MaMa~MuJaHiDaH~~My BrEaStFeEdInG mEMoRyZZZ

Thursday 26 September 2013

mohamed Shareef Muzhaffar 1 year

Assalamualaikum wbt...
yeaahhh...shareef dah genap setahun ..pada 24 september 2013...
Alhamdulillah,anak mama membesar sihat dengan susu mama....syukur ya Rabb...
mama dah berjaya dapat degree in breastfeeding,,lepas ni kejar master dan seterusnya pHd..hehehe..darjat paling tinggi la konon tu..lepas genap 2 tahun susukan shareef secara rasmi mama dpt pangkat doktor,,hahaha..doktor susu!

macam baru sahaja mama mengandung dan melahirkan shareef,tapi dah setahun rupanya,,cepat sungguh masa berlalu...

Tarikh edd yang diberi oleh doktor ialah 15 september 2013.
Tapi shareef suka dduk dlm perut mamanya..
16,17,18,19,20 tak ada tanda2 nak keluar..mama buat mcm2 supaya ada kemungkinan shareef nak keluar..tapi hampa..21,22 masih macam tu.

Mama diberi surat pada 22 september bahawa pada tarikh 24 september mama harus ke tawau.
Sama ada induce atau czer.mama berserah dan tawakal sahaja.
Tetapi pada malam 23 mama rasakan kelainan pada perut.
Dan mulanya kontraksi pukul 2 pagi.
Berlanjutan sehingga 4 pagi.
Mama berwuduk dan baca apa sahaja surah yang tahu sambil minum milo..

Pada pukul 5 kontraksi selang 5 minit.mama kejutkn suami dan mak.
Mama mandi air suam, solat subuh sama2...dan ke hospital tepat pukul 6 pagi..
Bertarung nyawa tahan sakit kontraksi selama 3 jam.
Tepat pukul 9 lahirlah putera mama Mohamed Shareef Muzhaffar Bin Sarbudeen dengan berat 3.90 KG secara normal di hospital Semporna .
Hanya air mata tanda kesyukuran dan kegembiraan.
Anak mama lahir selepas 9 hari posdate...tapi sihat walafiat.

Selamat hari jadi sayang ku.
Kehadiran kamu menambahkan lagi kemanisan dalama keluarga kita..
Semoga kamu menjadi anak soleh.
Menjadi insan berguna dunia akhirat.
Mama sentiasa doakan kamu ...Amin





anak mama baru menapak 2 @ 3 langkah tanpa memegang apa2..kalau rajin,bole jalan dah dalam masa sebulan..shareef jugak makin lincah dan nakal..
makan agak kurang sebab mak kata biasa la budak belajar jalan mmg kurang selera makan,,,susu ok jer..mcm biasa..

semoga diberi kesihatan yang baik,menjadi anak yang mendengar kata,menjadi anak yang soleh...Amin..

semoga juga diberi rezeki untuk menyusu sehingga genap 2 tahun..Insha Allah..
sayang anak mama!!!!!

shareef keluar di tv pada birthdaynya,mama mail pic sebulan sebelum hari jadinya..




mama kirim gambar syamim sekali,takut die merajuk nanti...
jamuan hari jadi shareef akan di sambut sabtu ini insha Allah,,sekali dengan bday mama 29.09 hehehehe.....




No comments:

Post a Comment