MaMa~MuJaHiDaH~~My BrEaStFeEdInG mEMoRyZZZ

Sunday, 30 June 2013

resipi makanan baby 6-12 bulan

hello mommys..mama nak share resipi2 untuk baby 6-12 bulan...
di atas permintaan kawan2 mama yang ada baby..dan pening nak masak menu apa setiap hari..taraaaaaa...ni mama korek2 kat google untuk anda !!
harap dapat membantu sebanyak sedikit dalam menyediakan makanan untuk permata hati kita...
homemade only !!!






Resipi masakan kentang

Kentang saiz kecil 1 biji
Keju cedar 1 keping
Brokoli 2 'pokok' kecil
2-3 sudu air suam, susu ibu atau bancuhan susu yang bayi minum.
Cara membuatnya
Rebus kentang dengan kulitnya yang sudah dibersihkan sehingga empuk.
Rebus brokoli sehingga masak.
Siat kulit kentang, potong untuk mudah dimasukkan ke dalam pengisar.
Masukkan semua bahan dalam pengisar dan kisar sehingga halus berkrim.


Bubur Oat, Ikan dan Saderi

Rebuskan beras (masak bubur nasi)
10 ekor ikan segar tanpa tulang atau ikan bilis
1 helai daun sedari
secawan air
Cara membuatnya
Jika gunakan ikan bilis, ikan bilis direndam 5 minit untuk membuang garamnya.
Masak ikan/ikan bilis dan air dengan api kecil selama 5 minit.
Setelah masak, masukkan daun saderi yang dicincang halus. Jerang sebentar sehingga daun saderi masak.
Hancurkan ikan/ikan bilis dan masukkan ke dalam bubur.

Hidangkan.

Resipi Kentang, Lobak dan Pis Bersusu

Bahan-bahannya
1/4 biji kentang saiz sederhana dadu
1 sudu lobak merah dadu
1 sudu kacang pis beku1/
2 cawan air
3 sudu susu ibu/formula dibancuh
Masukkan air, lobak merah dan kentang dalam periuk. Masak api kecil sehingga empuk.Setelah empuk, masukkan kacang pis.Masak 5 minit.Masukkan susu, kacau.Hidangkan.Lenyek untuk bayi 8-11 bulan atau kisar halus untuk bayi 6-8 bulan.



Bubur Tauhu, Brokoli, Lobak Merah dan Ayam
Sebenarnya bahan ni nak masak untuk orang dewasa... alang-alang, buat la untuk baby . Masakan ni sesuai untuk baby umur 8 bulan ke atas...
Bahan-bahan (2 hidangan atau lebih)
1 sudu nasi
1/4 keping tauhu
1/4 keping dada ayam - potong dadu
3 hiris lobak merah
3 kuntum kecil brokoli
Cara-caranya
Kukus semua bahan.. *
Lenyek atau kisar sehingga mendapat tekstur yang anda mahu.. ops.. yang baby mahu.... *Saya kukus senang aje... masukkan bahan yang nak dikukus dalam mangkuk tahan panas.. Lepas tu, bila kita masak nasi, sebelum nasi kering, saya letakkan mangkuk tadi atas nasi, dan tutup semula tudung periuk... lepas padam api, biarkan dulu beberapa minit.. lepas tu angkat je la...

Bubur Nasi, Ikan Merah dan Lobak

Bubur ini sesuai untuk bayi 8 bulan ke atas.
3 sudu nasi yang baru dimasak
Sekeping ikan merah - anggaran 50 gram, pastikan tanpa tulang
1 ulas bawang putih
1 sudu lobak merah yang telah didadu
1 tangkai daun sup yang telah dicincang halus.
1 cawan airMasuk semua bahan (kecuali daun sup) ke dalam periuk.

Gunakan api besar untuk didihkan masakan dan kecil api dan biar sehingga lobak merah lembut dan ikan masak.Masukkan daun sup dan masak selama 2 minit lagi.Kisar halus atau terus hidangkan.

Sup Kobis Bunga dan Kentang

Bayi 8 bulan ke atas.
1/4 cawan kobis bunga - potong kecil
1 biji kentang saiz sederhana - di dadu
5 ekor ikan bilis - tumbuk halus2.
5 cawan air
Masukkan semua bahan dalam periuk. Masak api besar.Setelah mendidih, kecilkan api, tutup periuk. Masak lagi selama 20 minit.Kisar halus. Hidangkan. Brokoli Bakar. Brokoli dibasuh dan dipotong kecil. Panaskan oven 190 C. Kupas dan cincang bawang. Rebus brokoli, 5 minit sehingga lembut, toskan air, ketepikan. Tumis bawang dengan sedikit minyak. Masukkan tomato. Masak selama 10 minit. Masukkan brokoli. Tutup api.


Masukkan nasi, brokoli dan tomato dalam bekas pembakar. Pukul telur, susu dan separuh daripada keju yang telah diparut untuk dijadikan sos. Tuangkan sos tadi ke atas campuran nasi dalam bekas pembakar tadi. Taburkan baki keju cheddar tadi ke atas campuran nasi. Bakar 40 minit atau sehingga perang.

* 2 sudu besar beras.
* 1 biji kentang sederhana besar dipotong kecil
* 1 pokok sawi dipotong kecil
* 1/2 batang lobak merah dipotong kecil
* Sedikit kiub ayam tanpa msg
* Sedikit garam
* Sedikit bawang goreng yang digoreng dgn sedikit minyak zaitun
* Sedikit santan
* Sedikit isi ayam yang dicincang
* Sedikit daging yang dicincang
* 500 ml air
* Sedikit daun sup dan daun bawang

Cara-cara

1. Basuh beras dan masukkan air. Masak beras di atas api yang kecil.
2. Bila mendidih masukkan kentang, lobak merah, kiub ayam, garam, ayam dan daging
3. Biarkan di atas api sehingga biji beras pecah,masukan air jika terlalu pekat.
4. Masukkan santan dan kacau.Biarkan seketika.Masukkan sawi, Daun sup dan daun bawang.Biarkan seketika sehingga daun daun tadi layu.
5. Bila sudah pekat boleh lah dipadamkan api.Biarkan sejuk sebelum dikisar.Masukkan bawang goreng untuk dikisar bersama.Kisar hingga halus untuk diberikan kepada bayi ada.

Bubur Nasi dan Kurma

Sesuai untuk bayi 8 bulan ke atas.
3 sudu nasi yang telah dimasak
1/4 cawan air suam
2 biji kurma dibuang bijinya
Caranya...
Masukkan semua bahan dalam pengisar
Kisar halus
Hidangkan


Bubur kurma prune

Bahan-bahan ( 1 Orang )

* Segenggam beras
* 15 biji kismis kuning
* 2 biji buah prune
* 5 biji kurma lembut tanpa kulit
* Sepotong betik masak ranum yang manis (buat kiub kecil supaya mudah dilecek)
* Air rebusan barli

Cara-cara

1. Masak beras dengan air rebusan barli hingga kembang.
2. Masukkan kismis,prune dan kurma.Masak hingga kembang dan pekat.
3. Lecekkan potongan betik di dalam bubur yang telah masak.Sedia utk hidangan.

tk 8 bln ke atas...atas nasihat doktor...utk elakkan sembelit...


Bubur ayam istimewa

Bahan-bahan ( 1 orang )

* 2 sudu besar beras
* 2 sudu besar barli
* 2 sudu besar ground oatmeal
* 1 biji kentang
* Sedikit lobak merah
* Sedikit sawi (bahagian daun sahaja)
* Sedikit daun sup (bahagian daun sahaja)
* Sedikit daun bawang
* Sedikit isi ayam
* Sedikit bunga kobis
* Air

Cara-cara

1. Tumbuk kasar beras, barli dan oatmeal.
2. Masak bahan tumbuk dengan air hingga kembang.Masukkan kentang,ayam,lobak merah,bunga kobis.Masak hingga empuk dan pekat.
3. Kemudian masukkan sawi, daun sup dan daun bawang.Masak selama 5 minit lagi.Boleh lah diangkat dan dikisarkan untuk dihidangkan kepada bayi anda.
4. Untuk hidangan org dewasa, atau kanak-kanak bolehlah dimasukkan sedikit garam dan kiub ayam.


Resepi pengenalan kepada daging utk bayi anda....8 bulan ke atas...(dengan nasihat doktor)

Bahan-bahan ( 1 Orang )

* 1/2 cawan daging lembu (direbus hingga empuk dan dipotong nipis)
* 1 biji kentang
* 1/4 cawan kacang peas tanpa kulit
* Sedikit lobak merah
* Sedikit celery
* 1/4 cawan makaroni
* air

Cara-cara

1. Masukkan makaroni dalam air dan masak hingga lembut.Biarkan atas api yang kecil.
2. Potong sayuran kecil-kecil dan masukkan ke dalam makaroni tadi.Tambahkan air jika perlu.Masukkan daging.Biarkan seketika di atas api.
3. Angkat dan toskan air rebusan.Jangan buang air rebusan.Gunakan ia utk mengisar isi rebusan tadi sebelum diberikan kepada bayi anda.
4. Untuk Orang dewasa atau kanak-kanak bolehlah ditambahkan garam dan kuib daging.Tidak perlu dikisar utk hidangan dewasa.

Pasta versi bayi

Bahan-bahan ( 1 Orang )

* 10 batang spaggeti (dipatah-patahkan)
* 1 biji kentang (potong dadu)
* 1/4 batang lobak merah (potong dadu)
* Sedikit isi ayam (hiris nipis)
* Sedikit daun sup dan daun bawang (hiris kasar)
* Air

Cara-cara

1. Rebus spagetti hingga betul-betul lembut.Tos dan ketepikan.
2. Rebus isi ayam hingga masak.Masukkan kentang dan lobak merah.Rebuakan lagi hingga kentang dan lobak merah empuk.
3. Masukkan spagetti.Rebuskan lagi utk seketika.Kemudian masukkan daun sup dan daun bawang.Masak hingga daun sup dan dan bawang layu.
4. Angkat dan kisarkan utk disajikan kepada bayi anda (bayi 8 bln ke atas)
5. NOTE : Untuk sajian kanak-kanak atau orang dewasa tambahkan garam secukup rasa dan kuib ayam.Tidak perlu dikisar

BUbur ikan istimewa

sedikit beras
ikan merah/tenggiri/bawal/
sedikit halia
seulas bwg putih
kentang/carrot/brokkolo/kubis bunga
sedikit daun sup/ daun bawang

cara..
panaskan minyak
tumis bwg putih dah halia hingga naik bau
masukkan isi ikan
masukkan beras yg sudah di cuci bersih
masukkan kentang / brokolli/carrot (ikut suka)
masak sampai beras masak
taburkan sedikit daun bwg/sup...

utk perasa, gunakan ikan bilis yg di blender, tabur sedikit masa nak suap baby.
sedap....
saya tak gunakan garam atau sebarang serbuk perasa kerana buah pinggang baby
tak dapat nak proses garam...

Bubur Oat + Ikan


Bahan-bahan

* 3 sudu rolled oat/oat untuk dimasak (oat biru jika quaker oat)
* 10 ekor ikan segar tanpa tulang atau ikan bilis
* 1 helai daun sedari
* secawan air

Cara membuatnya

* Jika gunakan ikan bilis, ikan bilis direndam 5 minit untuk membuang garamnya.
* Masak oat, ikan/ikan bilis dan air dengan api kecil selama 5 minit.
* Setelah masak, masukkan daun saderi yang dicincang halus. Jerang sebentar sehingga daun saderi masak.
* Hancurkan ikan/ikan bilis dan masukkan ke dalam bubur.
* Hidangkan.

ini sahaja yang mama mampu cari setakat nih...
ada masa lagi mama korek google dan share ye...
sebenarnya ini untuk rujukan mama jugak ;)


Friday, 28 June 2013

menu harian shareef

salam mommys...
mama nak share menu harian solid food shareef
sekarang ni shareef makan solid food 3x sehari,,,
pagi,tengahari dan petang
breaskfast ,lunch and dinner gitue...
shareef menyusu hanya 15% sehari..iaitu malam sahaja...siang minum jugak tapi tak direct..minum ebm dalam botol jika masuk buai...
selebihnya 85% shareef bergantung kepada makanan sahaja...
suka sangat anak mama ni makan..
selera..sebab mama masak sedap2 !!!

memandangkan shareef dah masuk 9 bulan so mama perlbagaikan menu makanannya...
biasa breakfast shareef makan


  • bubur oat + pes kurma
  • puree kentang + puree labu
  • bubur nasi + bayam
  • bubur nasi + kentang

contoh

 bubur oat + kurma

comel tak plate nih?
aeroplane

macam tue lah yang simple2 jer....kalau lunch plak biasa mama masak bubur nasi yang ditumis

  • biasanya bubur ayam
  • bubur ayam+kentang+lobak
  • bubur ayam+lobak+bayam
  • bubur ayam+zucchini(timun jepun)
  • bubur nasi+ sayuran + ikan bilis*
  • lain lagi mama mix je sayur2 yang ada dalam peti sejuk
  • hehe,bole tgk cara mama tumis bubur dalam entri INI
ikan bilis* tue mama cuci bersih2,goreng,blend dan simpan dalam bekas kedap udara..bila perlu hanya letak sesudu !

contoh

bubur nasi+labu+kurma

untuk dinner plak mama bagi yang agak berat sikit..biasa shareef dinner pada pukul 7 malam...
kalau ada baki bubur yang mama masak untuk lunch ,mama akan bagi yang tu sahaja...kalau rajin,mama masak lagi bubur...ngeeee
tapi biasanya jika mama masak bubur ayam untuk lunch..mama masak untuk 2 hari sekaligus..maksudnya mama simpan untuk lunch esoknya..
sebab dalam rak biasa makanan baby tahan 48 jam kan..so senang kerja..
hehehehe..
mama belum introduce ikan dan telur lagi untuk shareef ,tunggu la 10 bulan..
begitu jugak dengan pasta...belum ada masa lagi nak try resepi baru..
nanti ada msa mama try dan share ye !

contoh

bubur nasi + kentang+ ikan bilis


ni contoh menu

sepatutnya kalau masuk 9 bulan kena bagi baby finger food..but mama tak berani la sebab shareef belum ada gigi !!!!
setakat nih mama belum campur gula dan garam lagi dalam makanan shareef..yes,,kalau nak manis bole letak pes kurma,,kalau nak masin sikit boleh letak kisaran ikan bilis sesudu..yummy..sedap taw!
shareef jugak tidak pernah minum jus buah lagi...
anyway..mama dah buat yang terbaik untuk anak mama..so far..semua ok..makanan yang shareef try takde allergic @ ketidakserasian..
sedikit info tentang kebaikan kurma..

Buah kurma atau dalam bahasa Arabnya tamar tergolong dalam keluarga phoenix.

Sekumpulan jenis palm seperti kelapa sawit sementara buahnya bertangkai
seperti buah pinang. Kurma mengandung khasiat yang tinggi seperti kismis dan aprikot kering. Antaranya kurma kaya dengan protein, serat, gula, vitamin A dan C serta zat mineral atau galian seperti besi, kalsium, sodium dan potasium. 


Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0 per seratus, serat 2.0
hingga 4.0 per seratus dimana kandungan gulanya 50 hingga 57 peratus
glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula didalamnya telah ditukar secara
semula. Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap tubuh adalah serta-merta.
Sebaliknya gula di dalam kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai
fraktosa dan gula tebu atau gula pasir yang biasa mengandungi sukrosa
tidak boleh menyerap terus dalam tubuh. Ia terpaksa dipecahkan dahulu
oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap tubuh sebagai tenaga. 

Kita makan kurma tanpa buang kulitnya yang mengandungi serat. Amat baik untuk mencegah barah usus besar
kerana ia melawaskan. Sementara kandungan vitamin A dan C amat tinggi
pada peringkat khalal atau rotab dan menurun sedikit pada peringkat
tamar. Selain itu ia mengandungi zat galian dan yang paling banyak
dikenali sebagai potasium. Potasium diperlukan oleh tubuh untuk sistem
saraf kerana kurma adalah excellant source atau sumber mujarab. Memang
dalam susu, yogurt dan makanan laut juga mengandungi potasium tetapi
jumlahnya sedikit. 


Pengambilan potasium yang berlebihan tidak mengumpul toksid di dalam tubuh atau memudaratkan. Sebaliknya ia merangsang selera makan bagi yang berpenyakit serta 
bagus
 untuk golongan yang mengalami sembelit, lemah otot, sengal-sengal
badan, letih, lesu, mengalami tekanan serta menguatkan ingatan. Ramai beranggapan hanya kismis
yang baik untuk menguatkan ingatan, sebenarnya kurma juga setanding.
Mungkin atas alasan pihak-pihak tertentu atau negara pengeluar anggur
telah menjalankan kempen makan kismis dan mempopularkan khasiatnya. 

SUMBER DARI : http://petuaseharian.blogspot.com/2011/08/khasiat-kurma.html


Jadi pada ibu bapa yang anaknya sangat aktif, mempunyai masalah sembelit ke..  Boleh lah cuba dengan memberikan kurma kepada anak2.
Walaupun cuma satu biji satu hari.

Dengan kandungan glukosa yang tinggi, ianya akan memberi tenaga buat si manja sepanjang hari.  InsyaAllah.

Glucose, sucrose, fructose..  semuanya adalah GULA...  semuanya menghasilkan rasa yang manis.

ready for mam mam

itu sahaja entry mama kali nih...

homemade only !

just for u my dearest son !!





LAMA TAK UPDATE BLOG-TETAMU DARI SEBERANG

HI mommys...agak lama jugak tak update blog...hehehe
ruma mama kedatangan tetamu dari Kuala Lumpur,,,siapa lagi kalau bukan kakak kesayangan...
datang bercuti dan jalan2 je..kak nisa bersama suami dan 2 orang anaknya...
mama apa lagi..bukan main busy..hihi..
tak de masa nak update blog...


 shareef suka main dengan akak tasnim


 kadang2 x suka plak


 kak nisa & ajeez machan


 shareef & nisa ma


 comel


 azeem baru ptong rambut di salon


actually shareef pun dah botak !
taraaaaaaa
 botak


 tengok muka tu


 sempat lagi tgk babytv


senyum

dear kak nisa...sangat best masa2 yang kita lalui bersama...2 minggu nih..huhuhu...
sekarang rasa sedih dan rindu yang amat sangat...entah bila boleh jumpa lagi...
2 minggu macam berapa jam sahaja ku rasa...
rindu rindu rindu
miss u my lovely sis !!!

Saturday, 1 June 2013

FROZEN PUREE FOR BABY

SELAMAT 1ST JUNE...
pejam celik pejam celik dah 6  bulan kita dalam tahun 2013 ye...
cepat sangat masa berlalu..macam baru sahaja tahun baru....

mama nak tunjukkan cara-cara nak buat frozen baby puree's
actually mama yang surirumah ni boleh buat fresh setiap hari...tapi saja nak try nih..dan jugak nak tolong mommys di luar sana...hehe..working mommys ye...

mama ada 4 jenis sayur...
bayam,labu,terung dan ubi kentang
bayam nih RM1,labu RM2 dan terung RM1.50
ubi kentang amik di kedai jew...hehe


fresh

mama pertama kupas kulit ubi dan terung ye....
mama kupas juga labu dan buang biji
lepas basuh baru potong dadu

terung dan ubi


labu

kukus sayuran semua...sampai empuk
mama kukus sekali ubi dan labu..jimat masa jimat api...hehe


kukus

potong terung ,rendam dalam air dan kukus

lepas dah kukus semua...sekarang blend blend blend !


lepas da blend mama tuang dalam ais kiub punya bekas nih
mama beli kat kedai CENTURY




mama beli plastik wrap lagi sebab bekas nih xda penutup...
mama beli juga ziplock plastic bag untuk simpan puri beku ...
testimoni..mama try simpan ebm dalam nih..haha..boleh kew ye?


rm3.40 shja ada 20 bags



 ebm shareef...

sekarang cara nak buat puri bayam..
mama amik daun sahaja....batang x...mama pilih daun yang elok
mama rebus dalam periuk bersama sedikit air
lepas masak,mama blend halus2
dan tuang juga dalam bekas


bayam

 terung

comel kan...

puree2 ni simpan dalam frezeer semalaman..supaya betul2 keras
abaikan frezeer mama yang serabut nih..

freeze

nak tayang ebm lgi

semak

mama asyik2 buka pintu ais jew nak tengok puree ni
 (jangan tiru )..haha...mesti 1 malam la ..
da simpan satu malam..boleh la keluarkan dari bekas untuk labelling
tulis nama puri dan tarikh ya






comel la


simpan 

da siap kerja packing and labelling...boleh la simpan semula puree2 ni dalam frezeer .....
tahan 3 bulan ye..but mama habiskan dalam 1 BULAN sahaja
ambil 1 @ 2 ketul puree tu bila perlu
boleh campur dalam bubur nasi dan boleh jugak combine puree2
  • puri labu + puri kentang
  • puri kentang + puri bayam
  • puri labu + puri bayam
  • puri terung + puri kentang...
  • puri labu + puri terung
  • puri bayam + puri terung

haaaa macam macam boleh bah !
tukar2 jew ikut suka...
no cerelac ! no instant food for our baby !
go healthy..go home made..


selamat mencuba!