu.


6. Penyusuan Malam
Amalan menyusukan bayi di waktu malam sangat bagus kerana ia merangsang peningkatan susu. Ini kerana di waktu malam, anda berdua lebih relaks lalu membolehkan bayi menyusu lebih lama dan kerap. Penyusuan malam turut merangsang hormon prolaktin yang memainkan peranannya menghasilkan lebih banyak susu.


7. Penyusuan Baby Sling
Bayi memang suka jika berada dekat dengan anda. Secara tidak langsung, ia boleh merangsang dia untuk kerap menyusu. Jadi, gunakan baby sling di antara waktu penyusuan walaupun ketika itu dia sedang tidur. Pasti anda terkejut apabila mendapati dengan cara ini dia menyusu dengan lebih baik.


8. Fikir Bayi, Fikir Susu
Ketika menyusu, belailah bayi. Amalan ini dikenali sebagai grooming. Langkah ini tanpa disedari merangsang penghasilan susu. Antara lain, di antara waktu penyusuan dan sejurus sebelum sesi penyusuan bayangkan bayi sedang menyusu di payu dara anda. Cara ini, akan merangsang payu dara untuk mengeluarkan lebih banyak susu.


9. Urutan
Teknik urutan payu dara yang betul akan membantu susu mengalir dengan lancar. Apatah lagi sewaktu anda mengalami bengkak susu ataupun sakit puting. Untuk itu, anda perlu menuam payu dara dengan tuala yang telah direndam di dalam sir suam. Anda boleh pelajari teknik mengurut menerusi http://www.breastfeeding-problems.com/


10. Minum Air
Pastikan anda minum banyak air sepanjang tempoh penyusuan mahupun pemerahan susu. Anda digalakkan minum 3.1 liter air iaitu kira-kira 13 cawan setiap hari.

sources: Majalah Pa & Ma, Julai 2011