MaMa~MuJaHiDaH~~My BrEaStFeEdInG mEMoRyZZZ

Wednesday 27 February 2013

First Time Wrap using SAREE

mama sekarang ada passion yang terbaru..iaitu babywearing,,,,
tapi belum tahap obses lagi la...suka2 jew...

mama try wrap guna saree...


cer tengok komen2 yang mama dapat........



Like ·  · Unfollow Post · 15 hours ago via mobile
Aishah Came, Nor Azlinda Samsudin, FauZyea Malik and 8 others like this.

Mujahidah Tiezah Ok x ni ? Bole bawak gi jln2 x kak Lizza?
14 hours ago via mobile · Like

Norashida Abd Rahman cantik saree ni. is it cotton? looks thin as well. mesti good ventilation ni. if you comfortable carrying your baby in saree, go for it. keeping baby close to you is the main objective. but for safety purpose, always check the fabric for any wear and tear sign.
12 hours ago via mobile · Unlike · 3

Norashida Abd Rahman can improve on baby position. spread the fabric till it reach behind baby knees. make deep seat so baby can sit better. knee above bum. the x layer at baby bum can be spread from knee to knee for better supportive
12 hours ago via mobile · Unlike · 2

Mujahidah Tiezah Ya..first try kan mmg mcm x selesa lgi..anyway thx a lot for the tips ye...
11 hours ago via mobile · Like

Mujahidah Tiezah Nak tanya lgi..mcm mna nak kasi kluar bby dri wrap ni ye ? Agak susah jugak
11 hours ago via mobile · Like

Mujahidah Tiezah Ni kain saree jenis chiffon yang tebal ckit dri biasa..tpi kain mmg kukuh dan kuat...
11 hours ago via mobile · Like

Mujahidah Tiezah Bole pkai gi epot x sis?
11 hours ago via mobile · Like

Norashida Abd Rahman if you rasa kain ni kukuh, why not?
2 hours ago via mobile · Unlike · 1

FauZyea Malik kain chiffon selalu lembut n airy cuma takut licin jer
about an hour ago · Unlike · 1

FauZyea Malik susah nk tarik smpai rasa selesa
about an hour ago · Unlike · 1

Mujahidah Tiezah ada jugak saree kain cotton...nnti saya try...hihi
46 minutes ago · Like

Norashida Abd Rahman fauzeya ada tunjuk kat saya saree cotton. yg tu best.
41 minutes ago via mobile · Like

Mujahidah Tiezah bole share pin x sis FauZyea Malik
39 minutes ago · Like

Mujahidah Tiezah pic*
34 minutes ago · Like




Like ·  · Unfollow Post · 15 hours ago via mobile
Lizza Itam and 2 others like this.

Mujahidah Tiezah Pls comment mommys
11 hours ago via mobile · Like

Jessie Chew Try to spread the fabric so it cover your baby from knee to knee position to avoid dangling feet. Fabric at shoulder can also be spread out to avoid dinginess due to pressure point.
10 hours ago · Unlike · 1

Nurul Aqidah Ngah maybe can make a deeper seat pocket? hehe..
10 hours ago · Like

Mujahidah Tiezah how to make deeper seat ?
42 minutes ago · Like



hahahaha

Tuesday 26 February 2013

Formula Milk -susu lembu,susu kambing atau susu soya?


By Nik Nurul Rasyada in Kump. Ibu2 Menyusukan (Files)

Salam semua,

Hari ini dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O di TV9, ada  terumamah  bersama Dr Zarin Zan (a paediatrician and a cardiologist, who  is also  my ex-lecturer masa di UM dulu). Perbincangan ini adalah  berkisar  kepada susu formula. Terdapat banyak jenis susu formula di  pasaran,  samada berdasarkan jenama, isi kandungan dan formula,  jenis-jenis  unsur, dan asal usulnya.
Ramai juga yang bertanya apa  kelebihan susu kambing berbanding susu  lembu, dan apa kelebihan  susu  soya berbanding susu lembu/kambing.  Sebenarnya, dari segi perubatan,  tiada bezanya antara ketiga-tiga jenis  susu ini. Susu lembu lebuh banyak  dijual di pasaran kerana sumbernya  lebih mudah didapati dan lembu dapat  menghasilkan susu yang banyak  dalam suatu masa berbanding kambing.  Tetapi kenapa ada yang mendakwa  susu soya lebih bagus? Sebenarnya adalah  amat salah jika mendakwa  sebegitu. Dari segi perubatan, susu soya  digunakan oleh bayi-bayi yang  dilahirkan dengan keadaan tidak boleh  menerima laktosa (lactose  intolerance). Laktosa adalah sejenis gula  karbohidrat yang terkandung  dalam kebanyakkan susu binatang (termasuk  susu lembu, kambing), juga  susu ibu. Oleh yang demikian, bayi yang  benar-benar mengalami masalah  ini perlu dibantu dengan susu yang  berasaskan soya (lactose-free)  kerana sekiranya tidak dibantu, bayi-bayi  ini tidak dapat membesar  dengan baik kelak. Namun persoalannya, adakah  susu berasaskan soya ini  patut dijadikan rutin untuk bayi/kanak-kanak?  Cuba kita fikir  sejenak...manusia diklasifikasikan dalam jenis mamalia,  bermakna yang  mengandungdan menyusukan anak, serta berdarah panas.  Kerana itulah,  belum ada lagi kita mendengar tentang manusia meminum  susu buaya, susu  ikan, susu burung dan pelbagai haiwan berdarah sejuk  yang lain. Kenapa?  Mudah jawapannya...kerana semua mereka berdarah  sejuk, haiwan-haiwan  jenis ini bertelur dan tidak menyusukan anak  mereka. Apabila kita  berbalik kepada persoalan susu soya tadi, adakah  sangat bagus dan  sangat sesuai untuk bayi kita?  Pada saya, jawapannya  adalah sama. Soya  adalah tumbuhan, tidak mengandung, dan tidak  menyusukan bayi. Soya  tidak berdarah langsung. Oleh itu, manakan dapat  menyamai khasiat susu  ibu yang amat lengkap kepada manusia. Namun, Allah  itu Maha pengasih  dan Pemurah kerana membekalkan kita pelbagai sumber  protein untuk  diambil dan dijadikan makanan. Cuma Tuhan itu menjadikan  otak hanya  kepada manusia untuk kita berfikir dan mengkaji tentang  kesesuaian susu  berasaskan soya ini, dan bukan untuk menggantikan susu  ibu untuk  diberi kepada bayi.
Saya tidak perlu menyatakan pelbagai  hasil kajian saintis dalam dan  luar negara berkenaan faktak-fakta  kelebihan dan kekurangan susu lembu,  kambing dan soya kerana pada  kebiasaannya, saya hanya mengkaji  jurnal-jurnal ini untuk pengetahuan  diri saya sendiri untuk disampaikan  dengan cara yang lebih mudah  diterima oleh para pembaca blog saya dan  para klien penyusuan saya. Pada  saya, cukuplah pelbagai perumpamaan  yang boleh saya lampirkan untuk  kita sama-sama berfikir.
Ramai juga yang bertanya perihal berkenaan  kebaikan satu jenama  berbanding jenama yang lain. Saya amat suka apabila  Dr. Zarin  menyatakan bahawa tiada perbezaan dari satu jenama ke jenama  yang lain.  Memang benar apa yang dikatakannya. Pernahkan kita semua  terfikir,  dari mana para pengeluar susu ini mendapat idea untuk menambah  bahan  DHA, AHA, ARA, Prebiotic, Probiotic, Boost Immune elemen dan  pelbagai  lagi? Saya suka memberi perumpamaan berbunyi  begini...sebenarnya,  mungkin para saintis yang bekerja mengkaji susu ibu  di syarikat  pengeluar susu ini sudah terlebih pandai...kerana pada  waktu kecil  mereka telah disusukan susu ibu masing-masing, namun apabila  telah  berjaya menjadi saintis, mereka telah cuba meniru bahan-bahan dan   zat-zat yang terkandung dalam susu ibu dan disintetikkan (menjadi bahan   tiruan) untuk dicampur ke dalam susu tepung formula. Alangkah sedihnya   saya... Yakinlah semua ibu yang menyusui anak-anak mereka...sebenarnya   bayi-bayi/anak-anak kita langsung tidak kekurangan sumber zat-zat ini   kerana yang terkandung dalam susu ibu adalah yang paling tulen dan   paling mudah diserap. Oleh itu, jangan risau walaupun syarikat pengeluar   susu mendakwa susu tepung mereka mengandungi kandungan zat-zat ini  yang  sepuluh kali lebih tinggi. Padahal, hakikatnya, dari 10 kali,  hanya  1/10 sahaja yang diserap masuk ke dalam usus bayi. Alangkah  sedihnya  kan?
Salam ukhuwah dari saya untuk semua.

sumber: http://mummydaddyluvbaby.blogspot.com (Dr. Nadrah)

Sunday 24 February 2013

Home Made Chicken Briyani





1 kg ayam(ayam yang dah dipotong dan dibersihkan lumur dengan halia bawang putih 
  yougurt sedikit dan warna makanan sedikit(warna yellowish)
1 kg beras basmathi(cuci dan rendam)
250g bawang bombay
250g tomato
100g halia (digiling) 
100g bawang putih(digiling)
lada besar 10 biji
kunyit 1 sudu teh
serbuk lada 3 sudu teh
plain yougurt
warna makanan
jus limau
kayu manis
bunga lawang
cengkih
pelaga
daun ketumbar
daun pudina
minyak sapi
minyak masak
garam
air

cara cara
1-amik periuk nasi elektrik dan letak atas dapur
2-tuang minyak sapi dan minyak masak
3-tumis bunga lawang,cengkih,pelaga,kayu manis
4-tumis sekali daun pudina dan daun ketumbar
5-tumis bawang sampai warna keperangan
6-letak halia bawang putih yang suda digiling 
7-tumis sampai keluar minyak
8-tuang ayam yang da diperap
9-tomato dan lada yang telah dipotong
10-letak serbuka kunyit dan serbuk lada
11-tuang air ikut ukuran beras
   (1 gelas beras=1 1/2 air)
12-letak beras dan garam ...
p/s=ukuran air mesti ngam ye..nanti kalau terlebih nasi jadi lembik
tumisan ayam akan keluar kira2 satu gelas air,so kurangkan ukuran air segelas ye
13-angkat periuk dari dapur ke rice cooker
14-sewaktu mendidih dalam rice cooker tuang jus limau 2 sudu
15-slepas dah siap,gaul2 kan dan bole taburkan bali daun ketumbar untuk hiasan..
siap !



Mussaman Curry (thailand dish)





Try this homemade Thai massaman curry recipe, which is made entirely from scratch (no packaged curry pastes required!). This famous Thai curry is rich and very flavorful. It is muslim in origin and can be made with chicken, beef, or lamb. It's a fragrant yellow curry that incorporates lemongrass and nuts together with other key Thai ingredients. Coconut milk is always used in this curry, as are bay leaves (instead of the harder-to-find kaffir lime leaves). Makes a sumptuous dish to serve on a chilly fall or winter night, and leftovers are just perfect for hot weekeday lunches. Serve with plain jasmine rice, or, for special occasions, with saffron rice or coconut rice. ENJOY!
Prep Time: 10 minutes

Cook Time: 40 minutes

Total Time: 50 minutes

Yield: SERVES 3-4 (with rice)

Ingredients:

  1. 1/2 to 1 pound chicken pieces OR chopped chicken breast/thigh
  2. 1-2 medium potatoes, cut into chunks
  3. 1 14 ounce (400 ml) can coconut milk (not lite)
  4. 1 small red pepper, thinly sliced
  5. 1 medium tomato, sliced
  6. 2 Tbsp. coconut oil OR vegetable oil
  7. 1/3 cup onion, sliced
  8. 1 thumb-piece ginger, grated
  9. 4-5 cloves garlic
  10. 1 red chili, sliced, OR 1/2 to 3/4 tsp. chili flakes/cayenne pepper
  11. 1/2 cup good-tasting chicken stock
  12. 1 stalk lemongrass, minced, OR 2-3 Tbsp. frozen/bottled prepared lemongrass
  13. 3 bay leaves
  14. 1 tsp. turmeric
  15. 1/4 cup chopped unsalted dry-roasted cashews (+ handful more to finish)
  16. 1 tsp. ground coriander
  17. 1 tsp. whole cumin seed
  18. 1/2 tsp. white pepper
  19. 1/8 tsp. cardamon
  20. 1 tsp. tamarind, or substitute 1 Tbsp. lime juice*
  21. 3/4 tsp. shrimp paste (available by the jar at Asian stores)
  22. 2 Tbsp. fish sauce
  23. 2 Tbsp. fish sauce
  24. 1 Tbsp. palm sugar OR brown sugar

Preparation:

Heat a wok, large frying pan, or soup-type pot over medium-high heat. Drizzle in the oil and swirl around, then add the onion, ginger, garlic, and chili. Stir-fry 1-2 minutes to release the fragrance.
Add the stock plus the following: lemongrass, bay leaves, turmeric, chopped cashews, ground coriander, whole cumin seed, white pepper, cardamon, tamarind (or lime juice), shrimp paste, fish sauce, and sugar. Stir with each addition and bring to a light boil.
Add the chicken, stirring to coat with the spicy liquid, then add the coconut milk and potatoes. Stir and bring back up to a boil. Reduce heat to low, or just until you get a good simmer.
Simmer 30 to 40 minutes, stirring occasionally, until chicken and potatoes are tender. Add red pepper and tomato during last 10-15 minutes of coooking time. Tip: if you prefer a more liquid curry sauce, cover while simmering. If you prefer a thicker curry sauce, leave off lid.
Taste-test the curry, adding more fish sauce for increased flavor/saltiness, or more chili if you want it spicier. If too sour, add a little more sugar. If too salty or sweet for your taste, add a touch more tamarind or lime juice. If too spicy, add more coconut milk.
Add a handful more cashews and fold in. Transfer to a serving bowl, or plate up on individual plates or bowls. Top with fresh coriander, if desired, and serve with Thai jasmine rice. ENJOY!
*Tamarind Substitution Tip: Tamarind paste can be tricky to find, hence I have offered a substitute here. Yes, lime and tamarind are two very different fruits; however, they provide that same sourness you're looking for in this curry (it is balanced out with the palm sugar or brown sugar). Whenever I run out of tamarind paste, I find lime juice works in a pinch. In fact, I have witnessed accomplished Thai chefs create tamarind-based dishes purely with lime juice (such as pad Thai) - good to know if you can't find tamarind paste where you live!



Pureen Electric Breastpump

lalalalalala mama suka cerita pasal BP..hehe..mama obses sangat dengan BP!! recently mama ada lagi dapat bp yang baru..bole la dijadikan collection ye ...

Pureen punyer..mama teringin memiliki bp pureen ni sebab dia kecik dan comel..senang nak bawak travel..tak mcm S3 yang berat dan bulky...lagi satu pureen bole pam guna bateri..so anywhere pun bole pam susu







  1. kotak
  2. adapter tuk pasang di elektrik point
  3. breastshield
  4. motor pam
  5. yang putih tu untuk bersihkan pam
ingatkan best sangat pam ni sebab kecik n comel jak
..mama try la tempoh hari...
fuuuuuhhh ...bunyi punyala bising ! macam mesin potong rumput!
mama tak tipu taw..memang bising giler pam ni...
suction ?..haha..takde suck and release ...ada button putih kat pam tu,so kita yang kena adjust ikut kesesuaian dan keselesaan..tapi yang pastinya sangatlaa sakit...guna dalam 5 minit jew terasa kepedihannya...huhu

satu lagi mama ingat kalau guna bateri ok la kan...
tapi...takder suction langsung bila guna bateri..
apa punya pam ni !

jadi sekarang mama da kasi tidur dalam almari..kasi kluar ni pun untuk snap pic jew...
tapi ada jugak mommys yang serasi dengan pam ni taw...ramai jugak..mama baca dalam KIM...

Biar apa pun... pam ni berjasa jugak la..mama tempoh hari gi jalan2 ke tawau..stay sana 2 malam mama guna pam nih..dapat jugak la kosongkan breast dengan hasil 8 oz...

hehehehe..sekian




Friday 22 February 2013

BABYWEARING- coretan pertamaku tentang BW




HELLOO SEMUA...( ada jugak kew pembaca blog mama ni ?..mybe mama saja yang baca hehe )...ni mama nak cerita tentang Babywearing....
dulu time jadi first mommy,takde lagi pengalaman tentang BW ni..pigi mana2 pun angkat jew baby atau letak dalam stroller...

sekarang baru tahu tentang BW ni..rupanya banyak cara yang senang dan mudah untuk bawak baby jalan2..tak sakit@ lenguh tangan pun,.malahan lebih best ! baby pun suka...



Apa itu BABYWEARER?


Babywearer itu maksudnya ORANG yang menggendong bayi menggunakan alat menggendong bayi ataupun baby carrier.

Apa itu BABYWEARING?

Babywearing itu pula adalah PERBUATAN menggendong bayi menggunakan alat menggendong bayi....

Apa itu BABY CARRIER?

Baby carrier itu bermaksud ALAT menggendong bayi yang diperbuat daripada kain.

Jadi boleh nampak dengan jelas, babywearer ialah ORANG, babywearing  ialah PERBUATAN, dan baby carrier ialah ALAT. Sebagai contoh ayat, "Saya  sangat teringin untuk mencuba BABYWEARING kerana saya teruja apabila  melihat seorang BABYWEARER yang sedang menggendong bayinya yang sangat  comel. Boleh bantu saya cadangkan BABY CARRIER yang sesuai untuk saya  beli?

A BABYWEARER is a PERSON who  carries his/her baby using a BABY CARRIER. This act of carrying a baby  using a baby carrier is known as BABYWEARING.

Kebaikan Babywearing....


Benefits of Babywearing

Medical professionals agree that infants thrive through touch; “wearing” your baby is another way to meet this need. But the benefits of babywearing don’t end there … babywearing offers many other advantages, some of which include:

• Happy Babies. It’s true … carried babies cry less! In a study published in the journal Pediatrics, researchers found that babywearing for three hours a day reduced infant crying by 43 percent overall and 54 percent during evening hours. (1)

• Healthy Babies. Premature babies and babies with special needs often enter the world with fragile nervous systems. When a baby rides in a sling attached to his mother, he is in tune with the rhythm of her breathing, the sound of her heartbeat, and the movements his mother makes—walking, bending, and reaching. This stimulation helps him to regulate his own physical responses. Research has even shown that premature babies who are touched and held gain weight faster and are healthier than babies who are not. (2)

• Confident Parents. A large part of feeling confident as a parent is the ability to read our babies’ cues successfully. Holding our babies close in a sling allows us to become finely attuned to their movements, gestures, and facial expressions. Every time a baby is able to let us know that she is hungry, bored, or wet without having to cry, her trust in us is increased, her learning is enhanced, and our own confidence is reinforced. This cycle of positive interaction deepens the mutual attachment between parent and child, and is especially beneficial for mothers who are at risk for or suffering from postpartum depression. (3) (4)

• Loving Caregivers. Baby carriers are a great bonding tool for fathers, grandparents, adoptive parents, babysitters, and other caregivers. Imagine a new father going for a walk with his baby in a sling. The baby isbecoming used to his voice, heartbeat, movements, and facial expressions, and the two are forging a strong attachment of their own. Baby carriers are beneficial for every adult in a baby’s life. Cuddling up close in the sling is a wonderful way to get to know the baby in your life, and for the baby to get to know you!

•Comfort and Convenience. With the help of a good carrier, you can take care of older children or do chores without frequent interruptions from an anxious or distressed infant—which helps to reduce sibling rivalry. Baby carriers are also wonderful to use with older babies and toddlers; you can save those arms and go where strollers can’t. Climbing stairs, hiking, and navigating crowded airports all can be done with ease when you use a well-designed baby carrier!


- Mothers’ oxytocin is increased through physical contact with the infant, leading to a more intimate maternal bond, easier breastfeeding and better care, thus lowering the incidence of postpartum depression and psychosomatic illness in the mother
Semakin kerap ibu menyentuh bayi, semakin tinggi oksitosin yang dihasilkan. Ianya hormon keintiman dan kasih sayang.

- Infants who are carried are calmer because all of their primal/survival needs are met. The caregiver can be seen, heard, smelled, touched, tasted, provide feeding and the motion necessary for continuing neural development, gastrointestinal and respiratory health and to establish balance (inner ear development) and muscle tone is constant.

-Infants are more organized. Parental rhythms (walking, heartbeat, etc.) have balancing and soothing effects on infants.
Berbanding  bayi yang dibiarkan keseorangan didalam stroller

- Infants are “humanized” earlier by developing socially. Babies are closer to people and can study facial expressions, learn languages faster and be familiar with body language


- Independence is established earlier

- Attachment between child and caregiver is more secure.



KELEBIHAN BABYWEARING


  • Kebaikan dari sudut fisiologi di mana bayi yang digendong terbukti lebih mudah untuk tidur dan kurang menangis. 
  • Hubungan si pemakai dan si bayi akan lebih akrab kerana apabila si bayi dibelai rapat, bayi dapat membiasakan dirinya dengan pergerakan pemakai. Maka dgn itu, pakar kanak-kanak juga menyarankan kaedah ini kepada bayi pramatang, juga bayi yang memerlukan perhatian khas kerana kajian mendapati, bayi yang selalu disentuh serta dibelai menunjukkan tumbesaran lebih cepat dan lebih sihat 
  • Babywearing juga mengurangkan risiko SIDS dan enhances digestion 
  • Memudahkan  untuk kita melakukan kerja rumah, membeli barang, dan sebagainya. Semua blh dilakukan sambil menggendong baby.
  • Babywearing adalah jawapan kepada tempat yg tidak blh diterokai oleh En.'Stroller'....hehe.
so mama ni baru berjinak2 dengan BW....antara babywearing gear yang popular ialah

  1. Ring Sling
  2. Wrap
  3. Mei Tai 
  4. SSC ( Soft Structure Carrier )
  5. Pouch
ni jak yang mama tahu...nak pinjam gambar pacik google...



ring sling

wrap

mei tai


ini jew jenis2 babywearing gear yang mama tahu...tak pe..ada masa lagi..mama bole timba ilmu lagi ...

mama ada order 1 ring sling sahaja..untuk try dulu..nanti shopping yang mahal2 pastue shareef tak nak duduk dalam?..hehe
sebab gear2 ni malah belaka...ada yang cecah rm200,rm500,rm700 malahan ada yang 1K !!!!!
so beli ring sling then nak practise ...
so practise make perfect..
mama nak try juga wrap guna saree...
dah try mama upload pic next entry...

nak kendong anak mcm mana  >
mana yang lebih selesa ?




fikirkan sendiri



Tuesday 12 February 2013

Bila Nak Kasi Baby MAKANAN PERTAMANYA ???

HEII...hampir tewas tempoh hari dengan Nursing Strike shareef...huhu syukur Alhamdulillah,shareef dah nak menyusu seperti biasa,,,,but entry kali ni mama nak share bila kita harus bagi bayi makan...mesti ramai ibu2 di luar sana tertanya2 bilakah masanya....

Mengikut Kementerian Kesihatan Malaysia,

Polisi Penyusuan Susu Ibu Malaysia


“Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan SUSU IBU sahaja dari lahir sehingga berumur 6 bulan dan meneruskannya sehingga umur 2 tahun. Makanan pelengkap perlu dimulakan semasa anak berumur 6 bulan.”
Adakah kita sedar tentang kewujudan polisi ini? hehehe



Makanan pelengkap perlu diberikan mulai 6 bulan.

ini bermakna dari lahir hingga 6 bulan bayi:


  • diberi susu ibu sahaja
  • tidak perlu air atau susu tambahan
  • tidak perlu makanan pelengkap




Sekiranya bayi diberi minuman lain (air masak/jus) disamping susu ibu dalam tempoh 6 bulan itu, maka ia dikatakan “Penyusuan Sepenuhnya” (Fully Breastfeeding) dan bukannya “Penyusuan Eksklusif”.
Di Malaysia dikatakan terdapat peningkatan dalam penyusuan susu ibu namun penyusuan eksklusif masih kurang (walaupun tiada statistic rasmi dikeluarkan).
Senario ramai ibu-ibu masih kurang yakin untuk memberi susu ibu SAHAJA kepada bayi selama 6 bulan tersebut. Tambahan kepada air masak dan sekali sekala susu formula kelihatannya sukar dielakkan.


KEPENTINGAN PENYUSUAN SUSU IBU SEPENUHNYA ( EKSKLUSIF )

Mengapa penyusuan susu ibu secara eksklusif perlu diteruskan sehingga bayi berumur 6 bulan ?


  • Kandungan nutrisi dalam susu ibu adalah mencukupi untuk pertumbuhan bayi dari lahir hingga berumur 6 bulan . Penyusuan susu ibu selama 6 bulan tanpa makanan lain tidak menjejaskan kadar pertumbuhan bayi.
  • Penyusuan susu ibu secara eksklusif selama 6 bulan juga dapat memastikan penyerapan zat besi yang optimum dari susu ibu. Pengambilan bahan makanan yang lain boleh mengurangkan penyerapan nutrien di dalam susu ibu seperti zat besi.
  • sistem pencernaan dan penghadaman bayi kurang dari 6 bulan masih belum matang untuk memproses makanan selain dari susu ibu. Oleh itu,pemberian air atau makanan pelengkap mahupun susu formula kepada bayi yang berumur kurang dari 6 bulan adalah tidak digalakkan.
  • Enzim-enzim penghadaman yang terlibat belum tersedia sepenuhnya. Oleh itu bayi mudah mendapat diarrhea ( cirit birit ) sekiranya makanan pelengkap diperkenalkan lebih awal menggantikan susu ibu.
  • air atau cecair lain selain susu ibu juga bertindak menghakis saluran pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu terhadap sistem pencernaan. Ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai risiko seperti jangkitan dan alahan.

Biarpun mama telah baca dan fahami semua ni,,.tapi mama rasa yang shareef dah bole diberi makan ...huhu..why? sebab shareef dah tunjukan beberapa signal yang dia mahu makan

antaranya...

Adakah bayi saya bersedia untuk pepejal?

Bayi anda mungkin bersedia untuk mengambil pepejal jika dia: 

• boleh mengangkat kepalanya dan mengekalkan posisi itu 
Adalah penting bagi bayi anda untuk mengekalkan posisi tegak dan stabil jika dia mahu mengambil makanan yang disuap dengan sudu. 

• duduk dengan baik apabila dipegang
Mula-mula anda mungkin perlu memegangnya. Cuba tegakkan dia di hujung sofa atau sandarkan dia atas seorang orang dewasa. Kerusi tinggi budak boleh digunakan selepas itu, apabila dia sudah pandai duduk dengan sendiri.

• melakukan pergerakan mengunyah
Bayi anda mestilah boleh menolakkan makanan ke bahagian belakang mulutnya dan menelan. Apabila bayi anda pandai menelan dengan efisien, anda akan memerhatikan yang air liurnya sudah kurang meleleh.

• telah naik berat badan secara sihat
Kebanyakan bayi telah bersedia untuk makan separa pepejal apabila dia menggandakan berat lahirnya, yang akan berlaku sebelum atau sekitar usia enam bulan. Jika bayi anda tidak mencapai berat badan yang normal, berbincanglah dengan pakar pediatrik anda.

• amat berminat dengan makanan yang anda sedang makan
Bayi anda mula memerhatikan makanan yang anda sedang makan dan cuba mengambil makanan itu semasa anda mengambilnya dari pinggan untuk masuk ke mulut anda. 

so....mama buat keputusan untuk memberi shareef makanan pertamanya...
banyak juga dibincangkan tentang makanan apa yang perlu diberi untuk bayi sebagai makanan pertamanya...antaranya ialah puree buah dan sayur
seperti puree apple,kentang,buah pir,carrot dan labu..

tapi bagi mama..sejak turun temurun AMMA memang terus kasi baby bubur beras,,tapi yang ini baby version la..mama kasi nama resipi ni BABY RICE
..nanti mama share resipi ye...





Friday 8 February 2013

MY BREASTFEEDING JOURNEY PART #12 ~~Nursing Strike

Salam....beberapa hari ini shareef tak nak menyusu..sejak demam tempoh hari yang disebabkan oleh Bumbo Seat tu..shareef tak menyusu seperti sebelumnya..mama susah hati sangat2..tak tahu nak buat apa..
dah try pelbagai posisi yang selesa....dan ada kawan mama sis Mira suruh cakap dengan baby...sebab katanya naluri ibu dan bayi ni kuat..so mama pun bisik la kat telinga Shareef 'minumla susu sayang,,.kalau tak mama susah hati'...huhu macam tu la..tapi shareef tetap menolak...

Ebm dalam botol pun dia tak nak...

so mama buat keputusan nak kasi makan shareef tapi dia baru 4 bulan 18 hari..boleh kew kasi makan ? memang tak bole..tapi tak de cara lain..dan mama tak sanggup nak kasi shareef FM...huhu

Mama korek2 KIM ( kumpulan Ibu Menyusu ) adala jumpa files nie...


NURSING STRIKES DAN PUNCA-PUNCANYA | EARLY WEANING




Anda dan bayi telah beberapa bulan menjalani penyusuan susu ibu. Anda telah berjaya mengatasi beberapa masalah di awal penyusuan seperti latching, engorged breasts dll dan segalanya nampak lancar. Tiba - tiba, bayi anda seperti menolak penyusuan secara langsung dan akan mengamuk jika anda terus menyuakan payudara anda. Anda panik dan mula tertanya2.Adakah anak sy sudah mahu cerai susu? Adakah dia sakit?Atau susu saya tidak berkhasiat maka bayi sy menolaknya?

Penolakan penyusuan langusng oleh bayi biasanya berlaku pada umur 3 - 8 bulan.Ianya dipanggil NURSING STRIKE(sy beri singkatan NS) . Jika bayi itu hendak bercerai susu, ia akan mengurangkan jumlah penyusuan dgn sendiri secara beransur2 dan tidak akan mengamuk ketika disusukan. Bayi boleh dianggap hendak bercerai susu jika dia menunjukkan tanda2 penolakan telah berumur 9 bulan hingga 12  ke atas(umur di mana, bayi sudah mulai makan solid food).

Nursing strikes biasanya mengambil masa beberapa hari, tetapi ada kes hingga berminggu2.Agak sukar menemtukan punca sebenar nursing strikes dan selalunya, ia akan berlalu sendiri tanpa diketahui puncanya. Ramai ibu - ibu yang mengalah ketika nursing strike dan akan menyapih/menceraikan anak dari susu terutama jika bayi mereka telah berusia 6 bulan ke atas. Sebenarnya, bayi yang mengalami nursing strikes masih mahu menyusu secara langsung tetapi ia tidak boleh memberitahu anda apa yang tidak kena semasa penyusuan . Bayi yang mengalami  NS, masih boleh dipujuk meneruskan direct feeding(df) tetapi ibu itu sendiri hendaklah bersabar dan berusaha serta tidak putus asa.

NS kadangkala boleh membuatkan ibu, bayi, ayah dan adik beradik lain menjadi stress apabila ia berlaku. Bayi boleh menjadi tidak gembira, sentiasa meragam dan sukar dipujuk walaupun tiada masalah kembung dll. Nursing strikes are frustrating and upsetting for everyone involved –  mother, baby, dad, and siblings are all affected.Bagi ibu pula, akan mudah berasa sedih kerana NS boleh disalah erti sebagai bayi mahu berhenti df/menyusu.

Ibu jugak boleh mengalami masalah ketara jika bayi mengalami NS.Sesetengah bayi menolak df buat sementara waktu/beberapa hari dan si ibu mungkin perlu memberi ebm dalam botol kpd bayi.Oleh itu, ibu perlu memerah/pam susu dlm kekerapan yang sama dgn kekerapan bayi menyusu. Jika tidak, si ibu boleh mengalami masalah salur susu tersumbat(plugged ducts dan mastitis.
Pemerahan susu juga perlu selain dari mengumpul stok ebm buat bayi, ia juga sebagai supply maintenance apabila bayi kembali df dgn si ibu.

Semasa NS, jika boleh, elakkan memberi botol.EBM boleh diberi melalui sudu, picagari ataupun bekas kecil, SNS dan finger feeding system. Jika perlu memberi botol juga, pastikan puting yang digunakan menyerupai puting ibu suapa bayi mudah kembali df.

Punca - punca nursing stikes(NS):
Mastitis. Suplly susu ibu boleh berkurangan selepas demam/jangkitan dan kandungan sodiun/garam dalam badan boleh meningkat, menjadikan susu ibu sedikit masin.
Teething. Sesetengah bayi yang sedang tumbub gigi, mahu df dgn lebih kerap, tetapi sesetengah bayi, tidak mahu menyusu langsung.
Masalah kesihatan. Jika bayi menglamai hidung tersumbat, yis infection(thrush)sakit tekak atau sakit telinga, ia juga boleh mengganggu penyusuan. Jika masalah jangkita telinga yang menjadi punca, cuba menyusukan anak sambil bayi dlm keadaan duduk atau dlm posisi football.Jika hidung trsumbat dan juga ke sthrush,  dptkan rwtn dari klinik.Bayi yang sedang sakit juga lebih mudah menerima botol ketika ini kerana mekanisma menghisap puting botol lebioh mudah berbanding puting ibu.Jangan kecewa jika ibu2 sedang mengalami situasi ini.
Reaction to stress. Punca reaksi terhadap stress antaranya:
 Diganggu oleh adik beradik lain ketika menyusu
berpindah tempat baru
terperanjat oleh ibu overreacted apabila digigit ketika menyusu
stress ibu( masalah tempat kerja, masalah keluarga, kesedihan melampau) 
ibu telah lama berjauhan dari bayi(atas urusan kerja dll)
Low milk supply. Disebabkan kesibukan/kurang mengepam atau si ibu jatuh sakit.
Slow milk let down reflect( menyebabkan bayi tidak sabar apabila menyusu)- jika boleh, stimulate nipple sebelum df supaya milk letdown reflect(LDR) lebih cepat
A change in the taste of the milk. Si ibu menyapu krim/perfume/bedak /sabun pada badan yang menyebabkan bau bdn ibu berubah.Penmakanan ibu juga boleh mempengaruhi bau susu ibu.


Cara memujuk anak yang mogok susu untuk kembali menyusu:


    1. Bayi mungkin tidak mahu menyusu kerana aliran susu yang terlalu laju  > ibu-ibu boleh perah terlebih dahulu sebelum menyusu agar aliran  susu lebih baik & puting lebih panjang
       2. Kerapkan menyusu, susukan bayi sebelum dia terlalu lapar atau sebelum dia menangis
         3. Cuba susukan ketika bayi mengantuk atau baru terjaga dari tidur
           4. Ubah posisi menyusu di tempat yang kurang gangguan, bilik yang sunyi & malap
             5. Cuba susukan dalam keadaan bergerak spt berjalan, mendodoi, mengenjut dsb.
              6. Lakukan sentuhan kulit ke kulit sekerap yang boleh
                  7. Latih bayi menghisap jari telunjuk atau kelingking ibu untuk melatih dia menjatuhkan lidah untuk menyusu
                  8. Jika bayi tidak mahu menyusu kerana aliran susu perlahan, pastikan terus menyusukan bayi sebelum ibu memerah susu
                    9. Sekiranya bayi membuat ragam ketika ibu memujuknya, berhenti dahulu & tenangkan bayi, cuba lagi sehingga berjaya




                      Biasanya tempoh ini tidak mengambil masa yang lama (bergantung kepada  bayi). Ibu-ibu perlu memerah susu seperti biasa. Gunakan pam yang boleh  memerah susu secara serentak (double pumping) bagi meningkatkan hormon  pengeluaran susu.
                      Beri susu perahan kepada bayi dengan sudu,  picagari, penitis ubat & cawan. Penggunaan botol boleh dielakkan.  Jika terpaksa guna botol pastikan puting yang digunakan mempunyai aliran  susu yg perlahan supaya bayi bekerja keras untuk minum daripada botol,  jadi dia lebih mudah beralih untuk menyusu badan.

                    so selepas baca ni..mama nak usaha balik...semoga mama tabah mengahadapinya..semua demi anak tercinta.........


                    Cloth Diaper part#3

                    CIRI-CIRI CLOTH DIAPER


                    1. CD : Cloth Diaper / lampin kain.

                    2. Pocket diaper : Lampin kain yang mempunyai poket untuk memasukkan insert/soaker mengikut keperluan bayi.

                    3. Insert/Soaker : Penyerap kebasahan yang diperbuat kebiasaannya dari fabrik microfibre, boleh juga diperbuat daripada kain napkin yang dilipat2.

                    4. Microfiber : Material tuala yang tebal, biasanya digunakan sebagai insert atau soaker untuk menyerap kebasahan.

                    5. Fleece : Sejenis fabrik yang tebal, gebu dan lembut seperti bulu biri2. Biasanya digunakan sebagai lapisan poket, diantara kulit bayi dan 'insert/soaker'. Fabrik ni membuatkan bayi berasa selesa dan kering.

                    6. PUL : (Polyurethane Laminate) Fabrik yang digunakan sebagai lapisan paling luar, mempunyai penebat air, mengelak kebasahan dari dalam menembusi luar lampin.

                    7. One size (OS) : Sais boleh diubah dari S / M / L dengan menggunakan snapbutton yang disediakan, boleh dipakai bayi dari lahir (3kg) - 3thn (13kg).

                    Tips Penjagaan Kebersihan :-


                    • 1. Untuk bayi berusia 6 bulan dan ke bawah, jangan biarkan bayi anda memakai diapers melebihi 6 jam tanpa ditukar. Bayi berusia 6 bulan ke bawah memerlukan penjagaan kebersihan 3 kali ganda berbanding bayi berusia 6 bulan ke atas.
                    • 2. Jangan lewat menukar diapers anak anda melebihi 15 minit selepas dia membuang air besar. Ia boleh menjadi punca alahan kulit. Ini kerana apabila najis bayi dibiarkan lama, ia akan bertindak balas dengan air kencing dan menyebabkan ruam pada kulit bayi terutama yang memakai diapers dari jenis plastik (bukan breathable).
                    • 3. Galakkan anak anda ke bilik air sebaik sahaja usianya mencecah 2 tahun. Pemakaian diapers tidak seharusnya berlanjutan. Anak anda perlu dilatih lebih awal untuk memudahkan aturan sistem pembuangan yang baik.
                    • 4. Diapers yang baik adalah diapers yang memiliki kadar resapan yang tinggi. Ini kerana setiap titis air kencing yang mengalir di kulit boleh mengundang risiko jangkitan kuman.
                    • 5. Jangan taburkan bedak pada alat sulit bayi, terutamanya bayi perempuan kerana ia boleh memudaratkan saluran pembuangan air kecil. Adalah lebih baik menggunakan krim kerana bedak juga boleh mengganggu kadar resapan cecair pada diapers.

                    CARA MENYEDIAKAN CLOTH DIAPER


                    • 1) Terdapat 2 bahagian utama pada Cloth Diapers ini iaitu yang pertama poket boleh buka yang di namakan Pocket Diaper dan yang kedua adalah sekeping Insert/Soaker yang tebal macam towe. Kedua-dua ini perlu ada sebelum dipakaikan kepada baby anda.
                    • 2) Kebiasaanya pada waktu siang, penggunaan 1 insert/soaker adalah dalam lingkungan 4 jam. Pada waktu malam pula, supaya anda dapat tidur dengan aman dan damai, anda boleh memasukkan 2 keping insert/soaker, jadi banyak air yang boleh diserap. Anda tidak perlu bangun tengah-tengah malam.
                    • * (Tukar CD setiap kali baby buang najis dan apabila CD sudah berat (3-4 jam, sehari ada 24 jam, 1 CD untuk 4 jam = 6 CDs, tetapi untuk penggunaan malam dengan 2 inserts, boleh digunakan selama 8 jam (dari jam 10 malam ke 6 pagi)
                    • 3) Anda bolehlah memasukkan insert/soaker kedalam poket yang telah disediakan seperti berikut, anda perlu memasukkan sampai habis/hujung dengan cantik-cantik, kerana jika senget biasanya akan berlaku kebocoran.

                    LAIN-LAIN TIPS

                    •  CD yang baru dibeli, perlulah dibasuh tanpa sabun dan keringkan sebanyak 3 @ 4 kali dahulu sebelum dipakaikan kepada anak. Ini untuk memastikan supaya CD menyerap dengan baik dan dapat membuang bahan-bahan kilang sebelum digunakan.
                    • Seterusnya anda boleh adjust CD mengikut saiz anak anda, settingkanlah snap button yang banyak/disediakan pada bahagian depan CD mengikut saiz yang bersesuaiaan samaada saiz S, M atau L.
                    •  CD ni sudah siap dengan bahagian paha yang bercerut getah dari dalam. Jadi masa memakaikan CD pada anak anda, pastikan paha anak muat-muat dengan setting yang telah anda dibuat tadi.
                    •  Kemuadian, CD anak anda telah siap dan bolehlah anda pakaikan kepada anak anda seperti mana anda memakaikan pampers pakai buang. Bagi anda yang menghantarkan anak anda ke rumah asuhan, bekalkanlah CD yang sudah siap di set mengikut saiz anak anda.


                    CARA MEMBERSIHKAN CLOTH DIAPERS

                    1) Sekarang mari kita mengikuti segment mencuci CD. Anda boleh melakukan cara ini sambil-sambil anda mandi manda.

                    2) Mula-mula anda perlu mengeluarkan insert/soaker dari dalam poket CD. Kemudian siram air. Gosok-gosok manje dengan menggunakan tangan mengukut keselesaan anda. Tetapi anda haruslah ingat bahawa, JANGAN SESEKALI gosok dengan menggunakan BERUS. Ini untuk mengelakkan fleece daripada rosak dan berbulu akibat berus yang kasar.

                    3) Kalau ada najis baby, tuang kedalam toilet sambil pancut-pancutkan air yang kuat supaya najis senang ditanggal dari CD. Inilah hasilnya setelah di pancutkan ngan air dan di sental-sental manje tanpa menggunakan berus.

                    4) Biasanya akan tertinggal sedikit kesan najis bewarna kuning, tetapi anda jangan risau kerana setelah anda mencuci menggunakan tangan, anda perlu memerah CD dan anda boleh mencuci hingga bersih menggunakan mesin basuh.

                    5) Masukkan semua CD ke dalam mesin, cara mencuci CD adalah digalakkan anda menggunakan mesin untuk menjaga fabric CD tersebut. Anda DILARANG MENGGUNAKAN KLOROK ATAU SOFTENER WANGI.


                    6) Setelah siap dibasuh, anda bolehlah menjemurnya, bagi Insert/soaker yang tebal, anda perlulah menjemur dibawah matahari untuk mengeringkannya. Bagi Pocket CD pula, boleh juga dijemur di dalam rumah. Sekiranya terdapat stain kuning, lebih elok dijemur direct dibawah matahari untuk 60-90 minit. Matahari ni dapat matikan kuman dan pemutih secara semulajadi..


                    Cloth Diaper part# 2

                    Cloth Diaper merupakan lampin kain rekabentuk moden yang amat selesa untuk bayi dan mesra pada kulit. Ia sesuai untuk digunakan dari umur bayi 3 bulan sehingga 3 tahun dan lebih (bergantung pada saiz bayi) dan boleh di cuci . Bahagian luar cloth diaper dilapisi dengan sejenis kain khas iaitu polyurethane Laminate ( PUL ) yang kalis air supaya ia tidak mudah bocor . Lapisan dalam cloth diaper ini di jahit dengan poket khas untuk memudahkan anda masukkan pelapik khas ( insert ) yang mampu menyerap air kencing bayi sehingga 3 hingga 4 jam penggunaan. Setiap helai cloth diaper dibekalkan sekali dengan pelapik khas ( insert ) yang di perbuat dari microfiber yang tinggi daya serapan dan mudah di bersihkan. Cloth diaper ini boleh di cuci dengan tangan atau mesin basuh untuk membantu kerja-kerja pencucian yang lebih praktikal. Kesimpulannya lampin kain moden ini tidak mengandungi bahan kimia yang boleh mengancam kesihatan bayi anda.

                    cara penjagaan...


                    1. Jangan basuh menggunakan berus kain dan jangan dibasuh Insert bersama pakaian lain, sifat MICROFIBER yang sangat menyerap partikel halus seperti lint / bulu dari bahan lain akan menutupi celah ( celah antara nylon polyester ) sehingga mengurangkan kesan MICROFIBER.

                    2. Jangan gunakan pelambut kain ( softener ), hal ini akan mengakibatkan efek seperti diatas, microfiber mungkin akan menarik mikro partikel dari lapisan softener, softener bagus buat pakaian tetapi ia akan menutupi celah microfiber tadi, dan akan mengurangkan daya serapan serta mengurangkan daya bersih microfiber. Kesan yang tidak baik ini dapat dikembalikan dengan cara mencuci kembali dengan cara y ang betul serta penggunaan AIR PANAS atau Suam.

                    3. Jangan gunakan chlorine bleaching (pemutih), hal ini akan merosakan serat nylon dan mengurangi daya efektif magnetik yang membuat microfiber effective. Menggunakan pemutih akan secara aggresive menurunkan kualiti MICROFIBER. Tidak ada cara untuk menghilangkan efek ini.


                    Bagi CD yang baru dibeli


                    1. Basuh 3-4 kali sebelum guna (Untuk membuang bahan kilang dan penyerapan yang lebih baik).

                    2. Rendam dalam air suam/panas semalaman.

                    3. Cuci dengan sedikit sabun dan cuci macam biasa atau machine wash.

                    4. Jika machine wash, sila guna laundry bag (untuk menjamin jangka hayat CD).

                    5. Pastikan serbuk pencuci yang digunakan tiada peluntur, pelembut dan bahan kimia.

                    6. Jemur dibawah cahaya matahari.

                    Selepas digunakan.

                    1. Buang semua najis ke dalam mangkuk tandas, bilas sehingga hilang bau dan masukkan ke dalam baldi.

                    2. Masukkan kesemua CD ke dalam mesin basuh.

                    3. Jika cuci dengan tangan, cuma bilas hingga tiada kesan serbuk pencuci.

                    4. Gunakan Laundry Bag untuk menjamin jangka hayat CD anda.

                    5. Jemur (seeloknya di bawah cahaya mentari untuk menghilangkan kesan najis)

                    Serbuk Pencuci yang disayorkan oleh ibu-ibu yang berpengalaman menggunakan CD.
                    1. Pureen HAD/ABD (dalam bentuk serbuk, jangan gunakan cecair).
                    2. KAO Attack
                    3. Cosway – KIDDIEWASH
                    4. Top detergent
                    5. Trojan (serbuk pencuci paling murah)
                    6. Harimau Kuat


                    Lampin yang telah digunakan lama, berbau atau ada masalah "leakage", sila ikut langkah - langkah berikut untuk "strip washing".


                    • 1. Isikan baldi dengan air suam/panas (cukup untuk rendam CD)
                    • 2. Letak sedikit cecair pencuci pinggan.
                    • 3. Berus dan gosokkan permukaan dalam (fleece) tangan beberapa kali.
                    • 4. Ulang pada permukaan fleece di dalam.
                    • 5. Bilas dengan baik, pastikan air mengalir jernih, bebas daripada bahan cuci.
                    • 6. Jemurkan dibawah cahaya matahari.

                    Tip-tip :


                    1. Bagi Suri Rumah sepenuh masa, anda tak ada masalah langsung utk guna CD ni, tapi minimum disarankan adalah 10 keping. SEBABNYA sehari purata penggunaan lebih kurang 5 ke 6 keping jadi anda ada masa untuk basuh dan lebih panjang jangka hayat CD ni.

                    2. Bagi Ibu yang bekerja, minimum disarankan adalah 20 keping, kalau di Europe mereka cadangkan 30 keping ke atas (saya rasa mungkin ibu - ibu kat sana jenis tak balik rumah kot, entah le). Sebabnya anda boleh kumpul 3 hari sekali baru basuh, jadi lebih banyak CD anda, masa anda membasuh dapat dikurangkan ke seminggu sekali. Sebelum tiba hari membasuh, rendam dulu CD yang dah diguna supaya kesan 'Poo' boleh hilang dan pastikan jangan gunakan benda-benda yg telah dijelaskan di atas. Anda boleh bagi CD pada BABY SITTER, jelaskan tukar CD sama macam tukar PAMPERs, 'Poo' buang dalam mangkuk tandas, lepas tu simpan CD tu dalam beg Plastik, "masa anda nak ambik baby anda nanti, ambik CD sekali ok?" lepas sampai rumah, rendam terus, kemudian bolehlah memasukan CD dalam washing machine terus basuh dan jemur (jangan campur dgn baju lain). Bukannya susah pun sebab tak payah basuh teruk-teruk sebab CD ni kotoran mudah tanggal (tapi kalau nak guna tenaga tekan washing machine pun tak nak, itu siapa pun tak boleh tolong dan mungkin anda memang orang berada $ $ $ )

                    3. Bagi ibu bapa bekerja dan ingin menggunakan Cloth Diaper pada Hujung Minggu. Mudah saja, 5 keping CD dah boleh menjimatkan anda. Tapi dengan cara ini, kita tak dapat nak betul-betul minimumkan kesan bahan kimia dari 'PAMPERS' sebab kita hanya guna CD pada Hujung Minggu, sedangkan kita guna 'PAMPERS' 5 hari (working days). Terpulang pada kita untuk membuat keputusan samada kita pentingkan kesihatan anak kita atau kita memang busaya sampai tak sempat nak membasuh langsung?

                    4. Untuk menjamin jangka hayat CD,anda masukan CD ke dalam Laundry Bag lepas tu baru masukan ke dalam Washing Mashine Pocket Pant sekejap saja kering dan insert lama sikit.

                    5. Anda kena kesan sendiri bilakah waktu anak anda kerap 'Pee' atau 'Poo', dengan cara ini anda boleh tentukan berapa insert yang perlu anda guna dalam Pocket Pant.

                    6. Daya serapan CD lebih tinggi selepas beberapa kali cucian.

                    Kenali lampin Pakai Buang atau orang panggil 'Pampers"

                     Mungkin anda tak sedar bahawa penyumbang utama kepada masalah ruam lampin ini adalah berpunca dari penggunaan lampin pakai buang yang anda guna setiap hari.

                     Antara kelemahan lampin pakai buang ini ialah :

                    • a. Ia mengandungi bahan kimia yang boleh menjejaskan kesihatan bayi. Diotidakin iaitu sejenis bahan kimia terhasil sewaktu proses pelunturan pulpa (bahan utama lampin pakai buang ) boleh menyebabkan bayi menanggung risiko kanser!
                    • b. Menambah masalah kerangsaan kulit kerana kulit bayi yang sensitive bersentuh dengan air kencing mengakibatkan ia bertindak balas dengan bahan kimia yang terkandung di dalamnya menyebabkan kulit melecet dan bertukar kemerahan.
                    • c. Punca kepada penyakit asma atau lelah kerana ia merosakkan sistem penyejukkan badan yang boleh menggangu kesuburan pada masa akan datang selain menggangu sistem hormon dan imunisasi badan kerana ia mengandungi bahan bertoksik.
                    • d. Mencemar udara dan kebersihan alam sekitar . Oleh kerana ia di perbuat dari bahan sintetik, ia tidak mudah di lupuskan sekaligus menambah masalah pada alam sekitar yang menjadi tempat tinggal kita.
                    • 1. Jadi, anda halusi dan telitikan apa yang telah anda baca, kemudian buatlah keputusan.

                    MASA PENGGUNAAN CLOTH DIAPER
                    Jadual Waktu Penggunaan Lampin Kain Harian (sebagai guidance sahaja)
                    Sesuai untuk bayi berusia 2 bulan ke atas
                    *Untuk bayi berusia bawah 2 bulan, tukarkan CD 2-3 jam sekali
                    7.00 – 10.00 pagi 1 pocket + 1 insert
                    10.00 – 1.00 tgh hari 1 pocket +1 insert
                    1.00 – 4.00 petang 1 pocket + 1 insert
                    4.00 – 7.00 petang 1 pocket + 1 insert
                    7.00 – 12.00 mlm 1 pocket + 2 insert
                    12.00 – 7.00 pagi 1 pocket + 2 insert

                    Jumlah penggunaan sehari 6 pocket dengan 8 insert.



                    Cloth Diaper ( CD )

                    Antara keperluan bayi yang kita perlukan sebelum kelahirannya lagi ialah LAMPIN !!..zaman dulu ibu bapa hanya ada satu pilihan iaitu lampin kain tradisional...tapi tidak pada zaman sekarang sebab banya lampin2 yang berbagai jenis di pasaran.....
                    Mama plak time syamim lahir dulu mama beli lampin kain biasa jak untuk kegunaan hariannya..tapi sewaktu syamim baru lahir mama  pakaikan syamim lampin pakai buang yang untuk newborn coz memang susah nak cuci mekonium ( najir pertama bayi ) yang hijau pekat tu...huhu

                    selepas itu syamim pakai lampin kain siang malam selama 40 hari dalam pantang...then lepas itu syamim pakai lampin pkai buang malam SAHAJA...siang lampin kain...huhu dah berapa perkataan lampin yang mama taip ni?!!! hehehe

                    Zaman sekarang berbeza ya...ada 3 pilihan
                    • lampin kain tradisional
                    • lampin pakai buang ( disposable diaper)
                    • lampin kain moden ( cloth diaper)
                    baru2 saja mama tahu bahawa ada cloth diaper ni atau lebih dikenali sebagai CD....

                    Apa itu CD ?

                    Ini mungkin kali pertama anda mendengar tentang lampin kain moden pada zaman segalanya boleh dipakai buang. Jadi, anda tertanya-tanya, macam mana rupanya. Satu-satunya lampin yang ada tahu ialah lampin 4 segi yang dijual di pasaraya. Jadi, untuk memudahkan anda, saya telah mengarang sedikit maklumat asas tentang lampin kain, atau lebih dikenali dengan Cloth Diaper atau lampin kain moden(CD).

                    Keperluan asas menggunakan lampin kain moden telah banyak berubah. Kita tak perlu lagi menggunakan pin yang besar tu, dan kita tak perlu pakai seluar plastik (a’ah, yg memang terang-terang dibuat dari plastik, dan nampak air meleleh celah-celah tu bila terbocor).
                    Hari ini, lampin kain moden telah diperbuat dari pilihan fabric yang terbaik di pasaran. Ia lembut, tahan lasak, bersih dari segi rupa dan baunya, dan mudah digunakan, dijaga dan dicuci. PUL atau fabric polyurethane laminate dicipta untuk ketahanan di dalam mesin basuh dan pengering.

                    Kain microfleece dan suede menarik cecair jauh dari kulit bayi. Hasilnya, apabila anda menanggalkan lampin, anda dapat melihat sendiri kulit bayi masih dalam keadaan kering. Selain itu, ia juga kalis kotoran. Najis bayi akan mudah tanggal tanpa perlu direndam. Hanya bilas, dan simpan sehingga anda sedia untuk mencucinya.

                    Untuk melekatkan lampin kain moden, ia didatangkan dengan butang katup (snap buttons) dan aplix (zap-on) yang lembut dan tidak mencalarkan kulit bayi. Kerja menukar lampin akan menjadi mudah dan cepat.

                    Perlu menggunakan pin? Kini pin sudah digantikan dengan Snappi Diaper Fastener. Ia diperbuat dari bahan mudah lentur, tidak toksik yang berbentuk T yang panjang dan mempunyai cangkuk palstik di setiap hujungnya. Ia memastikan bayi anda boleh bergerak dengan selesa dan lampin tidak tanggal.

                    Lampin 4 segi tradisional tidak banyak menyerap, jadi di sinilah timbulnya penggunaan kain serat mikro (microfiber) dan hemp (rami?). Ini menjadikan lampin kain lebih menyerap. Insert pula datang dalam pelbagai variasi. 

                    ( mama copy paste )

                    Mengapa pilih CD ?

                    P/S-- Cloth Diaper ni memang sama prestasinya seperti PAMPERS atau Lampin Pakai Buang /Disposable Diaper.

                    1. JIMAT wang. Penggunaan lampin pakai buang merupakan kos berterusan dan sangat mahal, lebih-lebih lagi bagi keluarga yang mempunyai lebih dari seorang anak kecil yang memakai lampin manakala anda boleh menggunakan lagi CD yang sama jika anda mempunyai ramai anak atau ingin menambah bilangan ahli keluarga. mari kita kira:
                    Kos menggunakan Dispo Diapers
                    sehari katakan 6 kali, dan katakan harga sekeping DD ialah RM0.60

                    RM0.60 X 6 = RM3.60 sehari
                    RM3.60 X 365 hari=RM1314 setahun
                    RM1314 X 3 =RM3942 untuk 3 tahun 

                    Kos belian Cloth Diapers berharga RM45

                    Beli 10 helai : 10 x RM45 = RM 450
                    Beli 20 helai : 20 x RM45 = RM 900
                    * lebih banyak stok CD anda lebih tahan lama, kerana lambat lusuh

                    Jimat kerana boleh digunakan untuk anak seterusnya.
                    Jimat juga kerana boleh digunakan dari saiz S, M dan L

                    2. Bayi akan cepat belajar membuang air di tandas. Bayi yang menggunakan lampin kain juga akan lebih cepat membezakan antara basah dan kering kerana walau pun bahagian dalam lampin kain (fleece) ini sentiasa kering dan selesa, masih ada kedinginan semulajadi berbanding lampin pakai buang. Menurut satu artikel di dalam Wall Street Journal, bayi yang memakai lampin pakai buang memakai lampin sehingga umur 36 hingga 42 bulan, sedangkan bayi yang memakai lampin kain masanya lebih singkat iaitu sehingga setahun lebih awal. Ini sangat menjimatkan kerana anak anda akan cepat belajar membuang air sendiri di tandas. (Earlier Potty Training)

                    3. Dari segi keselesaan dan kecantikan, lampin kain zaman moden ini juga ternyata lebih cantik dipandang kerana ia datang dalam pelbagai rekaan, warna dan corak. Fitting dan cuttingnya juga lebih cantik dan kemas serta selesa dipakai berbanding lampin pakai buang. Cara pemakaiannya juga sangat mudah, sama seperti lampin pakai buang. Ia sangat mudah dibasuh dan mudah kering kerana ia di perbuat dari kain yang ringan, lembut, selesa dan mempunyai pengudaraan yang baik untuk kulit si kecil anda.

                    4. Boleh kurangkan masalah kesihatan anak kerana tiada kesan bahan kimia merbahaya. Selain itu Cloth Diapers ini boleh mengelakkan masalah ruam bayi. ramai orang merasakan lambat tukar diapers boleh menyebabkan rashes. tapi sebenarnya bahan kimia di dalam diapers itu ditambah dengan diapers yang lambat ditukar yang menyebabkan rashes. Berbanding dengan CD, walaupun anda malas menukar CD(biarkannya lenjun basah) tiada sebutir rashes pun yang akan timbul. CD juga bagus untuk bayi yang berkulit sensitif.

                    5. Sampah PAMPERS yang memang melambak di rumah dapat dielakkan (Mesra Alam). Disposable diapers adalah penyumbang kepada sampah sarap dan pencemaran di muka bumi ini. Save the earth with Cloth Diaper! Kurangkan pencemaran & back to nature..hehhehe..sampah disposable diaper ambil masa 500 tahun untuk lupus.

                    6. Free Size memang sesuai sangat sebab budak-budak umur 3 tahun ke atas memang dah kurang pakai lampin (puratanya pakai malam saja).

                    7. Luaran produk saya tak kisah sangat yang penting berkesan, Tapi Cloth Diaper ni ada banyak design dan warna yang menarik. Jadi ini satu bonus pada saya, kira nampak SEMPOI la. Seluar dalam pun tak payah nak dipakaikan, kurang sikit benda yang nak di basuh.
                    Jangan terperanjat. Saya juga pada mulanya seperti anda. Mengapa perlu bertukar semula ke lampin kain sedangkan lampin pakai buang banyak terdapat di pasaran dan sangat mudah digunakan?

                    Fikirkanlah, adakah anda rela memakai pakaian yang dibuat dari kertas dan plastik sedangkan anda mempunyai pilihan memakai pakaian dari kain yang cantik, selesa dan tahan lasak? Sekiranya anda memilih untuk memakai kain, mengapa tidak anak kesayangan anda? Berfikir dan bertindak bijaklah mulai sekarang dengan memilki lampin kain moden yang sangat mudah digunakan, selamat dan sangat menjimatkan.

                    Gambar CD



                    ini yang ada corak

                    ini plain
                    CD ni ada dua lapis ya..macam ni...


                    yang warna putih ni namanya INSERT yang luar tu COVER
                    cover ni ada poket..so bole masukkan insert ke dalam tu..kalau beli 1 CD biasanya akan dibagi 2 insert free
                    untuk penggunaan siang pakai 1 insert saja
                    untuk penggunaan malam pakai 2 insert
                    CD hendaklah ditukar setiap 3-4 jam

                    CD juga one size ye...bole di ubah2 ikut umur dan berat baby...



                    mama senaraikan jenama CD yang popular di malaysia ye...
                    1. Lunatots ( keluaran bumiputera)
                    2. Wuddah ( keluaran bumiputera juga hihi )
                    3. QQ
                    4. Coola Baby
                    5. Charlie Banana
                    6. Sunny Baby
                    7. Auntumnz
                    8. Grovia
                    9. Happy Flute
                    10. Bum Genius
                    huhu..itu jew la yang mama tahu....

                    nanti entry akan datang mama cerita macam mana nak basuh CD ye....

                    sekian...