MaMa~MuJaHiDaH~~My BrEaStFeEdInG mEMoRyZZZ

Monday, 22 April 2013

MY BREASTFEEDING JOURNEY PART #14- POWER PUMPING

ASSALAMUALAIKUM........

sedih,kecewa dan menyesal...itula yang mama rasa bila bagi shareef fm..tapi tak per..mama bukan bagi benda tak baik untuk anak mama...mama bagi supaya shareef sentiasa sihat walafiat...


sejak shareef minum fm tempoh hari,susu agak merudum juga...jika kurang demand so kurang jugak la supply ye..bila shareef kurang menyusu dengan mama,production pun kurang jugak..biarpun mama pam,tapi tak sama dengan direct feeding...shareef menyusu fm dalam 2-3 kali sehari..masa lain mama df dan bagi ebm dalam botol jugak..mama da tak simpan2 stok ni...sebab shareef pun macam da tak suka frozen ebm...


susu merudum ? apa nak buat ?..mama terus ingat Power Pumping (PP)



Apa itu Power Pumping?

Power Pumping adalah satu teknik mengepam susu ibu yang boleh meningkatkan penghasilan susu ibu. Teknik mengepam guna cara Power Pumping ni adalah sama seperti kita mengepam selalu. Tapi, ada teknik dan cara perlaksaan yang special bila kita mengepam menggunakan teknik Power Pumping ini. Ideanya adalah untuk meniru gaya bayi menyusu dan secara tak langsung akan meningkatkan hasil susu ibu yang di pam oleh ibu.


Siapa Perlu Buat Power Pumping?


1- Ibu yang kekurangan susu - Kekurangan susu adalah berpunca daripada pelbagai faktor. Period, perubahan hormon, emosi ibu terganggu dan lain-lain.

2- Ibu yang menyusukan anak angkat - Teknik Power Pumping digunakan untuk merangsang susu keluar.
3- Ibu yang ingin relaktasi / menyusukan semula anak yang telah berhenti menyusu susu ibu.

Macam Mana Nak Buat Power Pumping?


Jika anda menggunakan Single Pump: Pam breast kanan selama 10minit kemudian tukar pam breast kiri pula 10minit dan bertukar semula ke breast kanan 10minit dan begitulah seterusnya untuk kedua-dua breast selama 1jam.


Jika anda menggunakan Double Pump: Pam kedua-dua belah breast secara serentak selama 10minit. Kemudian rehat atau stop pam 10minit dan sambung semula pam kedua belah breast 10minit dan rehat semula 10minit. Teruskan sehingga 1jam.


Saranan Waktu Mengepam?


Seelok-eloknya pam pada waktu malam menjelang ke subuh. Ini kerana..pada waktu ini hormon untuk penghasilan susu adalah tinggi.


Berapa Lama Tempoh Nak Dapatkan Hasilnya?


Pertama sekali..kita perlu ingat bahawa bukan sekali buat Power Pumping terus susu mencurah penuh botol 5oz. Kita perlu sabar dan konsisten buat Power Pumping. Sekurang-kurangnya satu minggu kita akan dapat hasil yang menakjubkan. Walaupun pada hari pertama mengepam kita hanya dapat beberapa titis susu ataupun hanya mengepam angin semata-mata, tapi teruskan juga mengepam dan teruskan buat Power Pumping selama seminggu sekurang-kurangnya. Paling elok jika kita buat Power Pumping pada masa yang sama setiap hari selama seminggu. Kerana susu akan di demand pada masa yang sama. Demand semakin kerap dan semakin banyak. Yakinlah Allah akan membantu kita yang ikhlas ingin memberikan yang terbaik untuk anak kita. Banyakkan berdoa. InsyaAllah...


mama mula ber PP ni sejak mama rasa susu mama agak kurang...

shareef mesti tak puas kalau menyusu,dan kalau pam pun mama dapat tak lebih dari 2 oz(biasa bole dpt sehingga 8 oz untuk dua2)
hari ni hari ke-5 mama ber PP..
setiap malam pukul 12 hingga 1 pagi..time shareef nyenyak tidur...
hari pertama dan kedua tak de LDR langsung selama sejam pam tu,mybe disebabkan mama fikir @ risau sgt tentang susu..hehe
tapi malam seterusnya mama dapat 6-8 oz
Alhamdulillah.....


selain ber PP,mommys mesti tick box di bawah ni..




1) Jangan panik atau stress kerana kedua2 perkara berikut merupakan antara penyumbang kepada peningkatan kemerosotan penghasilan susu.


2) Tingkatkan jumlah pengepaman walaupun setiap pengepaman hanya menghasilkan susu yang tersangat sedikit atau titik2 susu.


3) Make sure setiap pengepaman selesai dengan pengosongan payudara (cara terbaik adalah dengan cara memicit2 di keliling payudara secara perlahan).


4) Jangan sekali2 terus mengambil jalan keluar dengan menggunakan susu formula (melainkan benar2 perlu) kerana apabila ada jalan mudah, maka si ibu tidak akan bersungguh2 utk memperbanyakkan susunya semula.-macam mama


5) Cuba cari masalah utama akibat dari kekurangan susu yang berlaku (Cth kerap terskip jadual mengepam, kurang mengepam, stess dll). Apabila kita dapat kenal pasti punca maka mudahlah kita mengatasinya...(Contoh: Jika kita kerap terskip jadual megepam, maka kaedah seperti power pumping atau menyusun semula jadual pengepaman boleh di lakukan semula).


6) Periksa diet harian anda samada ada sebarang kekurangan dalam pola pemakanan yang mungkin mempengaruhi jumlah pengepaman..(Contoh jika kurang protein, tambahkan pemakanan yang berasakan protein ke dalam menu harian)


7) Pastikan setiap pengepaman dan pam yang di gunakan benar2 selesa untuk tubuh anda - ( pam yang selesa memang mempengaruhi jumlah penghasilan susu).


8) Sekiranya anda masih memerlukan bantuan, sila hubungi pakar laktasi yang berdekatan untuk membantu situasi kalian.


9) Amalkan surah2 al kauthar atau zikir seperti Ya Matin bagi menenangkan jiwa dan permohonan secara berterusan dari Yang Maha Esa.


10) Perkara yang paling penting, JANGAN SEKALI2 BERPUTUS ASA dan sentiasa percaya bahawa setiap masalah yang timbul, ada jalan keluarnya...



Dan setelah semua perkara ini di lakukan, rajin2kan diri bangun di waktu tengah malam melakukan solat hajat dan mohon bersungguh2 agar Allah tidak menarik kembali nikmat menyusukan anak yang telah di berikan kerana hanya dengan keizinannya semua yang kita mohon akan di kabulkan.



sekian





Frozen Food For Your Baby-berkhasiat kew?





Di barat, makanan bayi yang disejukbekukan menjadi pilihan ramai ibu bapa. Namun, hal ini masih baru di Malaysia. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang makanan bayi yang disejukbekukan ini, Pa&Ma telah mendapatkan maklumat daripada Valerie Kong Swee Hwa, Pakar Pemakanan, Sri Kota Specialist Medical Centre, Klang, Selangor.

Kesibukan ibu hari ini menyebabkan ramai di kalangan kita tidak sempat menyediakan sendiri makanan untuk anak. Atas alasan ini, makanan bayi segera yang banyak dijual di pasar raya seperti bijirin bayi dan makanan sedia dalam botol menjadi pilihan. Persoalannya sekarang, adakah makanan segera ini berkhasiat?

Menurut Valerie, makanan jenis ini tidak digalakkan kerana lebih 60% makanan bayi yang ada di pasaran mempunyai kandungan gula ataupun garam yang tinggi, ataupun kedua-duanya tinggi. Oleh itu, ibu bapa perlulah sentiasa membaca label kandungan nutrien yang ada pada botol atau kotak makanan tersebut. Makanan segera bayi yang dijual boleh diterima jika kandungan sodium atau natriumnya kurang daripada 130mg per hidangan. Manakala jumlah kalori dari gula pula mestilah kurang 20%.

Jadi, untuk memastikan anak mendapat makanan yang berkhasiat walaupun ibu sibuk bekerja, beliau mencadangkan agar ibu bapa merancang makanan harian untuk si manja. Ilmu pengetahuan tentang pemakanan anak perlu ada dalam diri semua ibu bapa. Daripada proses penyediaan, cara menyimpan hinggalah cara memanaskan. Semua mesti tahu.

Untuk pengetahuan, ketahanan atau jangka hayat makanan yang ingin disejukbekukan bergantung pada jenisnya. Ibu bapa disarankan agar menyediakan dan menyejukbekukan sayur-sayuran setiap minggu. Manakala makan protein boleh tahan sehingga satu bulan. Buah-buahan yang ingin disejuk beku disarankan agar tidak dipurikan terlebih dahulu untuk mengekalkan khasiatnya. Buah-buahan yang ingin disejuk beku bolehlah dibersihkan, dipotong kecil dan dipek berasingan dalam beberapa bekas kecil. Jika ingin digunakan, keluarkan dari peti ais, letakkan pada suhu bilik sehingga ais mencair dan purikan. Beri terus makanan tersebut kepada anak.


Utamakan Kebersihan
Perkara yang perlu dititikberatkan ketika proses penyediaan makanan untuk anak-anak ialah memastikan makanan yang dimasak itu menepati suhu yang sepatutnya. Oleh itu, anda disarankan agar membeli termometer makanan untuk memeriksa suhu makanan setiap kali memasak.

Biasanya bayi yang berusia enam bulan ke atas atau bayi yang boleh mengangkat kepalanya sendiri tanpa sebarang bantuan sahaja yang boleh diberi makan makanan yang telah disejukbekukan. Apa pun, hal ini bergantung pada individu.

Valerie memberitahu bahawa untuk menyediakan makanan sejuk beku, anda perlulah memastikan tangan dibersihkan dahulu sebelum memegang sebarang makanan. Peralatan memasak serta bekas yang digunakan untuk menyimpan makanan juga perlu dibasuh bersih dan dinyahkuman.

Untuk menyejukbekukan sayur-sayuran, celur selama satu minit di dalam air mendidih. Anda boleh juga menggunakan teknik stim. Sayur yang telah dicelur itu kemudiannya dimasukkan ke dalam air berais untuk menghentikan proses memasak. Selepas itu, masukkan sayur tersebut ke dalam pengisar makanan dan kisar sehingga halus atau menjadi puri. Sejukkan puri tersebut dalam suhu bilik. Kemudian, sendukkannya ke dalam bekas air batu kiub. Balut bekas tersebut dengan plastik dan terus masukkan ke dalam bahagian sejuk beku peti ais anda. Cara ini dapat mengekalkan nutrien yang terkandung di dalamnya. Makanan sejuk beku adalah pilihan kedua terbaik selepas pengambilan makanan segar. Makanan yang disejukbekukan mampu mengekal nutrien yang terkandung di dalamnya.




Tambah beliau lagi, jika di sediakan dengan cara yang betul, makanan sejuk beku selamat disimpan selama satu hingga dua bulan. Paling maksimum ialah selama tiga bulan. Walau bagaimanapun bergantung pada suhu bahagian sejuk beku peti ais anda. Jangka hayat makanan ini berdasarkan kepada suhu bahagian sejuk beku yang kurang 0°C. Tetapi sekiranya makanan tersebut hanya diletakkan di dalam peti ais, jangka hayatnya kurang 48 jam. Sebenarnya, anda digalakkan agar menghabiskan makanan sejuk beku tersebut dalam tempoh satu bulan. Perkara yang paling penting ialah memastikan peti ais anda dalam keadaan yang baik, iaitu suhu beku kurang daripada 0°C.


baby peas puree

Bekas air batu kiub dan beg plastik sejuk beku selamat digunakan untuk menyimpan makanan sejuk beku. Bekas air batu kiub paling sesuai kerana anda boleh mengambil kuantiti yang diperlukan sahaja dan selebihnya boleh terus disimpan.

Menjawab soalan tentang cara untuk memberi anak makan makanan yang telah disejukbekukan, Valeria menerangkan bahawa makanan sejuk beku tersebut perlulah dikeluarkan mengikut kuantiti yang diperlukan oleh anak dan letakkan ke dalam peti ais bahagian biasa. Biarkan semalaman. Kemudian, masukkan ke dalam mangkuk kaca. Ada dua cara untuk memanaskan makanan sejuk beku bayi. Pertamanya ialah dengan menggunakan ketuhar gelombang mikro. Masukkan mangkuk kaca berisi makanan sejuk beku itu ke dalam ketuhar dan panaskan selama 15 saat. Kacau dan panaskan lagi sehingga mencapai suhu yang dikehendaki. Cara yang kedua pula menggunakan kaedah ‘sunmersion’ atau kaedah ‘double boil’. Walau bagaimanapun beliau mengingatkan agar jangan sesekali memanaskan semula makanan sejuk beku di dapur bagi mengelakkan pencemaran terhadap makanan tersebut.



Valerie turut menegaskan agar anda hanya membeli bahan mentah yang benar-benar segar dan bersihkan dengan sempurna. Pastikan makanan berada dalam suhu bilik sebelum dimasukkan ke dalam bekas dan disejukbekukan. Gunakan hanya sedikit air di dalam makanan yang ingin disejukbekukan dan gunakan api yang perlahan semasa memasak. Terlalu banyak air akan memendekkan jangka hayat makanan. Ingat, jangan sejuk bekukan kembali makanan yang sudah dicairkan. Hal ini kerana proses sejuk bekukan dan pemanasan kembali makanan akan menghilangkan nutrisi yang terkandung di dalamnya dan air liur dari mulut bayi boleh menyebabkan pencemaran.

source-majalah pa&ma




Sunday, 21 April 2013

RISIKO BAYI YANG TIDAK MENYUSU SUSU IBU


Berikut adalah senarai risiko penyakit/masalah yang mungkin dihadapi oleh bayi yang tidak diberi susu ibu hasil kajian pakar:

1. Perkembangan kognitif dan kecerdasan.

Perkembangan otak bayi belum sempurna sebaik dilahirkan, malah pembentukan dan perhubungan sel-sel saraf berkembang pesat dalam 3 tahun pertama hayatnya. Apabila proses ini selesai, sel otak boleh mati namun tidak akan berganti. Susu ibu yang memang khusus untuk bayi manusia mengandungi semua nutrien yang diperlukan untuk perkembangan otak bayi untuk mencapai potensi maksimum. Sebaliknya susu formula tidak mengandungi semua nutrien tersebut (malah kita tidak mengetahui dengan tepat apakah kandungan sebenarnya!)

Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang diberi susu ibu ketika bayi menunjukkan skor yang tinggi dalam ujian kepintaran.

Para pengkaji juga mendapati kanak-kanak yang minum susu ibu dalam jangka waktu lama menunjukkan skor kepintaran yang lebih tinggi berbanding kanak-kanak yang minum susu ibu dalam jangka masa singkat.

2. Diabetes.

Diabetes jenis I (yang diwarisi secara genetik) biasa dikesan di kalangan kanak-kanak . Kajian ke atas kanak-kanak yang tidak diberi susu formula (sekurang-kurangnya sehingga umurnya 1 tahun) mendapati bahawa kanak-kanak tersebut mempunyai kebarangkalian lebih rendah untuk menghidap diabetes.

3. SIDS (Sudden Infant Death Syndrome).

SIDS ialah situasi kematian mengejut bayi, biasanya ketika tidur. Tidak diketahui penyebab terjadinya kematian begini. Namun begitu kajian menunjukkanbayi yang diberi susu formula lebih tinggi risiko terjadinya SIDS.

4. Masalah pernafasan.

Peningkatan penyakit asma di kalangan kanak-kanak amat ketara pada masa sekarang. Tidak dinafikan faktor persekitaran menyumbang kepada peningkatan tersebut termasuk pendedahan kepada pencemaran udara dan pertambahan bilangan kanak-kanak di nurseri, tadika serta pusat jagaan mendorong pendedahan kepada virus pada usia muda.

Kajian menunjukkan pemberian susu formula kepada bayi meningkatkan risiko kepada asma dan juga masalah pernafasan lain seperti respiratory syncytial virus (RSV). Kanak-kanak ini juga lambat sembuh berbanding kanak-kanak yang diberi susu ibu.

5. Jangkitan telinga.

Jangkitan telinga agak biasa terjadi di kalangan kanak-kanak. Kajian mendapati risiko terjadinya otitis media (jangkitan telinga) lebih tinggi di kalangan kanak-kanak yang diberi susu formula.

Jangkitan telinga sangat sakit bagi bayi/kanak-kanak dan boleh menyebabkan komplikasi lain – pengumpulan cecair di dalam telinga dalam jangka masa yang lama akibat jangkitan itu boleh menyebabkan masalah pendengaran dan perkembangan pertuturan pada kanak-kanak tersebut.

6. Kanser.

Kajian mendapati kanak-kanak kecil yang minum susu formula mempunyai risiko lebih tinggi menghidap kanser pada usia mudanya.

7. Jangkitan saluran pencernaan.

Tidak dapat dinafikan masalah sistem pencernaan berkait rapat dengan apa yang dimakan. Pemberian susu formula meningkatkan risiko terhadap cirit birit dan lebih buruk lagi mengalami fasa penyembuhan yang perlahan. Ini adalah kerana apabila bayi mengalami cirit birit dan muntah-muntah, doktor selalu menasihatkan supaya mengurangkan pemberian susu formula dan banyakkan minum air (untuk mengelakkan kekontangan).

Kurang menyusu bermakna kurang nutrien diperoleh bayi. Sebaliknya bayi yang minum susu ibu masih boleh terus menyusu. Oleh itu bayi akan mendapat nutrien yang cukup dan juga antibodi yang akan membantunya membunuh kuman yang menyebabkan jangkitan pada saluran pencernaannya.

Bayi yang minum susu ibu juga jarang-jarang mengalami sembelit sebaliknya bayi yang minum susu formula sering mengalami masalah pembuangan air besar.

8. Keberkesanan vaksin.

Pemberian susu formula mengurangkan keberkesanan pemvaksinan dengan mengurangkan respon bayi terhadap penghasilan antibodi di dalam badan.

Sebaliknya bayi yang minum susu ibu memberi respon yang baik kepada pemvaksinan dan menghasilkan lebih banyak antibodi di dalam badannya.

(Catatan peribadi: pemvaksinan ialah kaedah imunisasi dengan cara menyuntik vaksin ke dalam badan. Suntikan vaksin akan merangsang sel darah putih menghasilkan antibodi untuk melindungi badan daripada jangkitan penyakit.)

9. Perkembangan rahang dan otot muka.

Adakah anda menyedari bahawa teknik hisapan bayi yang minum melalui botol (susu formula) berbeza dengan bayi yang minum susu ibu daripada payudara ibunya? Sesetengah orang mengakui bahawa bayi yang minum susu ibu dapat dikenal melalui pipinya yang cantik membulat!

Perkembangan rahang, otot muka dan pipi ini akan ketara kepentingannya apabila bayi ini membesar menjadi kanak-kanak nanti kerana bayi yang minum susu ibu apabila besar kelak kurang memerlukan rawatan pergigian berbanding kanak-kanak yang minum susu formula.

Penyusuan ibu menjadikan pembentukan rahang dan otot muka terbentuk dengan baik dan seterusnya menghasilkan rahang yang cantik dan gigi yang tersusun rapi.

10. Obesiti

Bayi yang minum susu formula juga terdedah kepada masalah obesiti (kegemukan) pada usia muda (kanak-kanak dan remaja).

Kesimpulan: banyak lagi masalah kesihatan lain yang boleh berlaku apabila bayi tidak diberi susu ibu dan diganti dengan permberian susu formula. Ini termasuk eczema, masalah jantung, alergi, kolik, meningitis dan sebagainya.

[Nota peribadi: Susu ibu diciptakan spesifik untuk tiap-tiap bayi di dunia, mengandungi semua yang terbaik untuknya.]

Sumber: The Ultimate Breastfeeding Book of Answer, by Jack Newman M.D and Teresa Pitman.

source : http://www.momschoice.com.my/blog & Hadha
          http://mamaqaireen.blogspot.com/2011/02/risiko-bayi-yang-tidak-menyusu-susuibu.html

MAMA rasa nyesal sangat selepas baca ni...napa la mama bagi shareef Fm >? hua hua hua