MaMa~MuJaHiDaH~~My BrEaStFeEdInG mEMoRyZZZ

Friday 31 May 2013

perkembangan shareef

Alhamdulillah..anak mama nih genap 8 bulan ...shareef memang budak baik yang nakal haha...ya..dia tak pandai duduk diam 1 tempat..asyik nak pusing2 jew..kat riba pun tak nak duduk..apa lagi kalau menyusu..hua hua..bukan main lagi dia..skejap nen nen skejap tengok sekeliling..dan menyusu pelbagai posisi ! ..anak bertuah...

tapi shareef belum tumbuh gigi ye...syukurla..hehe..nanti abes la mama kena gigit....yang paling mama takut kalau gigit cik B..gusi dia pun kalau menggigit sakit taw !

  • shareef dah bole duduk tanpa sokongan.,.tapi kekadang ada jugak la jatuh..
  • shareef da bole mencapai mainan kegemarannya..
  • shareef da belajar merangkak...belum terror lagi..masih dalam preoses belajar...


  • shareef belajar nak berdiri sambil pegang kabinet @ sofa tetapi kerap sangat jatuh..mesti di awasi..huhu..kesian tengok dia kalau dah jatuh..sabarla anak..ini perkara biasa kalau nak belajar berdiri @ berjalan


  • shareef suka sangat usik2 abang die..suka main,peluk..dan tarik rambut abang..kalau mood syamim ok..dia main jugak..kalau tak..huuuu...kesian adik..
  • tapi abang sayang sangat dengan shareef..



  • shareef minum 5 oz kalau dalam buai..masa nak tido


  • anak mama nih suka betul dengan mama..tak nak berpisah biar sekejap pun..orang rumah kendong skejap jew..tak boleh lama-lama..dia nak dengan mama jugak..hihi..dengan bapa dia pun macam tu jugak..


  • mama belikan shareef walker...sebab tak tahan gayanya yang macam cacing..dan suka memungut sisa makanan di lantai...
  • tak kisah la sama ada makanan @ tidak..plastik kertas..semua nak sumbat dalam mulut tu..yang mama heran..benda yang mama tak nampak pun dia bole nampak !...hehehe..jgn risau..mama sapu rumah jugak !

rupa baru bangun...


  • shareef jugak da pandai posing bila ada orang nak amik gambar die..lagi2 kalau camera @ hp yang ada flash..terus senyum ...
  • anak mama ni jugak pantang tengok mamanya punye mulut mengunyah @ ada makanan..dia pun nak jugak..dia datang dekat2 mulut mama dan buka mulut,,,haha macam anak burung tue...
  • anak mama nih suka mandi air sejuk...hehe..happy jew die time mandi...
itu sahaja perkembangan anak mama setakat nih....
semoga membesar dengan sihat dan kuat...Amin...
semoga mama tabah dalam membesarkan mu.....

sekian




shareef's first chicken meal !

Ayam harus diperkenal kan kepada baby yang umur 8 bulan ke atas...
shareef selama ni makan sayur jew..vegeterian konon bah hehe
hari ni buat pertama sekalinya shareef makan makanan campur ayam..
breaskfast untuk pagi shareef potato puree + bubur nasi ...
mommy masak ayam untuk lunch...

bahan-bahan

  • minyak -mama guna olive oil
  • beras wangi-yang telah diproses
  • ayam
  • bawang merah
  • ubi kentang








beras nih mama dah proses...tapi tak kisar..bole tengok SINI
mama kisar separuh,dan simpan begitu sahaja separuh...
beras ni cepat masak sebeb suda rendam semalaman

cara-cara

  • tuang olive oli dalam periuk kecil
  • tumis bawang
  • masukkan kentang
  • air secukupnya
  • masukkan beras
  • masak dalam 10-20 minit sahaja
  • lepas tu bole blend untuk baby..
  • kalau maknya nak makan,bole tambah garam sedikit..hehe

tumis + air

selepas masak

blend

1 bowl for lunch
1 for stock

anak mama suka bubur ayam nih...tengok reactionnya ...
tapi tak habis la semangkuk tu..ada ditinggalkan sedikit...







p/s-sila abaikan kaki2 orang yang ada dalam gambar tue ..hehe..

happy sangat mama bila shareef suka lunch nya...
lepas makan..main2 jap...nen nen..dan tido...
perut kenyang sukala tido...
sayang anak mama !

mommys,selamat mencuba!





Thursday 30 May 2013

kehebatan HABBATUSSAUDA




Assalamualaikum wbt..
harap jawab salam mama tu ye..hehe
mama nak cerita sikit tentang perubahan kuaniti susu mama...
yes entri sebelum nih mama ada cerita tentang pam manual ardo yang best ,,dan mama dapat hasil banyak guna pam nih kan..but..ada lagi satu sebab lain..yes..HABBATUSSAUDA..iaitu lebih dikenali sebagai JINTAN HITAM dalam masyarakat melayu...

kawan mama,Pn.Norini yang suggest..katanya ini adalah milk boosternya disamping mengamalkan kurma..mama pun apa lagi,terus call en.hubby minta kirim..(ada kami jual d kedai)...
malam sebelum tidur mama telan sesudu bersama segelas air suam..
paginya mama telan lagi...
hasilnya ?


pagi 5 oz with ardo


petang 5 oz with mipump

Masha Allah,tak sangka begitu cepat dapat hasil begini dalam masa singkat..mama pam dalam 15 minit jew taw..

mama terus meng'gugel'
inilah hasilnya....


HADITH SAHIH TENTANG HABBADUS SAUDA’
Diriwayatkan dari Aisyah ra, beliau mendengar Rasulullah saw bersabda : “Sesungguhnya Al-Habbatus Sauda’ boleh menyembuhkan segala penyakit kecuali Al-Sam”. Aku bertanya. “Apakah Al-Sam itu? Baginda menjawab, “Al-Sam itu ialah maut”
Riwayat Imam Bukhari.
Daripada Buraidah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda : 
“Pada Habbatus Sauda’ terdapat ubat segala penyakit kecuali mati”. 
Riwayat Abu Nu’aim dalam kitab Al-Tibb dalam himpunan hadith-hadith sahih no. 1819.
Daripada Abu Hurairah, beliau pernah mendengar Rasulullah saw bersabda : 
“Pada Habbatus Sauda’ terdapat ubat bagi segala jenis penyakit kecuali Al-Sam yakni maut”. 
Riwayat Bukhari (10:118-119) ; Muslim (7:25) ; Ibnu Majah (2:342) ; Tarmizi (2:3 pada edisi BulaQ) ; dan Ahmad (2:241) menerusi riwayat Sufyan bin ‘Uyainah daripada Al-Zuhri dan Abu Salamah.

antara kebaikan habbatussauda ....


Kajian-kajian yang telah dibuat membuktikan bahawa Habbatus Sauda mempunyai khasiat-khasiat perubatan yang berikut:

1-Asid Urik dan Gout
Membantu mengeluarkan asid urik dari badan dan mengelakkan dari terkena penyakit gout.

2-Asthma
Bahan “Nigellon” yang terdapat dalam Habbatus Sauda dapat mengurangkan kesukaran pernafasan dan serangan Asthma dan memberi menafaat dalam rawatan serangan yang terjadi ke atas pembuluh udara (bronchitis).

3-Selsema
Ia dapat menyembuhkan selsema.

4-Tekanan Darah Tinggi
Ia boleh merendahkan tekanan darah.

5-Alahan (Allergic)
Bahan “Nigellon” dalam Habbatus Sauda dapat mengurangkan pengeluaran bahan “Histamine” dan bahan-bahan yang menyebabkan kejadian alahan (allergic).

6-Pengeluaran Bahan Empedu (Bile)
Juzuk Karbonil dan Thymoquinone (dua kandungan asas di dalam Habbatus Sauda) mempunyai keupayaan dalam menambahkan pembuangan empedu dari pudi empedu, untuk mengelakkan dari kewujudan penyakit batu pundi empedu.

7-Melancarkan Pengeluaran Susu
Ia mempunyai kesan yang kuat ke atas pertambahan kelancaran pengeluaran susu pada ibu.

8-Kesendatan Pembuluh Darah (Thrombosis)
Ia mempunyai kesan ke atas sistem kesendatan pembuluh darah di dalam tubuh dan di luar tubuh. Maknanya darah yang mengalir akan berhenti dengan cepat akibat kecepatan pembekuan darah. Begitu juga ia mempunyai kesan ke atas kecergasan pemecahan fibrin di dalam darah tersebut.

9-Sistem Imunisasi (Immunity) Tubuh
Ia meningkatkan sistem kekebalan supaya dapat membunuh kuman-kuman (bacteria), virus atau sel-sel barah supaya dapat mengelakkan tubuh dari dijangkiti penyakit-penyakit.

10-Barah
Ia dapat melindungi tubuh dari wujudnya kesan-kesan beracun akibat kegunaan “Cisplatin”, yang digunakan dalam merawat bengkak-bengkak barah. Ubat “Cisplatin” ini, seperti lain-lain ubat yang digunakan untuk merawat bengkak-bengkak barah, menyebabkan kesan-kesan serangan sampingan (side effects).

11-kuman-kuman
Ia amat aktif dan berkesan dalam membunuh beberapa jenis kuman seperti “E Coli”, “Strep.Fecalis” dan “Bacillus subtilis.” Ia juga mungkin berfaedah dalam melindungi gigi dari kejadian kerak-kerak kuning pada gigi (Plaques) dan kereputannya.

12-Cirit-Birit disebabkan Kuman
Ia dapat merawat masaalah ceret-beret dengan membunuh kuman-kuman yang menyebabkannya, seperti Kolerra, Shigella dan E.Colli yang berupaya menentang beberapa antibodi.

13-Kencing Manis
Ia dapat mengurangkan tahap kandungan gula di dalam darah.

14-Rheumatisme
Dalam bidang perubatan tradisional di timur tengah, ia digunakan sebagai bahan anti radang (Anti Inflammatory) dan anti-rheumatism (antirheumatic) dan digunakan dalam rawatan kepada migren

15-Kaya dengan Monosaccharide Glukosa, xylosa dan sebagainya. Ppolysaccharide fatty acid yang tidak tepu. EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan Amino acid yang membentuk protein. Karotene iaitu sumber vitamin A kalsium, zat besi, dan sebagainya.

16-Anti-histamine
Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.

17-Anti-tumor
Kajian in vitro mendapati habbatus sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.

18-Anti-bakteria
Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria.  Habbatus sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.

19-Anti-radang (anti-inflammation)
Habbatus sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dan sebagainya) dan arthritis (bengkak sendi).

20-Habbatus Sauda juga digunakan secara tradisional untuk beberapa keadaan seperti untuk menghasilkan kulit muka yang cerah, membantu merawat batuk dan asma, kencing manis, selsema, keguguran rambut, tekanan darah tinggi, masalah untuk tidur, sakit-sakit otot dan sendi, rasa loya dan muntah, mengurangkan kolesterol, merawat batu karang dan sebagainya.

bunga jintan hitam

lagi ??? ada banyak rupanya..tak cukup 1 entri rasanya..

- Meningkatkan kadar tenaga secara optima

- Meningkatkan ion negatif (oksigen)

- Sebagai anti radikal bebas dalam darah

- Melambatkan penuaan dengan cara memanjangkan hayat sel sihat, mempercepatkan penukaran sel yang lanjut usia, melancarkan penghasilan hormon pertumbuhan yang diperlukan untuk metabolisma sel.

- Membantu mengatasi masalah diabetis pengerasan salur darah.

- Meningkatkan ingatan jangka pendek, kelajuan, ketajaman, dan daya konsentrasi mental.

- Meningkatkan pengeluaran sel darah merah.

- Meningkatkan stamina dan ketahanan

- Meningkatkan pengambilan oksigen semasa bernafas dengan pola pernafasan yang teratur.

- Mencegah pertambahan berat badan dengan meningkatkan kadar metabolisma, dengan itu, lebih banyak tenaga terhasil daripada makanan supaya ia tidak disimpan dalam bentuk lemak.

- Meningkatkan ketahanan pada altitud tinggi dengan paras oksigen yang rendah di udara.

- Mengatasi masalah kecing tidak lawas, kncing tidak puas, kencing tidak tus, terpaksa meneran kuat untuk kencing, kerap kencing, air kencing yang keluar sedikit-sedikit, kencing malam dan sebagainya.

- Memulihkan masalah jantung.

- Menurunkan paras lipid ketumpatan rendah iaitu "kolestrol jahat" di dalam darah lalu mencegah timbunan lemak pada salur darah yang menghalang aliran darah serta meningkatkan risiko sakit gantung dan strok.

waa...bnyak rupanya kebaikan blackcumin ni ye...so mommys di luar sana ..apa lagi..pergilah beli di kdai mamak and consume setiap hari..insha Allah..kita dihindari dari segala penyakit dan dapat banyak lagi susu!...
mulai sekarang mama akan teruskan makan habbatussauda nih...


Wednesday 29 May 2013

Gigih kumpul stok untuk Ramadhan

hello mommys..pembaca blog mama yang dikasihi....

tinggal beberapa minggu sahaja lagi bulan Ramadhan akan tiba...
semua mesti sibuk nak mengganti puasa..mama pun sama la..
nak ganti puasa dan nak kumpul stok jugak...mama takut susu merudum nanti kalau puasa....

mama ada ganti puasa..tapi tak sampai setengah hari taw...entah napa rasa amat lapar dan haus..Astaghfirulahulazim..maaf kan hamba mu ini Ya Allah...memang mama rasa tak tahan..mama berbuka pukul 11 pagi...

actually hukum puasa / ganti puasa bagi ibu hamil @ menyusu adalah seperti berikut..

Merujuk di dalam kitab Fiqhul Manhaji jilid pertama di bawah tajuk ibadat dan pecahannya, berbukanya ibu yang hamil dan menyusukan anak terbahagi kepada dua : 
Berbuka kerana bimbang kesihatan dirinya akan terjejas.
Berbuka kerana bimbang kesihatan anaknya. 

Sekiranya ibu itu berbuka puasa kerana takut berlaku kemudharatan pada dirinya disebabkan puasanya itu, maka wajib bagi ibu itu untuk qodo' puasanya sahaja sebelum tibanya Bulan Ramadhan yang akan datang. Berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh At Turmuzi (715) dan Abu Daud (2408) dan selainnya, dari Anas Al Ka'bi radiallahu anhu, telah berkata Rasulullah S.A.W : sesungguhnya Allah S.W.T telah mengangkat puasa orang yang bermusafir (dibolehkan berbuka) dan telah mengurangkan solatnya (boleh diqosorkan solatnya itu), dan diangkat puasa(boleh berbuka) orang yang hamil dan menyusukan anaknya.
Maksud mengurangkan solat ialah memberi kelonggaran mengurangkan rokaat solat dan adapun yang dimaksudkan dengan diangkat puasa bagi ibu yang hamil dan menyusukan anaknya itu ialah dibenarkan berbuka dengan menggantikan puasanya itu.

Sekiranya ibu itu berbuka kerana bimbang kesihatan anaknya dan takut kandungannya gugur jika dia berpuasa, ataupun takut susunya akan berkurangan dan membahayakan anaknya, maka wajib bagi ibu itu untuk berbuka dan qodho' puasanya itu dan dikenakan fidyah iaitu bersedekah satu cupak dari makanan asasi bagi hari yang dia berbuka.
Masalah yang sama dengan masalah ini ialah orang yang terpaksa berbuka puasa untuk menyelamatkan nyawa orang lain yang diancam kecelakaan, maka wajib bagi orang itu untuk menggantikan puasanya dan bersedekah dengan satu cupak makanan.

Di riwayatkan oleh Abu Daud daripada Ibnu Abbas R.A mengenai ayat 184 surah Al Baqaroh mafhumnya : 
"Dan wajib ke atas orang-orang yang tidak berdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah dengan memberi makan orang-orang miskin"

Beliau berkata : "Ayat ini sebagai rukhsah (keringanan) bagi lelaki dan wanita yang terlau tua, kedua-duanya tidak mampu berpuasa lalu mereka berbuka. Mereka hendaklah memberi makan kepada orang miskin bagi setiap hari yang ditinggalkannya itu. Ayat ini juga merupakan rukhsah bagiwanita hamil dan sedang menyusukan anak sekiranya mereka bimbang (terhadap anak mereka), mereka boleh berbuka dan hendaklah memberi makan fakir miskin".

mama tinggalkan puasa di Ramadhan yang lepas ,sewaktu mengandung shareef 8 bulan...selama 7 hari..sebabnya? mama sesak nafas sebaik sahaja berbuka puasa..sesak nafas yang agak teruk juga la..memang tak bole bernafas..mama warded lagi 1 malam..hehe...

so,insha Allah,..dalam masa terdekat mama nak try lagi puasa..mybe mama tak cukup makan sahur ..so,kali ni nak makan banyak2 time sahur..kikikikiki...

ini hasil mama kumpul guna Ardo comel...



 ada 3 oz.ada 4 oz


ready to freeze !

4 paket simpan stok..1 botol simpan di chiller untuk shareef minum..
misi mama nak dapatkan 60 paket ebm ..setiap paket minimum 4 oz...setakat ni mama da kumpul dalam 10 paket....50 paket lagi !!!
doakan mama semoga berjaya...mama nak puasa penuh Ramadhan tahun ni!...memandangkan cik P tak datang2 mnjenguk..so smoga berlarutan sehingga bulan puasa nanti..kikikikiki

jadual pam mama tak menentu sebab,sekejap2 shareef akan DF..so mama pam bila ada masa ..terutamanya sewaktu shareef tido..mama buat projek..hihi

sekian.

breastpump lagi ??!!!

REVIEW MAMA TENTANG THE FIRST YEAR MIPUMP, AVENT MANUAL DAN ARDO AMARYLL


haaaa.jangan heran...dari mna mama dapat semua breastpump ni..mama ada kawan baru yang baik hati..hehe..jumpa dalam KIM (kumpulan ibu2 menyusu)..mama exited kenal kawan mama ni sebab dia orang sabah ! and orang tawau..kekekeke..teruja dapat kawan seperjuangan yang sebelah kampung...

jadi,mama keep in touch dengan kawan mama ni melalui fb dan wassup..setiap hari text ..hal yang dibincangkan >? semestinya BREASTFEEDING..cerita punya cerita..dapatlah tahu bahawa kawan mama ni banyak koleksi pam jugak macam mama..tak serasi katanyer...and sekarang kwan mama ni pakai FS...itu yang paling ngam ...

so,kawan mama kasi pinjam breastpump yang dia ada untuk mama try...
send semua pam2 melalui bas sahaja sebab dekat..LD-Semporna








yang first mama try no.1-THE FIRST YEAR MIPUMP..pump ni agak popular di KIM sekarang ..mama pun teruja nak try...



unboxing



ok jugak mipump nih.....

  • kecik,ringan..
  • suction lembut
  • ada level
  • tak bising langsung,vibrate sahaja
  • letrik dan bateri
  • double pump
  • ada pemegang..
  • breastshield yang lembut...
mama guna ok jer..cepat let down...







tapi tak pernah lebih dari 3 oz..dan lepas beberapa hari guna,kulit sekitar cik B mama macam timbul ruam..empunya pam nih pun masalah yang sama..kulitnya sampai melecet dan mengelupas...huhu..breastshieldnya nih macam getah ( latex )..so ada kemungkinan mama ni allergy dengan latex..
mama terus stop guna...

pam no.2-manual Avent...




avent ni memang ranknye nomor satu la di antara manual pump yang ada di pasaran sekarang,best jugak pam ni..tak heran la ada mommys bekerja yang tak beli pam karan langsung..hanya guna pam nih sahaja..sebab memang bagus.let down pun cepat..handle yang soft..ada breastshield cover yang ada 5 petals untuk stimulate cik B..
hasil yang mama dapat...


3 oz

seterusnya pam no.2 ARDO AMARYLL manual pump....
first time dengar nama pam ni ?..yes mama pun pertama macam pelik jugak...but pam ni keluaran rangkaian Ameda..mesti mommys tahu ameda kan? haa...ini dia




comel kan bp nih ? waa warna favarit mama la..green!..
yang sangat best tentang pam nih..dia memang sedia datang dengan corong pelbagai saiz untuk memudahkan kita memilih corong yang sesuai...

corong pelbagai saiz


dan juga boleh mengepam mengikut keselesaan kita ,sama ada tangan kiri atau kidal..so tangan tak lenguh ,bukan macam bp manual yang lain..kikikiki



hasil tuaian yang mama dapat guna pam nih memang memberasangkan...
syukur Alhamdulillah...

 hasil pagi 3 oz

hasil petang 5 oz

untuk pengetahuan mommys semua..pam Ardo ni owner nak let go..
RM120 sahaja termasuk pos..berminat? mail mama di mybabymizwar@yahoo.com.my.. ya....tak rugi beli ni..mama pun nak jugak..tapi memikirkan banyak sangat da pam kat rumah,so mama tak jadi beli..owner guna dalam 2@3 kali sahaja..sekarang mama plak yang guna....

spectra3 dan tommee tippee mama ada menumpang di rumah kawan mama untuk di try...kira kami ni berbarter la..saja nak try2 pam....syukur dapat kawan macam ni kan...
love u NORINI muah muah muah ..sayang selalu 



Monday 20 May 2013

SYAMIM BIRTHDAY 3 YEARS OLD~~~


UMUR syamim genap 3 tahun pada 08-mei-2013
anak mama ni..makin nakal..makin banyak cakap...
tapi cakap tamil jew taw..melayu kurang lancar lagi..
nanti kalau da sekolah automatik pandailah melayu..
tapi syamim belum pandai ABC lagi..
huhu..mesti mula dari sekarang..
buat macam Puan Suraya..Homeschooling...che wah..ada niat la
lagi..syamim suka main..suka mandi..suka tengok babytv..
suka jugak kacau adiknya..hehe
syamim suka main apa2 telefon android..
dia pandai korek sume.,game,video,gallery,ringtone..tak kira la telefon tu brand apa,nokia,samsung,nine,sony..asalkan touch screen..

mama sambut jugak bday anak mama nih..tapi kecil-kecilan sahaja...


baju ni nenek beli (from india )




kartun kesukaan abang syamim










macam mama pulak yang bday kan? asyik2 pic mama bukan pic syamim..hehe
mama tolong potong kek la..
anakku syamim..selamat ulangtahun yang ketiga..x sedar masa berlalu..mcm baru sahaja mama preggy ..mcm baru sahaja mama bertarung nyawa melawan kesakitan selama 12 jam melahirkan syamim...
tapi sekarang dah 3 tahun rupanya...
harapan mama,semoga syamim menjadi anak soleh yang berjaya dunia akhirat..Amin..
love you sayang!

salam kasih dari mama...