MaMa~MuJaHiDaH~~My BrEaStFeEdInG mEMoRyZZZ
Showing posts with label My BrEaStFeEdInG jOuRnEy. Show all posts
Showing posts with label My BrEaStFeEdInG jOuRnEy. Show all posts

Thursday, 31 October 2013

MY BREASTFEEDING JOURNEY PART #16 ~~~ RELAKTASI

salam readers yang di kasihi..dengan dukacita mama akan ceritakan mengapa mama dalam proses relaktasi sekarang....

sebenarnya mama telah berhenti mnyusu shareef sejak sebulan yang lalu,,,sebabnya ???
DIET !
Yes,mama buat diet Atkins...boleh google tentang diet ni atau boleh je baca DI SINI
anda akan faham diet yang mama buat sehingga terpaksa berhenti mnyusukan shareef..sungguh sedih..huaaaa rasa nak nanges !!!

mama tak sanga diet tu boleh buat kan susu mama merudum teruk dan shareef jatuh sakit sebb kekurangan nutrisi,,sebb shareef pun sekarang dah tak makan macam dulu,,so mcm mna?
makan pun tidak,susu pun tidak berkhasiat??

shareef mengalami penurunan berat bdan sejak mama amalkan atkin..actually mama pun turun jugak berat dalam -+ 3 KG selama 5 hari buat diet ni..
shareef mnyusu macam biasa,,
tapi berat shareef menurun juak dri 8.9 KG ke 8.2 KG...sedikit ja..tapi cukup mmbuatkan mama mnyesal sungguh buat diet tu....
shareef nampak kurus sagt dan tak bermaya..memndangkan die belajar berjalan..so selalu sangat jatuh plak,.,,susu mmg x payah cakp lah..nak kering dah !!

takda pilihan lain,mama terpaksa bagi shareef FM...
mama beli susu s26..
selepas sebulan minum shareef naik semula ke 9KG...Alhamdulillah
tapi mama nak susukan shareef !!!

kata doktor yang merawat shareef,susu mama mengandungi toksin hasil dripada diet yang x sesuai di amalkan oleh ibu mnyusu tu..sebb tu shareef x sihat dan jatuh sakit..
so mama terus STOP buat atkin dan mula makan sperti biasa,,,
mama mnyesal sgt2 ...
baru2 lagi shareef demam dan batul berkahak..salah satu puncanya susu FM!
ini kata doktor ya..bukan mama reka2..ntah la cara bancuh susu ka apa..
lagi lah nyesal nak tampar diri sendiri.,.sebab nak jaga badan sndiri,kesihatan anak di abaikan..oh no!!!

lepas itulah mama buat keputusan untuk RELAKTASI !!
YES..MAMA NAK SUSUKAN SHAREEF SEMULA SELEPAS SEBULAN BERHENTI MENYUSU !
wahai ibu2 sekalian...
bukan senang nak relaktasi ni..kena ada semangat yang kental dan kemahuan serta usaha !!

APA ITU RELAKTASI >?

Definisi relaktasi (relactation) 

Menurut Dr. Jack Newman, Relactation refers to restarting breastfeeding with the same baby after it has been stopped for some reason.

Sebab-sebab sesetengah ibu berusaha untuk relaktasi adalah kerana bayi tidak sesuai dengan susu formula, masalah kesihatan bayi, kekesalan kerana berhenti menyusukan bayi terlalu awal atau mungkin kerana perubahan tugas sepeti berhenti kerja dan menjaga bayi sepenuh masa.


Usia 6 bulan ke bawah adalah usia yang realistik untuk kejayaan relaktasi namun ibu-ibu masih boleh berusaha untuk relaktasi jika usia bayi lebih daripada 6 bulan. Dalam usaha untuk menjayakan relaktasi, ada 2 perkara yang perlu diambil perhatian:

1) Memujuk bayi untuk kembali menyusu daripada payudara ibu
2) Mencetuskan penghasilan susu (jika susu sudah “tiada”) atau meningkatkan penghasilan susu (jika susu ibu kurang).

Kebarangkalian untuk kejayaan relaktasi bergantung kepada beberapa faktor:

Faktor #1 – Pengeluaran susu sebelum berhentiJika ibu pernah menghasilkan susu yang banyak sebelum berhenti menyusu dahulu, kemungkinan untuk menghasilkan susu semula adalah lebih tinggi. Namun begitu jika bayi berhenti menyusu dahulu kerana ibu “kurang susu”, ibu masih boleh mencetuskan susu semula kerana kemungkinan “kurang susu” berlaku kerana kesilapan teknikal.
Faktor #2 – Berapa lamakah bayi sudah berhenti menyusu daripada ibu? Semakin lama bayi sudah berhenti menyusu, semakin sukar untuk memujuknya kembali menyusu daripada ibu. Memang lebih sukar untuk memujuk bayi yang lebih besar untuk kembali menyusu daripada ibu kerana kebiasaan yang “selesa” dengan penyusuan botol dan susu formula. Namun begitu ibu-ibu masih boleh berusaha untuk relaktasi, walaupun tidak berjaya untuk menyusu secara eksklusif tetapi sekurang-kurangnya sedikit itu lebih baik daripada tiada.
Faktor 3# – Berapa lamakah tempoh bayi pernah menyusu daripada payudara ibu? Semakin lama tempoh bayi pernah menyusu daripada ibunya semakin mudah untuk memujuknya menerima susu ibu semula. Jika bayi pernah menyusu secara eksklusif  selama 16 minggu (4 bulan), lebih mudah untuknya kembali menyusu daripada ibu berbanding bayi yang hanya menyusu 2 bulan sahaja. Namun sekali lagi ditegaskan, ibu-ibu masih boleh berusaha untuk relaktasi.Faktor #4 – Kesediaan ibu. Relaktasi memerlukan kesediaan yang bersungguh-sungguh daripada ibu. Ibu yang tidak bekerja memang lebih mudah untuk relaktasi kerana relaktasi memerlukan usaha dan kesabaran yang tinggi. Sesetengah ibu yang bekerja mengambil cuti panjang untuk menjayakan relaktasi.

Bagaimana caranya?

A) Relaktasi apabila bayi bersedia menyusu daripada payudara ibu. 
Jika bayi dapat menerima puting payudara ibu maka usaha relaktasi menjadi lebih mudah.Bagaimana melatih bayi menerima payudara ibu semula? Kebiasannya ibu-ibu mula melatih bayi menerima payudara ibu pada waktu malam sebelum tidur;Tawarkan puting payudara ibu pada ketika bayi dalam keadaan relaks, tidak terlalu lapar, tidak terlalu mengantuk, dalam bilik yang agak gelap, dan tiada gangguan bunyi bising; Ambil masa untuk mendakap, membelai dan mengusap bayi dengan lembut dan mesra; Jadikan sesi penyusuan sebagai sesi yang membahagiakan; Jika bayi menolak payudara ibu,  jangan berputus asa, bersabar dan cuba lagi. Jangan memaksa bayi menerima payudara kerana ini menyebabkan bayi stress.

Ada 2 paten penerimaan bayi terhadap payudara ibu; bayi menghisap puting payudara ibu untuk ketenangan seolah-olah seperti menghisap pacifier (puting kosong) dan bayi tidak kisah dengan pengeluaran susu ibu yang sedikit. Bayi menerima payudara ibu kerana merasa ada susu dihasilkan tetapi berhenti sebaik penghasilan susu berkurang.


Paten 1. Jika bayi hanya menghisap payudara untuk menenangkannya, ibu-ibu wajar memberhentikan pemberian puting kosong secara perlahan-lahan.  Gantikan dengan penyusuan daripada payudara ibu.Namun begitu ibu masih perlu menggunakan lactation aid (sejenis peralatan khusus) yang diisi dengan susu formula. Biarkan bayi menghisap payudara ibu untuk merangsang pernghasilan susu ibu. Jika susu ibu dihasilkan dengan baik, kurangkan pengaliran susu melalui lactation aid.


Paten 2. Sebaliknya jika bayi menghisap payudara ibu kerana mahukan susu ibu, lactation aid yang diisikan susu formula boleh digunakan. Susu formula di dalam lactation aid perlu diberikan supaya bayi tidak mengamuk kerana kekurangan susu. Rasionalnya ialah jika bayi mengamuk dia mungkin menolak terus payudara ibu maka rangsangan terhadap payudara ibu tidak dapat dilakukan. Jika bayi terus mengamuk dan tidak mahu menyusu lagi daripada payudara ibu,  jangan putus asa… tawarkan susu formula kepada bayi tetapi beri bayi minum menggunakan sudu/cawan dan bukannya botol dan puting tiruan kerana bayi akan keliru puting dan usaha menggembalikan bayi kepada payudara ibu akan terganggu. MEDELA Supplemental Nursing System (SNS) - lihat gambar.


B) Relaktasi apabila bayi tidak mahu menyusu daripada payudara ibu.

Jika bayi tidak mahu menyusu daripada puting payudara ibu, harapan ibu adalah kepada usaha peningkatan penghasilan susu ibu. Jika susu ibu bertambah kemungkinan untuk bayi kembali menyusu daripada ibu adalah lebih cerah. Atau sekurang-kurangnya ibu boleh memerah susu dan memberikannya kepada bayi. Dalam pada itu ibu boleh melatih bayi secara perlahan-lahan untuk kembali menyusu terus daripada ibu.

Bagaimana meningkatkan penghasilan susu? perah/pam dengan kerap, makan makanan berkhasiat dan seimbangmakan makanan penambah susu seperti Fenugreek, menggunakan ubat-ubatan (minta nasihat doktor) seperti Domperidone (motilium), kurangkan stress, berfikiran positif.


Kesimpulan

Relaktasi bukanlah usaha yang mudah. Ia boleh mengambil masa secepat 2 minggu atau selewat-lewatnya sebulan untuk berjaya atau langsung gagal. Namun ibu-ibu wajar berusaha dengan yakin dan bersungguh-sungguh jika benar-benar mahu menjayakan penyusuan semula kepada bayi. Minta nasihat doktor atau pakar laktasi untuk bimbingan yang lebih sempurna.

ini lah relaktasi..
mama kira senang jugak,,sebab x payah pujuk shareef nak DF sebb dia memang mnyusu malam biarpun xde susu yang keluar..oh pity shareef !!

so..tindakan mama


  • pam setiap 3 jam secara konsisten -biarpun pada awalnya hanya pam angin
  • minum air masak bayk2
  • makan domperidone dalam dos yang kecil
  • kismis,kurma,badam,madu dan habbatussauda-makanan sunnah/milkbooster
milkbooster

pada awalnya mama hanya dapat tengok hasil pada hari ke-3
dapat 0.5 oz
seterusnya 1 oz
dan 2 oz..
sekarang >>>>>>>>>>>>> 3 oz per sesi !!

Alhamdulillah...
ada kawan baik hati meminjamkan Rumble TUff Breastpump untuk mama supaya bersemangat nak pam !
hehe,,tq sis Riena...nanti mama buat review ttg RT di next entri ye

rumble tuff



habatus + madu


shareef sekali sedut !
botol  ni hasil tungkus lumus sehari semalam..sebb dpt 0.5 oz setiap sesi..tapi ni shareef sekali sedut ja !
huaaaaaaaaaa
mama belum berjaya relaktasi ye..sebb aim mama mesti dapatkan 6-8 oz per sesi setiap pump..

setiap sesi 2-3 oz sahaja


doakan mama supaya berjaya..

mama akan update ni next entri..kisah relaktasi berjaya mama !
thx sebab mmbaca !!
nasihat ikhlas....
kalau nak anak dapat susu yang berkhasiat dan sangat berkualiti SILA JANGAN DIET ! SILA JANGAN TIRU APA YANG MAMA BUAT !!
kalau ya pun nak jaga badan,tunggulah anak habis hak menyusu 2 tahun penuh..sebb memang sudah termaktub dalam Al-Quran.kita wajib susukan mereka sehingga 2 tahun..lepas tu baru la nak diet ke,nak makan ubat kurus ke atau apa2 je..
kalau nak jugak jaga badan sambil breastfeed,boleh je makan ikut piramid makanan dan senaman setiap hari ..insya Allah badan tak naik..mybe mama ni mmg dah keturunan badan besar..huhuhu



sekian.

habatus dan halba sebagai milkbooster


update hasil relaktasi
yes mama berjaya kembalikan susu yang hampir2 nak kering
so usaha dan tawakkal
semoga berjaya ibu2 




Thursday, 25 July 2013

MY BREASTFEEDING JOURNEY PART#15~Menyusukan anak di bulan ramadhan


Sebenarnya menyusukan anak sewaktu berpuasa ni agak payah jugak..
Kena kuatkan semangat dan niat puasa tu..kalau tidak memang tak boleh teruskan..banyak sebab2 nya..antaranya


  • Haus yang amat sangat - mybe sebab dehidrasi
  • Letih dan penat yang luar biasa- terutama bgi ibu yg berkerja...surirumah kerja jugak tapi ada rehat..
  • Lapar yang amat sangat- ini kalau tak makan sempurna sewaktu sahur...
  • Anak nangis susu tak cukup @ tak keluar bila menyusu- ini sebab pemakanan yang terhad sewaktu puasa..terutamanya air

So..kalau nak puasa kena tahan semua ni..mama bukannya nak memperendahkan puasa atau cakap tak boleh puasa, but mama nak share kemungkinan yang akan berlaku jika puasa.setakat ni mama alami yang no 1 sahaja...dan no 3 sekali sebab tak makan sahur (tak bangun pun..bukak mata tgk pukul 6 pagi !!). Niat je la..x makan minum.. kita wajib berpuasa selagi termampu..klau memng betul2 tak tahan atau khuatir akn mmbahayakn baby bolehlan berbuka atau tinggalkan puasa.tapi mama yakin ramai ibu diluar sana bole menyuskan ank bairapun berpuasa!!!
Mama tetap pam susu ye. ..sewaktu lepas makan sahur...selepas bangun tidur pagi..petang sikit sekali dan selepas berbuka..
Di antara sesi pam adalah df sekali dua..masa lain shareef makan dan minum ebm ...mama boleh dpat susu yang sama hasil macam sebelum puasa.takde maslah kemeruduman susu..tips mama

  • minum air sekurang-kurangnya 3L di antra waktu selepas berbuka hingga sahur..- byk kali masuk toilet ni.
  • Jangan skip pam susu
  • Pam secara konsisten
  • amalkan makan kurma 7 biji sewktu sahur
  • makan full meal sewaktu sahur- nasi dan lauk pauk..
  • amalkan makan habatussuda sebelum tidur
  • minum milo/horlick/ susu sewaktu sahur..
  • yakin dengan diri sendiri boleh menyusukan anak biarpun berpuasa...

Ini tips2 dari mama..klau ada amalkan suplemen teruskn shaja ..
Mama sekrang dah tak bekukan lagi susu untuj stok.simpan dalam chiller dan guna setiap hari.....tapi mama tak pernah skip pumping ...Alhamdulillah susu mencukupi...

INI SAHAJA CORETAN MAMA

lagi tips mama kopipes dari Pa & Ma

Meneruskan amalan penyusuan ketika berpuasa adalah selamat.
Pada asasnya, amalan berpuasa sama sekali tidak akan mengganggu pengeluaran susu ibu. Ia tidak bergantung kepada amalan pemakanan seharian.
Sebaliknya bersandarkan kepada keupayaan anda mengosongkan payu dara secara efektif sekerap yang boleh, menerusi penyusuan terus atau pemerahan payu dara. Perlu anda maklumi bahawa dalam menjayakan penyusuan susu ibu, ia melibatkan hormon prolaktin dan oksitosin. Prolaktin merupakan hormon yang menghasilkan susu ibu manakala oksitosin pula merembesnya keluar. Dalam pada itu, Feedback Inhibitor Of Lactation (FIL) adalah salah satu lagi faktor dalam menentukan usaha anda menjayakan impian menyusukan bayi sepanjang berpuasa.
FIL merupakan sejenis protein yang terdapat dalam susu ibu yang berkumpul di dalam payu dara. Ia sering memberi tindak balas negatif kepada proses penghasilan susu apabila terlalu banyak FIL berkumpul di dalam payu dara akibat kurangnya rangsangan penyusuan daripada bayi mahupun disebabkan oleh payu dara tidak dikosongkan dengan efisyen.
Tahap FIL yang tinggi akan memberi isyarat kepada otak agar penghasilan susu ibu dikurangkan, kesan kekurangan permintaan. Hal sebaliknya berlaku apabila payu dara anda sering dikosongkan. Jumlah FIL dalam payu dara menjadi rendah dan seterusnya menghantar isyarat supaya lebih banyak susu ibu perlu dihasilkan.
Susu Kering
Tiada persediaan khas yang perlu anda lakukan dalam memastikan bekalan susu ibu kekal sepanjang menjalani ibadah puasa. Apa yang penting ialah anda perlu kekal berfikiran positif, terus menanam azam jitu bagi meneruskan penyusuan sepanjang berpuasa dan pada masa yang sama memastikan diri mengamalkan pemakanan seimbang dan menyihatkan.
Perlu diingatkan agar anda tidak khuatir dengan terlalu memikirkan amalan berpuasa bakal mengganggu penghasilan susu dan menjadikannya kering. Kebimbangan melampau akan menimbulkan perasaan tertekan yang akhirnya mendorong kemerosotan bekalan susu ibu.
Pengeluaran susu ibu yang berkurangan bukan disebabkan oleh ibadah puasa! Sebaliknya tekanan yang anda alami itu menghalang refleks pengeluaran susu (let down). Cara terbaik mengatasinya mudah sahaja iaitu anda perlu sentiasa bertenang dan tidak terlalu memikirkan hal ini.
Sehubungan itu, untuk makluman amaun susu ibu mungkin berkurangan pada hari pertama berpuasa. Namun, jangan endahkan hal ini. Sebaliknya, anda perlu lebih kerap mengosongkan payu dara. Jika bersama bayi, susukannya secara terus. Jika bekerja pula, perah dan kosongkan payu dara dengan sebaik mungkin dengan mengepam susu di setiap dua atau tiga jam sekali.
Biarpun berpuasa, pemerahan payu dara perlu berlangsung seperti biasa. Walau bagaimanapun, sebaik-baiknya mulakan rutin ini di awal pagi iaitu ketika waktu sahur. Hal ini kerana amaun susu ibu pada waktu ini masih banyak. Sama juga halnya selepas anda berbuka puasa.
Dehidrasi
Dehidrasi boleh menyebabkan susu ibu berkurangan. Oleh yang demikian, ambil perhatian sewajarnya bagi mengelakkan keadaan ini berlaku dengan memastikan anda minum air yang secukupnya ketika bersahur dan berbuka puasa.
Masalah dehidrasi yang teruk boleh menyebabkan tekanan darah rendah, letih, menggigil, loya, pening dan rasa haus melampau. Sekiranya keadaan ini berlaku, adalah lebih baik untuk anda berbuka puasa agar tidak menjejaskan tahap kesihatan diri.
Walaupun begitu, meminum air bergaram mampu mengembalikan keseimbangan bendalir badan yang terhidrat. Hal ini disebabkan garam penting dalam mengembalikan kandungan sodium dan potasium dalam tubuh. Anda boleh mencuba meminum air bergaram untuk mengatasi dehidrasi. Cara membuatnya ialah campurkan sedikit garam dan gula bersama air sejuk. Untuk mendapat rasa yang lebih enak, letakkan sedikit perasa ke dalam minuman ini.
Panduan Pemakanan
1. Minum Air Mencukupi
Anda perlu minum air yang mencukupi ketika sahur dan berbuka bagi mengelakkan dehidrasi yang bakal menjejaskan penghasilan susu. Seelok-eloknya minum dua liter atau bersamaan dengan lapan gelas air sehari.
2. Jangan Abai Sahur
Usah sesekali meninggalkan waktu bersahur. Namun, anda digalakkan untuk melambatkan makan sahur. Makanlah makanan yang kaya dengan protein dan apa sahaja makanan berbentuk sup. Dalam pada itu, anda perlu kurangkan pengambilan makanan bergoreng dan berminyak kerana ia boleh mengurangkan nutrisi makanan yang diambil.
3. Makan Kurma Ketika Berbuka
Berbukalah dengan memakan kurma terlebih dahulu sekurang-kurangnya tiga biji.
Amalan sebegini dapat membekalkan tenaga segera selepas berpuasa sepanjang hari.
4. Banyakkan Buah Dan Sayur
Makanlah buah dan sayur yang ternyata mengandungi banyak khasiat yang bukan sahaja baik untuk tahap kesihatan anda malah bagus untuk bayi juga.
5. Ambil Lebih Lemak Sihat
Jumlah lemak di dalam susu ibu berkurangan apabila anda berpuasa. Untuk itu, anda perlu mengambil makanan yang mengandungi lemak sihat mencukupi. Ini dapat dilakukan dengan mengambil susu dan produk tenusu seperti keju, susu dan sebagainya.
6. Amalkan Madu
Anda sangat digalakkan untuk memakan madu setiap hari sepanjang berpuasa kerana ia merupakan sumber tenaga semula jadi. Selain daripada menambah stamina, ia mampu meningkatkan kadar serapan kalsium dalam tubuh.
7. Elakkan Minuman Bikarbonat
Anda sememangnya digalakkan untuk minum banyak air ketika berpuasa tetapi hindari pengambilan minuman yang mengandungi banyak gula seperti air bikarbonat. Sama juga halnya dengan minuman berkafein. Ketahuilah bahawa kandungan gula dan kafein boleh mengganggu penghasilan susu ibu jika diambil berlebihan.

Monday, 8 July 2013

MY BREASTFEEDING JOURNEY PART #14-perjalanan penyusuan ku


Perjalanan menyusukan shareef berjalan dengan lancar..selepas mama perkenalkan shareef dengan makanan pejal..kuantiti dia menyusu mmg agak kurang dari sebelumnya..tapi mama tetap mngepam kerana ingin maintain penghasilan susu..ikut konsep demand and supply shaja...di mna jika sikit permintaan so sikitlah penghasilan.mama tak nak susu mama mngurang..so mama keep on pumping..stok untuk ramadhan agak mencukupi Alhamdulillah... susu yang mama pump sekrNg simpan di chiller je..tapi di guna tiap2 hari..
Mama akan bgi ebm tuk shareef time die nak tido dalam buai...biasanya 5@6 oz
Specta 3 ku tak jemu berkerja untukku..mngepam susuku keluar setiap hari..aku syang kau sgtttt2 spectra3!!!!!!

 hasil 8 oz awal pagi

 8 oz jugak

guna silicone massager

Mama pam 2@3 kali sahaja sehari..masa lain df..tapi shareef jarang df time siang..minum ebm di botol sahaj..tapi klau malam bukan main lagi dia..smpai x nak lepas hehe
Dah habis sbelah bagi yang sebelah lagi..untung Allah cipatakan sepasang!!!
Apa lagi??..
Mmm itu shaja coretan perjalanan menyusukan permata hatiku
Mama actually dah jadi admin Kumpulan Ibu menyusu Badan di facebook..baru sahaja dilantik...mmg happy ..
Tapi mama ni bukanlah pakar laktasi @ kaunselor laktasi bertauliah...x perna ikut kursus penyusuan pun..tapi mama yakin dengan ilmu yang ada di dada..hasil pembacaan mama sewkTu menngandungkan shareef..insha Allah mma akan membantu mana yang boleh..dan mama akan belajar lagi...mari kita sma 2 berkongsi pengalamn menyuskan permata hati kita...
Semga kita semua dirhmTi Allah swt


stok susu

Monday, 22 April 2013

MY BREASTFEEDING JOURNEY PART #14- POWER PUMPING

ASSALAMUALAIKUM........

sedih,kecewa dan menyesal...itula yang mama rasa bila bagi shareef fm..tapi tak per..mama bukan bagi benda tak baik untuk anak mama...mama bagi supaya shareef sentiasa sihat walafiat...


sejak shareef minum fm tempoh hari,susu agak merudum juga...jika kurang demand so kurang jugak la supply ye..bila shareef kurang menyusu dengan mama,production pun kurang jugak..biarpun mama pam,tapi tak sama dengan direct feeding...shareef menyusu fm dalam 2-3 kali sehari..masa lain mama df dan bagi ebm dalam botol jugak..mama da tak simpan2 stok ni...sebab shareef pun macam da tak suka frozen ebm...


susu merudum ? apa nak buat ?..mama terus ingat Power Pumping (PP)



Apa itu Power Pumping?

Power Pumping adalah satu teknik mengepam susu ibu yang boleh meningkatkan penghasilan susu ibu. Teknik mengepam guna cara Power Pumping ni adalah sama seperti kita mengepam selalu. Tapi, ada teknik dan cara perlaksaan yang special bila kita mengepam menggunakan teknik Power Pumping ini. Ideanya adalah untuk meniru gaya bayi menyusu dan secara tak langsung akan meningkatkan hasil susu ibu yang di pam oleh ibu.


Siapa Perlu Buat Power Pumping?


1- Ibu yang kekurangan susu - Kekurangan susu adalah berpunca daripada pelbagai faktor. Period, perubahan hormon, emosi ibu terganggu dan lain-lain.

2- Ibu yang menyusukan anak angkat - Teknik Power Pumping digunakan untuk merangsang susu keluar.
3- Ibu yang ingin relaktasi / menyusukan semula anak yang telah berhenti menyusu susu ibu.

Macam Mana Nak Buat Power Pumping?


Jika anda menggunakan Single Pump: Pam breast kanan selama 10minit kemudian tukar pam breast kiri pula 10minit dan bertukar semula ke breast kanan 10minit dan begitulah seterusnya untuk kedua-dua breast selama 1jam.


Jika anda menggunakan Double Pump: Pam kedua-dua belah breast secara serentak selama 10minit. Kemudian rehat atau stop pam 10minit dan sambung semula pam kedua belah breast 10minit dan rehat semula 10minit. Teruskan sehingga 1jam.


Saranan Waktu Mengepam?


Seelok-eloknya pam pada waktu malam menjelang ke subuh. Ini kerana..pada waktu ini hormon untuk penghasilan susu adalah tinggi.


Berapa Lama Tempoh Nak Dapatkan Hasilnya?


Pertama sekali..kita perlu ingat bahawa bukan sekali buat Power Pumping terus susu mencurah penuh botol 5oz. Kita perlu sabar dan konsisten buat Power Pumping. Sekurang-kurangnya satu minggu kita akan dapat hasil yang menakjubkan. Walaupun pada hari pertama mengepam kita hanya dapat beberapa titis susu ataupun hanya mengepam angin semata-mata, tapi teruskan juga mengepam dan teruskan buat Power Pumping selama seminggu sekurang-kurangnya. Paling elok jika kita buat Power Pumping pada masa yang sama setiap hari selama seminggu. Kerana susu akan di demand pada masa yang sama. Demand semakin kerap dan semakin banyak. Yakinlah Allah akan membantu kita yang ikhlas ingin memberikan yang terbaik untuk anak kita. Banyakkan berdoa. InsyaAllah...


mama mula ber PP ni sejak mama rasa susu mama agak kurang...

shareef mesti tak puas kalau menyusu,dan kalau pam pun mama dapat tak lebih dari 2 oz(biasa bole dpt sehingga 8 oz untuk dua2)
hari ni hari ke-5 mama ber PP..
setiap malam pukul 12 hingga 1 pagi..time shareef nyenyak tidur...
hari pertama dan kedua tak de LDR langsung selama sejam pam tu,mybe disebabkan mama fikir @ risau sgt tentang susu..hehe
tapi malam seterusnya mama dapat 6-8 oz
Alhamdulillah.....


selain ber PP,mommys mesti tick box di bawah ni..




1) Jangan panik atau stress kerana kedua2 perkara berikut merupakan antara penyumbang kepada peningkatan kemerosotan penghasilan susu.


2) Tingkatkan jumlah pengepaman walaupun setiap pengepaman hanya menghasilkan susu yang tersangat sedikit atau titik2 susu.


3) Make sure setiap pengepaman selesai dengan pengosongan payudara (cara terbaik adalah dengan cara memicit2 di keliling payudara secara perlahan).


4) Jangan sekali2 terus mengambil jalan keluar dengan menggunakan susu formula (melainkan benar2 perlu) kerana apabila ada jalan mudah, maka si ibu tidak akan bersungguh2 utk memperbanyakkan susunya semula.-macam mama


5) Cuba cari masalah utama akibat dari kekurangan susu yang berlaku (Cth kerap terskip jadual mengepam, kurang mengepam, stess dll). Apabila kita dapat kenal pasti punca maka mudahlah kita mengatasinya...(Contoh: Jika kita kerap terskip jadual megepam, maka kaedah seperti power pumping atau menyusun semula jadual pengepaman boleh di lakukan semula).


6) Periksa diet harian anda samada ada sebarang kekurangan dalam pola pemakanan yang mungkin mempengaruhi jumlah pengepaman..(Contoh jika kurang protein, tambahkan pemakanan yang berasakan protein ke dalam menu harian)


7) Pastikan setiap pengepaman dan pam yang di gunakan benar2 selesa untuk tubuh anda - ( pam yang selesa memang mempengaruhi jumlah penghasilan susu).


8) Sekiranya anda masih memerlukan bantuan, sila hubungi pakar laktasi yang berdekatan untuk membantu situasi kalian.


9) Amalkan surah2 al kauthar atau zikir seperti Ya Matin bagi menenangkan jiwa dan permohonan secara berterusan dari Yang Maha Esa.


10) Perkara yang paling penting, JANGAN SEKALI2 BERPUTUS ASA dan sentiasa percaya bahawa setiap masalah yang timbul, ada jalan keluarnya...



Dan setelah semua perkara ini di lakukan, rajin2kan diri bangun di waktu tengah malam melakukan solat hajat dan mohon bersungguh2 agar Allah tidak menarik kembali nikmat menyusukan anak yang telah di berikan kerana hanya dengan keizinannya semua yang kita mohon akan di kabulkan.



sekian





Monday, 1 April 2013

MY BREASTFEEDING JOURNEY PART #13~~SHAREEF DA MINUM FM !!! -NO.2

POST MAMA DI FB DAN KOMEN2 NYERR..


Hancur berkecai harapanku nak BF shareef sampai 2 tahun...hari ni terpaksa bgi dia FM..apa pun mama buat yang terbaik untukmu anakku...huhu..mood: tersangat sedih...
Like ·  · Unfollow Post · Share · Promote
Love Stall Sara, Azura Maidin and 2 others like this.

Roslan Cr Napa tizah?
Friday at 9:43pm via mobile · Unlike · 1

Mujahidah Tiezah Berat bdannya tidak menaik...ndak taw d mna salahnya...lgi kmi bru blik dri kl ni..tambah kurus ku tgk...
Friday at 9:44pm via mobile · Like

Roslan Cr Iyaka xkan sbb BF ? Sda jmpa doc ka? Apa dia ckp?
Friday at 9:47pm via mobile · Like

Nadiyah Abdul Lorrr... sadisnya.
Friday at 9:54pm via mobile · Like

Mujahidah Tiezah Iya. ..bf ndak ada problem dear..bole teruskan..tapi dia kuat buang air..tue lady berat bdan x naik.susu ibu cpat hadam..
Friday at 9:54pm via mobile · Like

Mujahidah Tiezah lah*
Friday at 9:54pm via mobile · Like

Mujahidah Tiezah Aku bgi dia FM yg bole kasi kurang dia poo poo..nanti da ok aku smbung bf balik...
Friday at 9:54pm via mobile · Like

Roslan Cr Lau seminggu xpoo poo ok ka tu lau bf tizah?
Friday at 9:58pm via mobile · Like

Mujahidah Tiezah ndak apa jugak tu dear..kau yg jga pemakanan dan byk minum air...brapa bulan da bby mu? Bf sja ka @ mix?
Friday at 10:00pm via mobile · Like

K Lily Noor Jehan Sudah 6 bulan kan? Dah boleh bg makan... Nanti badan dia naik la....
Friday at 10:08pm via mobile · Unlike · 1

Mujahidah Tiezah Saya da start kasi makan time 5 bulan lgi Lily...mak yg suh sebab shareef mmg kurus sgt2..tpi bgi home made jew..x pena bgi cerelac...tpi berat bdn masih2 jew...huhu
Friday at 10:10pm via mobile · Like

Roslan Cr Mix tp kdg2 jakla susu botol.. Dia xmo .. Mo susu bdn jgk.. Ni yg aku rsau.. Xlama lg mo keja da..
Friday at 10:11pm via mobile · Like

Mujahidah Tiezah Ya ka..anduk bha..kaw pam bha bru simpan di tuk dia.jgn lah kasi fm tu....
Friday at 10:13pm via mobile · Like

Mujahidah Tiezah Ada kaw perna pam ka @ tidak?
Friday at 10:13pm via mobile · Like

Syafinaz Wong II bwa gi jmp pakar kanak2 la sis.pakar leh tau pa sbb bdn anak kurus je.
Friday at 10:15pm · Like

Mujahidah Tiezah Ya sis..doktor yg suh bgi susu tanpa laktosa...nanti poo poo da mcm biasa bole stop fm dan smbg bf balik..saya jumpa dok.paed jugak sis.tq ye
Friday at 10:16pm via mobile · Like · 1

Syafinaz Wong II susu tanpa laktosa sgt baik tu sis.my daughter pernah jg mcm ni.
Friday at 10:17pm · Like

Emma Nur Faizi muja,sape yg suggest suh bg fm ye?
Friday at 10:23pm via mobile · Like

Mujahidah Tiezah Ya anak sulung saya minum lactose free jugak yg abbott tu
Friday at 10:27pm via mobile · Like · 1

Mujahidah Tiezah Ada kawan muja doktor paed
Friday at 10:27pm via mobile · Like

Mujahidah Tiezah Npe emma?..muja sedih ni taw..betul ka keputusan yg muja buat bgi shareef fm?
Friday at 10:28pm via mobile · Like

Emma Nur Faizi owh,poo2 kerap ada efect berat bdn ngan bf ke..last 2week adam pun kerap poo2,ckit2 ngan kaler mcm ijau2..tp n0w da ok,n msh bf lg..bru 5m0 kan.next m0 la bru bg solid food..berat adam bru 7.83kg timbg 18hb mac ari 2..
Friday at 10:30pm via mobile · Unlike · 2

Emma Nur Faizi muja,jgn la sdh..kita mak dia kan,xkan la kita nk buat benda yg mudaratkan anak.xpe la..emma xada pengalaman la muja.ni pun 1st m0m..tp kalo paed 2 kata mcm 2,xpe la.kita usaha n tawakal.n0w anak muja beratnye berapa?
Friday at 10:33pm via mobile · Unlike · 1

Roslan Cr Ada jgk tp xbnyk la dear..
Friday at 10:45pm via mobile · Like

Mujahidah Tiezah Ya emma..pa bole bt kan..shareef da 6 bulan bru 6.8kg...sedangkn time lahir 3.9kg.spatutnya skrg mesti double weight kn..adam ok lady beratnya tu..Alhamdulillah
Friday at 10:54pm via mobile · Like

Mujahidah Tiezah Kerapkan pam rinie...nnti jdi byk tu klau selalu pam..
Friday at 10:54pm via mobile · Like

Roslan Cr Ow yaka.. Nnt aku try la..
Friday at 10:56pm via mobile · Like

Emma Nur Faizi owh,adam lahir 3.24kg..so paed ckp smpai bila kne bg fm?
Friday at 10:57pm via mobile · Like

Norini Muin Ala..ksiannya mujahidah..shareef pn mcm abgnya jg kut..alah lactose..mgkn mujahidah bole kurangkn pngmbilan lactose dlm pmkanan ka.spya susu kurang lactose...
Friday at 11:01pm via mobile · Unlike · 2

Mujahidah Tiezah Ya betul tu sis norini..saya da x minum apa2 jenis susu termasuk susu pekat taw...semua 'O' jak..tpi si sharef masi poo poo..ndak taw mo bt apa ni..esok mo Pgi Tawau bawak sharef jumpa doktor Anina...
Friday at 11:07pm via mobile · Like

Mujahidah Tiezah Si syamim dulu saya bawak jumpa dr Anina jugak. .
Friday at 11:08pm via mobile · Like

Norini Muin Dr anina bkn pakar laktasi kn? Better muja g jmpa pakar laktasi..d kk ada. Dr shu ho tong.. dia peer counselor dn dr pakar laktasi..
Friday at 11:10pm via mobile · Like

Norini Muin Dl pn time berat adam ndak naik sbgup ku g kk jmpa tu dktor..
Friday at 11:11pm via mobile · Like

Mujahidah Tiezah Adoi jauhnya kk sayang..kesian shareef..bru jak kmi blik dri KL ni. Penat dia tu huhu...marah MIL ku knpa bwak bby kecik jln jauh...
Friday at 11:29pm via mobile · Like

Alia Combination Ank sy pun mcm tu gak dulu..bf n kerap buang air n berat bdn naik sikit2 tp sy teruskn jgk bf coz dia sdiri xnk susu lain.tp alhmdulillah wpun slim tp dia sehat dan sgt jarang demam apa lg selsema.mgkn antibodi dari susu ibu sgt tinggi
Saturday at 12:44am via mobile · Unlike · 1

Mujahidah Tiezah Ya mmg setuju sgt2 susu ibu byk antibodi...tpi bby saya ni kurus tahap smpai nmpak tulang.. mcm x sanggup nak tgk..mna taw bgi fm poo2 dia krg skit..hui Allah jew tahu perasaan saya time bgi fm tu..lgi2 bby meronta2 x nak minum.adoi...
Saturday at 12:50am via mobile · Like

Ana Ariff sis, kalau sbb bf dia kerap poo, meaning sis kena jg pemakanan...bby da start mkn ke? kalau belum than sis nya pemaknan... ana pun mcm tu gak dulu...ana rasa b4 sis decide bg fm boleh consult dgn pakar... bukan saja pakar paed..pakar dlm penyusuan...kena tanya n dgr dari bnyk pihak... maaf ana bukan maksud ape2...jgn terasa ye... but seriously ana x pernah lagi dgr sbb bf bby selalu poo kita kena stop n bg fm... pd ana selagi bby sihat, x sakit...kita leh teruskan... unless kita ada mslh kesihatan...try consult dgn rita rahayu...dari momslittleone...
Saturday at 2:09am · Unlike · 3

Ana Ariff ana tau rasa sedih tu sbb ana kena stop bf hampir 2 minggu sbb infection kat breast... try tanya pakar k... don't gv up n menyerah... x kisah anak kurus ke tembam ke, janji dia sihat n x kerap sakit... tu yg pasti... jgn dgr ape org kata tentang anak kita.. kita lagi tahu dia...anak ana pun skrng ramai kata da kurus... but as long as she is well and healthy, ana pekakkan telinga...consult with pakar penyusuan... try pm rita rahayu...she from pama..
Saturday at 2:14am · Like · 1

Elegance Muslimah Mujahidah Tiezah bby yati pun sister klinik kesihatan suruh bg fm, tp yati x mau.x ada sbb nk buat fm plak walaupun berat bby.yati 7++bln 6kg..tp yg ptg berat bby yati sentiasa meningkat. Paed dan dietrician x minta pun yati tukar ke fm. Yati jmp 2 paed iaitu serdang dan putrajaya 2bln sekali since dia berumur seminggu ats faktor kesihatan..x ada mslh lsg bg ank yg fully bf. So sister klinik kesihatan tu x blh kate ape sbb paed dan dietrician pun x bg yati gn fm. Yati tambah mct oil dan carborie dlm mkanan bby. Dan ianya sgt2 membantu bg bby under weight sperti firas. Im proud to have my son bf wit me...bby firas jg mmg kerap poo poo..biasa la bby kan..fully bf plak...lain paed lain pandangan...muja, perlu kerap pumping dan direct bf. Bg mkn yg kerap...itu jg membantu...kdg2 mmg ank bf ni kurus sket sbb faktor yg mungkin kita x sedar..jd jgn keciwa....jgn putus asa
Saturday at 3:44am via mobile · Unlike · 4

Alia Combination btl tu sis..doctor sy dulu xsuh bhenti bf cuma campur dgn fm n bg mkn byk2..tp ank sy xnk fm..so sy teruskn bf n bg mkn je..doctor pun tak berapa risau sgt sbb ank sihat n aktif xde mslh kesihatan..
Saturday at 9:16am · Unlike · 1

Ikin Aman ala.. kesiannya... try lah mintak second opinion, dulu mase anak sulung doc paed kata sy mmg jenis xbyk susu tau, last2 ok je sy survive, skang ni sy susukan bby sy 2 org, ok je.. kdg2 paed nih bukan betui sgt, try mintak second opinion, third opinion ke, sampai puas hati, sbb susu ibu ni mmg susu plh sesuai utk anak kita
Saturday at 7:58pm · Like

Ikin Aman *plg
Saturday at 7:59pm · Like

Mujahidah Tiezah Thx sis Ana, Yati, Alia dan Ikin...kita sbgai seorang ibu punya naluri yg sama..terima kasih byk2 krna bgi saya semangat tuk teruskn bf bby..saya bru jew blik dri Tawau, jumpa lgi doktor..kta dok x perlu bgi fm dan teruskn jew bf...susu ibu cpat hadam ktanyer.berat bby pun ok jew...6 bln 7kg..
Saturday at 8:32pm via mobile · Like

Mujahidah Tiezah Bby mmg da mula mkn, so dok ckp elakkan dairy products...saya mmg da lma berenti minum susu...
Saturday at 8:33pm via mobile · Like

Mujahidah Tiezah Mknan bby pun home made..so confirm xde dairy product dlm food nyer...tpi kta dok lgi bole jugak klau nak bgi fm lactose free tuk seminggu dua but jgn stop bf...
Saturday at 8:34pm via mobile · Like

Mujahidah Tiezah Tiada susu fm sehebat susu ibu...ok sis Ana nnti sya try pm puan Rita..tqvm mommys
Saturday at 8:35pm via mobile · Like

Ana Ariff wcome. Teruskan selg mampu...kuat kan semangat ye.
Saturday at 9:38pm via mobile · Unlike · 1

Nurul Fatihah Mungkin dia nak pandai sesuatu, kerap buang untuk ringankan badan.anak saya hari tu seminggu duk asek buang je...muntah lagi...upanya dia nak pandai jalan...sy sampai tiap hari bwk g klinik.cek darah bagai, xde pape pun...so relax...should continue bf...
Saturday at 9:57pm via mobile · Unlike · 1

LiLy's Collections anak saya pun dari 6 bulan xnaik2..skrg dah stahun sbulan. berat sama mcm dia 6 bulan dulu.9 kg...saya bagi bf jgk sis. saya tgk pola perkembangan baby dalam line dia lagi.normal kot utk baby tgh membesar ni.peringankan tubuh nk bejelan.
Saturday at 10:01pm · Unlike · 1

Alia Combination btl tu..yg pntg sis kene yakin susu tu tetap yg terbaik dan jgn putus asa mnyusukan ank..makanan adalah tambahan kpd berat badannye dan keperluannye tp susu jgn dihentikan..itu adalah haknye shingga berusia 2thn.. 
Yesterday at 12:26am · Unlike · 2

Mujahidah Tiezah Nak tnya bby 6 mo mkn brapa kali sehari ye
Yesterday at 11:03am via mobile · Like

Alia Combination bgantung pd baby kot..kalo ank sy dulu 1-2 kali..lgpun baby mkn xbyk mana..cume bg dia kenyang je..coz kdg2 susu aje dh tak cukup utk umur mcm ni
Yesterday at 11:11am · Like

Alia Combination better bg skali dulu..kdg2 baby ni dia menolak jg xnk mkn kalo dh kenyang..
Yesterday at 11:12am · Like

Mujahidah Tiezah saya da mula solid food time shareef umur 5 bulan lagi...time tu mkan 2x sehari....
Yesterday at 3:09pm · Like

Alia Combination ank sy pun start 5bln coz berat bdn naik sikit..doc yg syorkan..kalo dah biasa 2kali sehari elok truskan mcm tu..coz baby makin membesar n makin lapar
Yesterday at 3:13pm · Unlike · 1

Mujahidah Tiezah owh...saya baca dlm jadual kat buku klinik,,2-3x sehari...so saya nak try kasi lunch la ..
Yesterday at 3:14pm · Like

Alia Combination tgk jglah keadaannye mcmane..sis perhatikan dia samada perlu mkn byk or sederhana tp jgn melebihi jumlah kesesuaian baby..sbb baby tak menentu..ada yg cepat lapar ada yg kurang..tak boleh ikut jadual dlm buku sgt..kita sendiri tgk kesesuaian anak kita..
Yesterday at 3:17pm · Like

Mujahidah Tiezah yes betul...thx sis Alia Combination coz share ...
Yesterday at 3:18pm · Like

Alia Combination stiap baby tak sama..buku hanya perancangan dan kebiasaan yg diorg kaji utk standard baby..sis jgn bimbang..sis bg je dia mkn..tgk dia mcmane..kalo tak cukup tambah lg..tp jgn byk sgt..air masak bg jg ye sis..nk cantik lg sis bg air zam zam..bgus sgt..sis yakin ye..mknan pilih yg senang hadam ye..n tdk bersifat panas
Yesterday at 3:21pm · Like

Mujahidah Tiezah air zam zam?...macam menarik..mna nak cri di Sabah ni..kalau la tahu dri awal bole beli kat m.india tempoh hari..hehe..x per la..air masak biasa pun bole kan...jus buah bole bgi x?
Yesterday at 3:22pm · Like

Alia Combination takpe sis..kita sama2 ibu sama2 nk terbaik utk ank kita..ada benda kita taktau nk jg tny org..ada jg yg kita blh lakukan sdiri mgikut naluri ibu n kesesuaian ank kita sdiri 
Yesterday at 3:23pm · Unlike · 1

Alia Combination jus buah sy xpasti..mcm sy dulu xbg lg ms 6bln takut tajam..mghakis..sbb dia msih baru..sy rasa tggu dulu la sis utk jus tu..xpela smtra xde air zamzam..air masak pun takpe
Yesterday at 3:27pm · Like

Mujahidah Tiezah ok sis...buat masa skrg sya bgi air masak je la..anak sulung saya da bgi jus buah yang di campur air (tanpa gula ) time 6 bulan..coz dia mmg minum fm sejak lahir
Yesterday at 3:30pm · Like

Alia Combination oo..kalo 8bln blhla sis bg jus skit2..sbb buah ada asid kan..mgkn fm lasak skit perut dia..full cream..mcm bf ni susu dia lbh mudah hadam..1j stgh bby dah lapar balik..fm leh tahan 3jam .. sis blend carrot pun ok utk makanan dia 
Yesterday at 3:33pm · Like

Mujahidah Tiezah ya tadi pagi saya kasi carrot puree tuk bf ..nanti petang nak kasi puri nasi+puri carrot
Yesterday at 3:35pm · Like

Alia Combination elokla tu..mudah2an ank sis cpt membesar  bru sng ht ibu..
Yesterday at 3:37pm · Like

Mujahidah Tiezah iya Aminn...smoga anak mama cepat besar dan sihat..
Yesterday at 3:38pm · Like · 1

Alia Combination InsyaAllah..
Yesterday at 3:39pm · Like

Lynnda Ollala ,akak Mujahidah Tiezah,anak lynda dlu pun berat badan tak naik kak,tapi doktor tak bagi lynda bagi addam fm,lynda nak susukan dia dgn susu lynda sendiri jugak,anak lynda menyusu sebelah breast ja kak,sebelah kanan,sebelah kiri tak boleh menyusu sbb ada...See More
Yesterday at 3:44pm · Like

Mujahidah Tiezah ya Lynnda Ollala...ada jugak kwn2 yg suggest spya sya minum ESP...nak tnya en.somi dulu
Yesterday at 3:46pm · Like · 1

Mujahidah Tiezah So Lynda bf sebelah breast sja kew?
Yesterday at 4:39pm via mobile · Like

Lynnda Ollala ya kak,lynda bf sebelah breast saja.... 
Yesterday at 5:21pm · Edited · Like

Mujahidah Tiezah Owh Masha Allah..boleh nyer ye...
Yesterday at 5:24pm via mobile · Like · 1

Lynnda Ollala boleh kak,insyaallah dengan izin Allah takda apa yang mustahil kan kak....akak kena yakin,keputusan di tangan akak...kalau akak yakin akak boleh susukan anak akak smpai 2 tahun pasti boleh,Allah akan bantu kak,Dia maha kuasa,doa banyak2 padaNya ya kak,jangan sedih2... 
Yesterday at 5:43pm · Like · 1

Mujahidah Tiezah Ok dear..tima kasi bgi akak semngat. .bby lynda umur bapa
Yesterday at 5:44pm via mobile · Like · 1

Azura Maidin muja..ank sya pun berat xnaik byk..6bulan bru 6.2kg..jgn risau..zura kasi dia mkn bubur..kasi mknan yg berkhasiat..terus kn bf sis..nti zura pm ya..
Yesterday at 5:51pm · Like

Mujahidah Tiezah Aqil bru 6.2 kg jew ke? Klau mcm tu ok lgi shareef kan...hihi...zura fully bf ye?
Yesterday at 5:52pm via mobile · Like · 1

Azura Maidin ya..zura masih full bf..8bulan cek lg..hrp2 naik lh berat dia..masa 6bulan dia bru kena dmm campak..
Yesterday at 5:57pm · Like

Mujahidah Tiezah Owh klau demam mesti berat x cntik naiknyer...
Yesterday at 5:58pm via mobile · Like · 1

Lynnda Ollala anak lynda dah masuk setahun kak..hehe... 
Yesterday at 6:05pm · Like

Mujahidah Tiezah Waa da dpt Degree la yer...tahniah!
Yesterday at 6:11pm via mobile · Like · 1

Lynnda Ollala hehe...cabaran masih banyak kak,anak lynda ni tak lalu makanan solid,jadi walaupun dh setahun masih bergantung sepenuhnyq pada susu ibu...lynda yang kena jaga pemakanan supaya anak lynda dapat semua nutrient...hehe..dah bagi macam2 makanan semua dia taknak,nak susu ja,air masak pon susah nak telan...hehe.... 
Yesterday at 6:31pm · Like

Mujahidah Tiezah Ai..bole nyer x mkn solid food yer...sekarang masih mcm tu ke..biar apa jenis mknan pun x nak?
Yesterday at 6:39pm via mobile · Like

Lynnda Ollala ya kak,dulu masa 6 bulan tu makan sikit2,skarang langsung taknak makan,lynda dh masak macam2,bgi nestum la,puri,bubur semua taknak kak...hehe...asyik sebut nak 'mamam' ja....lau sebut nak mamam tu nak nyusu la tu,tapi dia akan menyusu banyak sangat,stop 10-15 minit ja,pastu menyusu lagi..hehe...tapi alhamdulillah addam sihat sangat,jarang demam atau sakit...dia aktif sangat kak,penat nak kejar...hehe 
23 hours ago · Like

Mujahidah Tiezah syukur la klau sihat jugak..anak kakak saya mcm tu jugak..x mkan sampai 2 tahun..lpas 2 tahun ada makn skit2 tapi x nak minum air,dia terus nyot2 slepas makan..kesian akak saya..payah dia wean off
23 hours ago · Like · 1

Azura Maidin ada jiran zura..ank dia 1thn bru 6kg..jumpa pakar pemakanan..pkar suruh kasi mkn 4x shari..bubur tu 1 senduk skali mkn..kena hbis..puas akak tu cuba..kali ke 4 ank nya dh main2 xnk mkn..
21 hours ago · Like

Mujahidah Tiezah 1 tahun tpi 6 kg jew? Adoi...kesian..tpi bby tu sihat jugak kan zura?
21 hours ago via mobile · Like · 1

Azura Maidin ya sihat..aktif sgt..4kali tu kena kasi bubur..biskut ke roti blm lg dikira tu..aqil dgn ank akak tu aqil lg berat..anak zura pun aktif sgt..hrp masa cek 8bln nti ok lah beratnya..kasi kentang hr2 tau muja..pasti berat nya naik..tu nurse ckp kat zura hr tu..
21 hours ago · Unlike · 1

Mujahidah Tiezah tadi cek berat shareef ada naik 200g drpada sebelum minum fm...any idea mommys ?...poo2 dia pun da kurang...Ana Ariff,Alia Combination?
2 hours ago · Like

Ana Ariff terpulang pada sis... ikut pandangan ana, teruskan fully bf... rugi rasa...sbbnya, bukan setakat setiap susu yg kita beri tu pahala, tp the experience to be able to bfeed bby...kalau sis yakin utk teruskan bf, teruskan (lagi better), sbb sis boleh bf a...See More
2 hours ago · Unlike · 2

Mujahidah Tiezah ow tima kasi byk2 sis bgi pendapat...rasanya muja nak kasi abes susu setin yg muja da beli ni dan lpas tu bf balik la...
2 hours ago · Like · 1

Ana Ariff wcome
2 hours ago · Like

Mujahidah Tiezah memang rasa menyesal tu ada jauh di sudut hati npa terlanjur bgi fm..tpi apakan daya...huhu..yg penting anak mama sihat..
about an hour ago · Like

Azura Maidin muja xpyh risau lh..bby mkin aktif..setuju dgn Ana Ariff..
about an hour ago · Unlike · 1

Alia Combination kalo sy mmg sokong bf 100%. btl tu..baby smakin besar makin aktif n berat bdn makin menurun.tp xpe asalkan sehat..kalo nk campur fm bole tp jgn sekali2 bhenti bf..antibody ank pentg..kdg2 bile bf bercampur fm pun antibody dh lain mcm..mudah je nk demam...See More
about an hour ago · Like · 1

Mujahidah Tiezah tq sis Alia Combination..mmg muja da buat keputusan bgi bby fm yg ada jew ni..lepas habis muja nak BF...
about an hour ago · Like

Azura Maidin betul ckp alia..tu yg jiran sya ckp dgn sya..terus kn bf walaupun bby xbam2..ramai yg tya sya nape ank sya kurus..sya mmg sedih..tp ada sokongan kwn2 utk terus bf..muja klu nk kasi fm tu pun..kasi dgn bf skali..takut nti bby xnk bf..muja nak thu sya ni dr bby lahir sya dh cpur kasi..sya nekat berhenti kerja semata2 nak bf ank sya..sya bhenti kerja lpas hbis pantang..sya xnk nti bby sya xnk bf..
about an hour ago · Unlike · 2

Alia Combination satu lg sis sy nk share..ank dr bf biasanye Allah jga akhlaknye..Alhamdulillah slma pgalaman sy ank tdk pernh berbuat tak baik maksud sy..kalo ada dia buat silap dan menimbulkan kemarahan sy..bile sy marah dia tdk pernh sama skali berbalas atau bermimi...See More
about an hour ago · Like · 1

Alia Combination btl kata sis Azura ..besar pgorbanannye bhenti keje..besar pahala..InsyaAllah
about an hour ago · Like

Alia Combination sis jgn sdih ye..
about an hour ago · Like

Mujahidah Tiezah waa sampai begitu sekali ye sis Alia....tabik la Azura Maidin!
59 minutes ago · Like · 1

Alia Combination sis leh truskan bf n campurlah jgk fm yg sis plan nk hbskan tu..yakin ye..n yg penting doa jg utk kesihatan ank kita 
59 minutes ago · Like

Azura Maidin sbb sya takut nti sya myesal x bf bby..ni ank pertama sya..n sya dh niat masa mgandung nk bf je..sya dpt lak pgasuh yg xnk kendalikn ebm..dpn sya dia kasi ank sya minum susu sejuk..susu yg bru keluar dr peti ais..masa tu ank sya bru 2bln ++..xperlu lah tabik dgn sya..sya ni manusia biasa je..buat yg terbaik utk bby sya..
57 minutes ago · Like

Mujahidah Tiezah huu mmg pening kepala kalau tinggalkan bby dengan BS mcm tu kan..bagus la keputusan zura tu..
54 minutes ago · Like · 1