MaMa~MuJaHiDaH~~My BrEaStFeEdInG mEMoRyZZZ

Friday, 28 June 2013

menu harian shareef

salam mommys...
mama nak share menu harian solid food shareef
sekarang ni shareef makan solid food 3x sehari,,,
pagi,tengahari dan petang
breaskfast ,lunch and dinner gitue...
shareef menyusu hanya 15% sehari..iaitu malam sahaja...siang minum jugak tapi tak direct..minum ebm dalam botol jika masuk buai...
selebihnya 85% shareef bergantung kepada makanan sahaja...
suka sangat anak mama ni makan..
selera..sebab mama masak sedap2 !!!

memandangkan shareef dah masuk 9 bulan so mama perlbagaikan menu makanannya...
biasa breakfast shareef makan


  • bubur oat + pes kurma
  • puree kentang + puree labu
  • bubur nasi + bayam
  • bubur nasi + kentang

contoh

 bubur oat + kurma

comel tak plate nih?
aeroplane

macam tue lah yang simple2 jer....kalau lunch plak biasa mama masak bubur nasi yang ditumis

  • biasanya bubur ayam
  • bubur ayam+kentang+lobak
  • bubur ayam+lobak+bayam
  • bubur ayam+zucchini(timun jepun)
  • bubur nasi+ sayuran + ikan bilis*
  • lain lagi mama mix je sayur2 yang ada dalam peti sejuk
  • hehe,bole tgk cara mama tumis bubur dalam entri INI
ikan bilis* tue mama cuci bersih2,goreng,blend dan simpan dalam bekas kedap udara..bila perlu hanya letak sesudu !

contoh

bubur nasi+labu+kurma

untuk dinner plak mama bagi yang agak berat sikit..biasa shareef dinner pada pukul 7 malam...
kalau ada baki bubur yang mama masak untuk lunch ,mama akan bagi yang tu sahaja...kalau rajin,mama masak lagi bubur...ngeeee
tapi biasanya jika mama masak bubur ayam untuk lunch..mama masak untuk 2 hari sekaligus..maksudnya mama simpan untuk lunch esoknya..
sebab dalam rak biasa makanan baby tahan 48 jam kan..so senang kerja..
hehehehe..
mama belum introduce ikan dan telur lagi untuk shareef ,tunggu la 10 bulan..
begitu jugak dengan pasta...belum ada masa lagi nak try resepi baru..
nanti ada msa mama try dan share ye !

contoh

bubur nasi + kentang+ ikan bilis


ni contoh menu

sepatutnya kalau masuk 9 bulan kena bagi baby finger food..but mama tak berani la sebab shareef belum ada gigi !!!!
setakat nih mama belum campur gula dan garam lagi dalam makanan shareef..yes,,kalau nak manis bole letak pes kurma,,kalau nak masin sikit boleh letak kisaran ikan bilis sesudu..yummy..sedap taw!
shareef jugak tidak pernah minum jus buah lagi...
anyway..mama dah buat yang terbaik untuk anak mama..so far..semua ok..makanan yang shareef try takde allergic @ ketidakserasian..
sedikit info tentang kebaikan kurma..

Buah kurma atau dalam bahasa Arabnya tamar tergolong dalam keluarga phoenix.

Sekumpulan jenis palm seperti kelapa sawit sementara buahnya bertangkai
seperti buah pinang. Kurma mengandung khasiat yang tinggi seperti kismis dan aprikot kering. Antaranya kurma kaya dengan protein, serat, gula, vitamin A dan C serta zat mineral atau galian seperti besi, kalsium, sodium dan potasium. 


Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0 per seratus, serat 2.0
hingga 4.0 per seratus dimana kandungan gulanya 50 hingga 57 peratus
glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula didalamnya telah ditukar secara
semula. Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap tubuh adalah serta-merta.
Sebaliknya gula di dalam kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai
fraktosa dan gula tebu atau gula pasir yang biasa mengandungi sukrosa
tidak boleh menyerap terus dalam tubuh. Ia terpaksa dipecahkan dahulu
oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap tubuh sebagai tenaga. 

Kita makan kurma tanpa buang kulitnya yang mengandungi serat. Amat baik untuk mencegah barah usus besar
kerana ia melawaskan. Sementara kandungan vitamin A dan C amat tinggi
pada peringkat khalal atau rotab dan menurun sedikit pada peringkat
tamar. Selain itu ia mengandungi zat galian dan yang paling banyak
dikenali sebagai potasium. Potasium diperlukan oleh tubuh untuk sistem
saraf kerana kurma adalah excellant source atau sumber mujarab. Memang
dalam susu, yogurt dan makanan laut juga mengandungi potasium tetapi
jumlahnya sedikit. 


Pengambilan potasium yang berlebihan tidak mengumpul toksid di dalam tubuh atau memudaratkan. Sebaliknya ia merangsang selera makan bagi yang berpenyakit serta 
bagus
 untuk golongan yang mengalami sembelit, lemah otot, sengal-sengal
badan, letih, lesu, mengalami tekanan serta menguatkan ingatan. Ramai beranggapan hanya kismis
yang baik untuk menguatkan ingatan, sebenarnya kurma juga setanding.
Mungkin atas alasan pihak-pihak tertentu atau negara pengeluar anggur
telah menjalankan kempen makan kismis dan mempopularkan khasiatnya. 

SUMBER DARI : http://petuaseharian.blogspot.com/2011/08/khasiat-kurma.html


Jadi pada ibu bapa yang anaknya sangat aktif, mempunyai masalah sembelit ke..  Boleh lah cuba dengan memberikan kurma kepada anak2.
Walaupun cuma satu biji satu hari.

Dengan kandungan glukosa yang tinggi, ianya akan memberi tenaga buat si manja sepanjang hari.  InsyaAllah.

Glucose, sucrose, fructose..  semuanya adalah GULA...  semuanya menghasilkan rasa yang manis.

ready for mam mam

itu sahaja entry mama kali nih...

homemade only !

just for u my dearest son !!





No comments:

Post a Comment