MaMa~MuJaHiDaH~~My BrEaStFeEdInG mEMoRyZZZ
Showing posts with label Botol susu. Show all posts
Showing posts with label Botol susu. Show all posts

Saturday, 16 November 2013

my review : MIMIJUMI BOTTLE



LALALALALALALALALA



OBSES OBSES BOTOL SUSU...
MMMM...mama memang suka pada botol susu !!..hampir semua jenis di pasaran mama dah cuba untuk shareef,,tapi belum perna try botol mcm bentuk Cik B yg di namakan MIMIJUMI...kikikikiki




ohsem..cute


comel kan  ? kan kan kan ?...comel sgt baby yang minum pakai botol ni atas rumput hijau...
nampak tak puting die..sebijik mcm Cik B kita..sesuai sgt untuk baby yang keliru puting....

apa istimewanya botol ni ?



  •  Mimijumi botol boleh mengatasi masalah transition dari menyusu ibu ke susu botol
  •  Bentuk puting menyerupai payudara ibu
  • Teksture puting ini lembut seakan-akan puting ibu
  •  Mengatasi masalah kekeliruan puting ibu dan puting botol
  •  Sesuai juga untuk bayi yang mula bercerai susu dengan ibu
  •  Material botol dibuat dari plastik EMS Grilamid di mana lebih baik dari plastic jenis PC, PP & PES
  • Jangka hayat botol ini adalah 3 tahun-boleh di steril lebih dri 10 ribu kali !!!
  • Botol ini tebal, permukaannya jernih seperti botol kaca dan ringan untuk dipegang oleh bayi.
  • Puting dibuat dari silicone yang selamat untuk bayi dan tidak mengandungi latex. 
  • "Wide neck style" -  memudahkan proses pembesihan di bahagian dalam botol
  • Setiap set mengandungi botol(240ml), puting dan penutup.
  • Free from BPA, Lead, Phthalates dan Latex
ada dua jenis ...
 Not So Hungry Bottle ( 120 ml / 4 oz ) RM68 
 Very Hungry Bottle ( 240 ml / 8 oz ) RM78

tengok la hero in action with his mimijumi....










entah silap di mana ,botol ni leaking..penuh mulut shareef dengan susu....
dan tengok gaya nya kalu di bagi susu..di tumpahkan atas meja dan gsok2 hahahaha





puting die memang lembut sebijik mcm nen kita je..hehehe

ini je la review mama tentang mimijumi..
sekian


Saturday, 5 October 2013

botol susu oh botol susu

lama dah nak tulis dan lengkapkan entri ni,,tapi asyik bertangguh je..lama jugak duduk dalam draft..dekat 6 bulan dah hahahahaha

cerita pasal satu benda yang jadi best fren anak kita dari lahir hingga 2 tahun
atau kadang2 melebihi dari 2 tahun..ada jugak yang membawanya hingga ke sekolah..hahaha

BOTOL SUSU !!!!!!!

tak dapat di ungkapkan melalui kata2 betapa mama suka pada botol susu !
entah mengapa,mungkin kah sebb bentuknya yang comel,putingnya yang lembut dan jernih..berbagai bentuk,berbagai warna ,membuat kan mama teringin memiliki setiap satu dari setiap jenis yang ada di pasaran...


time syamim kecil dlu,die fully fm,so memang 3 bulan sekali tukar botol susu..tapi yang biasa2 di pasaraya tu..FIFFY,PUREEN,BABY KIKO,BEBE,DISNEY,ANAKKU...mcm tue la,,yang murah2 bah..


botol susu pasaraya


tapi shareef ..huii bukan main lagi ,semua jenis botol susu yang ada dia dah cuba...
biarpun dia fully bf..hehehe..apa tak nya mama asyik beli2 on9 je..
shareef ni good boy sangat sebab,apa jenis botol,apa jenis puting pun dia nak,bukan mcam kebanyakan baby akan suka pada satu jenis botol dan puting sahaja...anak mama ni apa2 pun boleh,apa lagi..tambah2 membazir la mama nya,,,
waktu first time guna botol,shareef pakai botol pigeon yang sekali dengan pam manual,,


last2 shareef keliru puting,dah x nak DF dengan mama,,
gugel2,dapatlah tahu pasal puting ortodhontik yang mngelakkan baby keliru puting,apa lagi,terus ke pasaraya membeli biarpun masih dalam pantang ;)
RM6.90 untuk 2 pcs brand anakku
mama just tukar sealing disk stotage bottle dengan puting ni



pandai pegang botol sendiri

time ni shareef 4 months !
anak mama dah tak keliru puting selepas guna puting ni..sebab nipple cik N kita akan mcm ni bentuknya bila dalam mulut baby..so sama la ..hehehehehe

selepas tu baru la mama gila2 beli on9
hasilnya ??.

....
,..............
..............................
.........................................
..................................................
..............................................................
...........................................................................
..........................................................................................
............................................................................................................
.............................................................................................................................
.................................................................................................................................
jeng jeng jeng



TOMMEE TIPPEE
PIGEON PERISTALTIC PLUS
FIFFY
ORGANIC KIDZ
CHICCO

agak2 dalam sebulan shareef pakai botol pasaraya,then mama beli feeding bottle Breastflow By The First Year,
ada review di sini
lepas tu tukar ke Avent,lepas tu tommee tippee...
mcm tommee tippee,shareef ok je,,,
pigeon peristaltic plus tu paling die suka..botol tu memang best sebb susu tak akan keluar kalau baby tak hisap,,
fiffy biru abang syamim punya..saja selit dlm pic..organic kidz tu pun abang punya gak..hehehe stainless steel bottle tu..tak yah tukar2 setiap 6 bulan ke setahun ke...bole pakai lama2//



Organic kidz 

chicco ok jugak..bahagian bawahnya tu boleh buka,,dan anti colic..
sorry la readers,mama malas nak snap bnyak2..bikin semak je !!


seterusnya mama nak cerita pasal botol susu Avent,,,
rata-rata hampir semua tahu pasa botol ni kan ?
YUP...SHAREEF JATUH CINTA DENGAN BOTOL AVENT NI!
shareef dah setia dengan botol ni...
yang best tentang botol ni...
jikalau guna breastpump manual Avent.bole terus pam ke botol ..
lepas pam,pasang sealing disk,bole simpan susu macam ni






lepas simpan,bila baby nak minum susu,just tukar sealing disk ke puting..jangan lupa tambah ring jugak..
boleh panaskan dalam warmer,dan bagi baby terus,
tak payah nak tukar2,dari stotage bottle ke feeding bottle..best kan ??
3 in 1 gitue
pump bottle,storage bottle and feeding bottle..
thats y mama love avent bottles !!!


antara koleksi avent mama,,,ada yang shareef punya ,ada jugak abang syamim punya..
mereka berdua suka !


antara koleksi 9 oz
koleksi 4 oz
senyum semua..click!



jangan nakal2 taw semua
kikikikiki


AVENT NATURAL 9 OZ

tengok je VIDEO NI,so korang semua boleh tahu apa tu ring ..hehehehe
ini je review mama..
finally,mama dapat publish jugak entri ni..
hooreyyyyy !!!!
buntu dah x tahu nak tulis apa..next mama akan tulis entri lagi tentang botol susu yang lain plak !
nanti nak try mimijumi dan range Tupperware ,,,cute mute semua,,,
nanti kan ye

byeeeeeeeeee

Thursday, 18 April 2013

The First Year BREASTFLOW BOTTLE

Mama ada janji nak review pasal botol susu shareef kan...hehe..mama da let go pun botol2 tu sebab shareef jatuh chinta dengan Avent feeding bottle...

tapi mama nak share jugak tentang botol ni..



botol susu ni memang unik..sebab memang hampir serupa dengan puting susu asli..hehe
dia ada 2 puting macam ni 

no.1

no.2

dua-dua puting ni disatukan jadi macam ni


kalau nak lebih detail mommys bole tengok video ini
amacam best kan ?..
dia ada penutup putih untuk tutup @ simpan susu ibu 
so bila nak guna just keluarkan dari peti sejuk,panaskan dan tukar puting jew,then feed baby


yang best tentang botol ni

  1. sama seperti baby menyusu dari puting susu ibu
  2. bole simpan susu dalam ni dan bole jugak feed baby,2 in 1
  3. cap botol ni bole attach kat belakang,so tak de kes cap hilang @ tak penat cari2...
  4. wide neck yang luas senang nak cuci
macam ni

yang tak best

  1. tak bole pam terus dalam botol ni sebab wide neck yang berbeza
  2. puting kemek bila baby menyusu
  3. puting mesti beli yang jenis ni jugak,tak bole yang lain
  4. banyak part,malas nak cuci
  5. puting cepat kotor
  6. shareef tak suka
  7. kadang2 leaking tak tentu pasal,sayang susu

dah selamat di jual hihihi

so banyak yang tak bestnyer...tue la mama let go..
harga bole tahan jugak,,yang 5 oz RM21.90 sebotol..
mama let go 4 botol RM35 je tanpa teat...
hehehe itu jew......







Saturday, 26 January 2013

Review tentang BOTOL SUSU popular Malaysia

HELLOO salam semua..agak lama ye mama tak update blog ni..hrmmm mmg ada sebab pun...battery charger untuk camera mama hilang !...susah la nak snap pic..hp mama pun bukannya canggih pun,camera nya kalau snap pic macam orang rabun jew..hihihi..tak jelas......

hari ini mama nak cerita pasal botol susu...mama ni dari zaman syamim lagi memang suka kumpul koleksi botol susu dan peralatan solid food...memang suka suka suka...tapi time tue mama x taw plak jenama mahal2 and branded mcm Avent,NUK...etc dan bla bla bla,,,
yang mama taw anakku,pureen,fiffy,baby kiko..haaa jenama biasa yang kat pasaraya tue...tapi syaratnya mama mesti tukar botol syamim setiap 3 bulan...biarpun botol tu masih nampak cantik @ tiada calar........

pernah dengat tak tentang kerajaan malaysia mengharamkan pembuatan botol susu daripada BPA..??? atau dikenali sebaga 'Bisphenol A'...
bole baca tentang BPA ni dalam blog kak Rozy....malas la mama nak tulis panjang2..hihi

bagi baby yang menyusu tidak hanya mendapatkan keperluan susu mereka melalui payudara, Pakar mengesyorkan agar Ibu2 menunggu sekurang-kurangnya 3 minggu sebelum menggunakan botol utk menyusukan baby mereka.


Mencari botol susu yg sesuai dan serasi dgn baby ni selalunya menjadi satu hal yg sukar pulak. Kerap juga kita mencuba pelbagai botol susu sebelum menjumpai botol susu yg baby kita mahu.


pening nak pilih



Kini lambakkan jenama botol susu berada di pasaran. Pelbagai reka bentuk dan corak dapat di temui malahan pelbagai kelebihan juga cuba di promosikan. Bagi Ibu yang tiada pengalaman, ianya suatu yang amat merumitkan kerana tidak dapat di pastikan jenama mana yang serasi dan terbaik buat baby. 

Samada kita memberi susu ibu atau formula pada si manja, pemilihan botol susu amatlah penting. Kebiasaannya ibu bapa akan memilih dari segi:

- Harga
- Anti Colic (Fungsi mengelakkan baby muntah atau kembung ketika menyusu)
- Mudah di cuci
- Membantu dalam penyusuan badan
- Selamat iaitu BPA free

Jom kita tengok satu persatu antara jenama botol susu yang menjadi pilihan ramai Ibu di Malaysia.....

No.1 - PHILIPS AVENT



avent


Jenama ini antara pilihan popular oleh ibu bapa di Malaysia

Advantage:
- Anti Colic 
- Mudah di cuci dan selamat
- Si Manja dapat mengawal pengeluaran susu
- Jenama yang sangat di kenali
- Selamat, BPA Free
- Tidak mudah calar

Disadvantage:
- Mudah bocor di bahagian ring puting (kebanyakkan kerana salah pasang & puting botol jenis ini cepat haus)
- Lebih mahal dari jenama lain
- Puting yang sedikit keras (kebanyakkan bayi tidak menyukainya)
-Mahal wooooo


No.2 - TOMMEE TIPPEE






Kebanyakkan ibu bapa memilih Jenama ini dan Tag Line Tommee Tippee juga yang sangat menarik "Closer to Nature"

Advantage:
- Lebih murah berbanding Avent
- Puting yang lebih lembut dan sangat-sangat menyerupai puting ibu
- Bayi sangat selesa dengan puting botol susu ini
- Bentuk yang agak unik & menarik
- Anti Colic
- BPA Free

Disadvantage:
- Saiz botol yang lebih besar dah kebanyakkan bottle holder tidak support botol bersaiz ini (jadi perlu guna yang agak besar atau dari jenama ini sahaja)
- Bayi lebih suke menggigit puting jenis ini kerana lembut




No.3 - MAM








ibu bapa memilih Jenama ini kemungkinan tertarik kepada model yg ada rongga-rongga di bawah botol susu yang membolehkan udara keluar dan masuk ke dalam botol susu tanpa mengganggu pengaliran susu keluar dari puting botol.

Advantage:
- Warna yang menarik
- Harga berpatutan
- Anti Colic
- BPA free
- Tidak mudah calar
- Tidak mudah rosak
- Mudah beralih dari breastfeed ke botol susu (no nipple confusion)
- Puting boleh di tukar dari MAM ke AVENT

Disadvantage:
- Flow susu yang terlalu laju walaupun puting jenis Newborn. Bayi kelihatan bernafas pantas dan kaki menendang2 kerana air yang laju.
- Sukar di cuci kerana perlu mencuci ke semua 6 bahagian iaitu tutup botol, punting, nipple ring, botol, pad getah bahagian bawah, dan penutup bahagian bawah.


No.4 - MIMIJUMI






Botol buatan Swiss ini semakin mendapat perhatian para ibu bapa terutama kepada yg mempunyai anak yg agak cerewet dengan gaya puting dan sebagainya.

Ramai ibu bapa yang pening kepala mencari botol susu yang sesuai untuk anak mereka yang agak memilih dan langsung tidak mahukan botol susu kerana lebih gemar kan DF.

Advantage:
- Sangat sesuai bagi yg breastfeed, kerana botol sangat natural menyerupai breast ibu.
- Kebanyakkan baby akan merasa kan seperti DF dengan ibu
puting yang sangat lembut seperti kulit. 
- BPA and latex free, EA free dan exceed US safety standards.
- Mudah cuci dan mudah buka
- Bentuk yang unik dan menarik

Disadvantage:
- Tutup (cap) botol yang mudah terbuka yang akan menyebabkan susu budah tumpah
- Harga yang agak mahal (Near RM90)
- Limited size (cuma ada 2 size - 4oz dan 8oz)
No.5 - PIGOEN



Mendapat pujian kerana keistimewaan ketara botol susu Pigeon ini adalah susu tidak akan menitik walaupun ditonggengkan. Susu hanya akan keluar apabila di hisap oleh si Manja. So.. risiko baby tersedak sgt rendah.

Advantage:
- Putting/Teats lembut
- Pilihan saiz mengikut kesesuaian tahap umur
- Mudah dicuci dan dibuka
- Tahan panas hingga 180C
- Anti Colic
- BPA Free 
- Produk buatan Malaysia

Disadvantage:
- Rekabentuk yg agak boring :)



haaa tue dia...pada kesimpulannya semua jenis botol ada pro & contra nya..pemilihan adalah di tangan baby ...hihi..sebab kita tak tahu botol yang serasi dengan mereka , so bereksperimen la dulu...bagi baby yang minum fm xde masalah yang rumit...mereka akan terima jew apa2 jenis botol pun..tapi yang BF ni ada susah sikit coz kita tak mahu baby nipple confusion..bahaya tue...ada baby yang dah tak mahu DF selepas minum dari botol,ada pula baby yang langsung tak mahu hisap botol...so make your choice perfect for u and your baby...

pada entry yang lain mama akan cerita pasal botol susu shareef plak...
botol susu shareef tak de dalam list di atas ni..hehehehe...

sekian....terima kasih kerana membaca...